Ini adalah catatan kedua mengenai bunga chrisanthemum. Catatan yang pertama saya muatnaikkan beberapa gambar dan kaedah penanaman yang diamalkan di daerah ini.
Untuk catatan yang pertama, anda boleh Klik SINI untuk membacanya.
Kali ini saya kehilangan kata-kata dan maklumat untuk menaip kisahnya. Mungkin sekadar memaklumkan bahawa bunga ini tergolong dalam 'short day plant' yang memerlukan sekitar 13.5 jam cahaya matahari yang amat sinonim dengan cuaca di negara kita.
Biasanya pekebun akan memilih variati yang tahan dengan cahaya matahari seperti reagan, sunny, monalisa, dublin red dan spider white.
Tanaman kekwa ini biasanya akan dicampurkan pelbagai variati warna dalam satu plot tanaman tetapi di atas baris yang berbeza bagi memudahkan mereka mendapatkan campuran bunga yang berbeza warna yang serentak ketika dituai.
Campuran warna ini menghasilkan jambangan bunga kekwa yang lengkap dan cantik untuk dijadikan perhiasan di rumah, pejabat, majlis-majlis dan sebagainya.
Apa lagi nak tulis. Biarlah gambar-gambar ini berkongsikan kisahnya.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.