Tuesday, October 16, 2012

Catatan Perjalanan: Kampung Morten Melaka

Catatan ini sekadar berkongsikan pengalaman setengah jam berjalan di waktu malam ke Kampung Morten yang sebelum ini selalu dilihat dari jauh ketika balik bercuti di Melaka. 

Tak pernah sekalipun sebelum ini berjalan-jalan ke sini malah kunjungan yang ini pun rasanya amat singkat untuk menjelajah sepenuhnya. 

Insyallah lain kali balik bercuti ke sini, saya akan cuba cari luangan masa untuk berjalan di waktu siang pula ke sini. 

Kampung Mortem terletak di tebing Sungai Melaka dan terletak berada di tengah bandaraya Melaka. Dari Jalan Bunga Raya anda boleh menemui kampung ini selepas melalui persimpangan Hotel Majestic atau berhadapan dengan Kampus Bandar Uitm Melaka.

Kampung Morten ini merupakan perkampungan melayu seawal pembukaanya oleh Datuk Haji Hashim dan dua sahabatnya iaitu Abdullah Maarof dan Pak Khalil kalau tak silap sumber maklumatnya seawal 1923. 

Kampung Moertem sebenarnya hanyalah kawasan rendah berpaya bakau yang berada bersebelahan tebing Sungai Melaka. Berkeluasan terkini seluas 5.02 hektar dan mempunyai 120 buah tapak rumah tradisional dinamakan bersempena nama Persuruhjaya Tanah dan Hasil iaitu MJ Morten.
gambar pinjam
Antara sebab yang dikatakan namanya diambil sebagai nama kampung ini setelah salah seorang penduduk kampung ini berjumpa dengannya untuk meminjamkan RM 10,000 untuk membeli kampung ini dari pemilik asal dan sebagai menghargai pinjaman tersebut, namanya diabadikan di sini. 

Kampung ini telah diwartakan sebagai warisan dan Kerajaan Melaka telah mengambil peranan memulihara semula perkampungan ini dengan identiti asalnya untuk tujuan warisan dan perlancongan. 

Rekabentuk rumahnya adalah rumah senibina tradisional Melaka dengan bumbung dan tangga yang unik. Untuk lebih keseragaman, senibina rumah-rumah di sini dibaik pulih dan dicat dengan warna yang sama.


Di waktu malam, lampu-lampu dipasangkan di setiap rumah untuk menyerlahkan senibina dan mencantikan lanskap perkampung ini bagi tarikan pengunjung. Kosnyadi biayai oleh kerajaan negeri. 

Jika anda menaiki river cruise, anda pasti teruja apabila menyusuri perkampungan ini dari air. Lengkapkan dengan berhenti dan menjelajah kawasan perkampungan ini.



Di sini anda boleh melawat Villa Sentosa yang dihuni oleh waris Datuk Haji Hashim dan juga beberapa rumah persingahan yang memiliki galeri tersendiri.


Juga bagi pelancong yang ingin menginap ala homestay di sini boleh melakukanya dengan beberapa tawaran unit yang terdapat di sini. 

Untuk seterusnya, saya kongsikan gambar waktu malam yang sempat saya rakamkan di sekitar kampung ini serta sedikit tips yang mungkin boleh anda gunakan nanti:


Untuk melihat dan memasuki ke Villa Sentosa dan juga rumah-rumah contoh di sini, anda harus melakukan lawatan pada waktu siang. Contohnya rumah merdeka ini juga. 


Anda boleh memandu ke sini melalui Jalan ke Plaza Hang Tuah dan membelok ke sebelah kiri untuk ke kampung ini. Atau anda boleh meletak kenderaan di kawasan seberang sungai yang bersesuain sebelum menyeberang ke kampung ini melalui jambatan yang disediakan. 


Anda boleh menaiki river cruise dan minta diturunkan di jeti kampung ini dan naik semula river cruise selepas selesai melawat kampung ini di mana-mana jeti di sini. Lambai kepada pemandu river cruise tersebut.


Jika anda ingin berjalan kaki atau menaiki basikal, anda boleh memulakannya di Pirate Park yang terdapat dengan menyusuri laluan pejalan kaki ataupun tebing sungai ini. 

Anda boleh menyeberangi jambatan pejalan kaki untuk ke sini. 

Jika anda menginap di sini ala homestay atau kampung stay, di sini terdapat beberapa pilihan penginapan dengan harga tawaran yang berbaloi. 
salah satu homestay yang ditawarkan.
Rumahnya adalah berbentuk rumah asal kampung ini dan sangat cantik. Cuma keadaan dalaman adalah seperti kampung yang sepatutnya anda alami. Jangan bayangkan seperti kemudahan hotel .


Jika anda ke sini dengan kenderaan, pastikan anda meletak kenderaan dengan sebaik mungkin dan bertimbangrasa kerana ini adalah 'living museum' di mana terdapat pemilik rumah dan penghuni yang lain yang tinggal di sini dan memerlukan pergerakan yang bebas. 


Mereka telah berkorban untuk berkongsikan keunikan kampung dan warisan nenek moyang mereka untuk anda dan pelancong yang lain. Jangan dibebankan mereka dengan sikap anda meletak kenderaan yang menyekat laluan mereka. 
Dari sini anda boleh menaiki river cruise ke bandar hilir dan destinasi yang lain.


Selebihnya, anda perlu mengalaminya sendiri dengan mengunjungi perkampungan yang unik ini. 

2 comments:

  1. Assalam MrKumai,

    Memang cantik2 kg ni. Memule sy kesana ingat kan rumah2 yang dibuka utk pertunjukan or ape2. Sekali bila dah dekat baru tahu ini homestay. Cute. Dan masa tuh lewat petang, rumah pakcik Hashim tuh masih dibuka untuk org ramai utk tgk2. Alhamdulillah sy x lepas kan peluang utk masuk dan melawat sekitar rumah. Beliau mmg sgt2 hebat. Tabik spring! Hehehhe.. Terpegun tgk koleksi2 nya. Memang sejarah habis. Semua koleksinya sendiri pulak tuh. Dan semua diatas inisiatif nya sendiri.

    :)

    ReplyDelete
  2. En. Kumai kalau tak keberatan boleh tak bagi sy laman web o contact no homestay yg awk tggl sprti di dlm gmbr di atas. Terina kasih.

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.