Anda sering makan aiskrim magnolia? Sedap rasanya.. Di Cameron Highland aiskrim magnolia tidaklah popular sama seperti aiskrim yang lain samada nestle ataupun marigold dan sebagainya.
Jarang yang mencari mereka ini di waktu tengahari apatah lagi malam kerana kesejukan yang menolak selera dan keinginan kepada aiskrim dan bahan sejuk yang lain.
Namun bukan saya ingin berkisahkan mengenai aiskrim magnolia tetapi lebih kepada bunga atau pun pokok magnolia.
Saya pada pertama kali menemui dan diperkenalkan kepada bunga ini sudah jatuh hati kerana bukan kecantikan bunganya tetapi kepada wangian yang terhasil dari kelopak bunganya.
Baunya kuat walaupun bukan terbuka sepenuhnya bunga yang saya temui sekadar terbuka sedikit seperti di atas, tetapi bauannya agak sedap dibau, amat manis. Malah terasa manisnya.
Baunya kuat walaupun bukan terbuka sepenuhnya bunga yang saya temui sekadar terbuka sedikit seperti di atas, tetapi bauannya agak sedap dibau, amat manis. Malah terasa manisnya.
Magnolia mendapat namanya Pierre Magnol yang merupakan seorang ahli botani dari Perancis. Dikatakan antara genus purba kerana ditemui seawal 1703. Namun ahli botani telah menemui fosil magnolia yang dianggarkan berusia 20 juta tahun yang lalu.
Jika anda membaca dari laman wikipedia, anda akan mendapati sejarah ratusan tahun mengenai penemuan bunga ini yang bermula di Pulau Martinique oleh Charles Plumier.
Saya telah melihat sendiri pokok ini yang ditanam di salah sebuah nurseri tanaman di Tanah Rata malah mereka turut menjual anak pokoknya sekitar RM 30-50 sepokok mengikut saiz. Insyallah minggu ini saya berhajat hendak membelinya kerana semalam sudah kehabisan duit tunai setelah membeli beberapa anak pokok camellia.
Insyallah akan saya kongsikan kisah pokoknya, bunganya dan wangiannya nanti. Buat permulaan gambar bunga magnolia yang saya temui ini sebagai perkenalan kita bersama pokok wangian ini...
Nak tanya .. adakah bunga magnolia ini kalau bahasa tempatan dinamakan sebagai Bunga Cempaka? anda tahu? kongsikan bersama saya di ruangan ulasan ...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.