Tuesday, October 23, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Orkid siri 3...


Siri orkid ke tiga ini sekadar menambah koleksi gambar-gambar orkid yang terdahulu dan kali ini koleksi dirakamkan di Laman Orkid Pejabat Pelajaran Daerah Cameron Highlands.

Jika anda ingin membeli orkid yang cantik ini, saya ingin mengesyorkan anda singgah di Stesen Mardi kerana di sana terdapat sudut jualan orkid yang menampilkan orkid-orkid hiasan sama seperti koleksi ini. 

Harganya sekitar RM 18-45 mengikut jenis dan saiz yang ditawarkan. Bunga-bunga orkid yang dijual di sini biasanya dibekalkan oleh pengusaha orkid tempatan. 

Stok orkid sentiasa ditambah setiap minggu kerana Stesen Mardi ini sememangnya terkenal dengan kunjungan pelanconga dan pelawat yang datang ke sini. 

Selebihnya, saya kongsikan koleksi orkid yang saya rakamkan. Semoga anda boleh berkira-kira jenis orkid yang ingin anda beli ketika kunjungan anda ke sini nanti atau gambar-gambar ini akan mengamit anda untuk hadir ke sini. 











Ok? Harap-harap membantu.. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.