Saya pasti jika anda mengunjungi ke Cameron Highlands dan tiba pada waktu malam samada dari Jalan Pos Betau ke Ringlet, Tapah ke Ringlet, Simpang Pulai ke Kg Raja atau Gua Musang ke Blue Valley akan perasan kebun-kebun yang dipasang dengan lampu.
Kelihatan hampir semua rumah plastik di pasang lampu neon yang menjadikan suasananya agak menarik untuk dilihat.
Berbeza dengan pemandangan malam di bandar-bandar besar yang menampilkan lampu-lampu kawasan perumahan yang terpasang setiap malam ataupun lampu-lampu perhiasan, tetapi di sini lebih kepada amalan pertanian untuk meningkatkan hasil yang lebih baik.
Persoalannya yang mungkin anda fikirkan, mengapa dan bagaimana kaedah pertanian ini boleh membantu.
Sebenarnya amalan ini diguna pakai oleh pengusaha kebun bunga khasnya chrisanthemun secara meluas.
Untuk mengenali sedikit sebanyak mengenai bunga chrisanthemun ini, anda boleh membaca catatan saya terdahulu di SINI .
Berbalik kepada catatan ini, pemasangan lampu di waktu malam di kebun bunga ini bukannya amalan tradisional yang diwarisi tetapi setelah melalui kajian saintifik yang dijalankan dan berjaya mendatangkan hasil yang lebih baik berbanding jika tidak digunakan.
Tanaman bunga kekwa atau chrisanthemun merupakan tanaman yang memerlukan anggaran 13.5 jam cahaya matahari sehari bagi membolehkanya membentuk bunga yang sempurna.
Lazimnya cuaca atau tempoh siang di negara kita sekitar 12 jam yang menjadikan tanaman ini amat bersesuaian untuk ditanam secara komersial di sini.
Untuk mendapatkan keratan batang yang sesuai yakni 100 mm dan seragam, lampu 100 watt degan jarak 3 kaki antara barisan akan dipasang selama 4 jam sehari sehingga ketinggian pokok 35 mm yakini 5-8 minggu awal penanaman.
Bunga akan terbentuk pada minggu ke 2-3 dan dituai selepas 6-10 minggu lampu di tutup. Tempoh ini dinamakan sebagai "flowering response time". Biasanya tempoh masa ini akan dinasihatkan oleh pengeluar biji benih bagi variati berkenaan bagi memberi ketepatan pengeluaran dan hasil yang diinginkan.
Bunga chrsanthemun boleh dituai sepenuhnya selepas tempoh 3-4 bulan pusingan penanaman.
Jika 4 tahun dahulu saya menyaksikan hanya lampu neon berwana kuning sahaja digunakan secara meluas di kebun bunga di waktu malam tetapi kini jika anda perhatikan anda akan dapat melihat warna merah, kuning dan putih digunakan.
Saya kurang pasti tujuan sepenuhnya tetapi pemahaman saya penggunaan spektrum warna yang berbeza ini boleh membantu dalam meningkatkan hasil dan menghindari dari serangga perosak yang memerlukan gabungan warna ultraviolet untuk pergerakan mereka.
Bagi mereka yang inginkan bergambar, saya nasihatkan hanya berlatarbelakangkan dari jauh kerana untuk anda menghampiri ladang ini agak sukar dan lebih bahaya mereka 'mengupah' penjaga keselamatan yang amat setia iaitu anjing setiap malam.

No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.