Mmm.. saya membaca di Laman ini mengenai jawapan pemilik Old Town White Coffee mengenai keperluan sijil HALAL di premisnya.
Jika jawapan dari balasan tweeternya dijadikan ukuran, maka jelaslah bukan keutamaan mereka untuk mendapatkan pengiktirafan Halal dari pihak berkuasa, malah jawapannya memperlekehkan syariat Islam untuk mencari halal itu wajib bagi Umat Islam.
Jika ini kesungguhan pemiliknya, maka saya berjanji tidak akan ke Old Town White Cofffe lagi selepas ini.
Pertama: individu ini Ngeh Koo Ham tidak menafikan dia adalah antara pemilik Old Town White Coffee samada dekat atau jauh , secara langsung atau tidak langsung samada benar atau tidak benar.
Jika tidak pasti dia akan menjawab itu bukan milik saya atau saya tiada kena mengena dengan Old Town White Coffee, syarikatnya, urusannya ataupun apa jua hubungan yang berkaitan.
Kedua: NKH setelah tidak menafikan status pemilikan OTWC ini tidak menafikan pula bahawa OTWC ini mempunyai status HALAL oleh pihak berkuasa.
Jika premis ini mempunyai sijil halal atau sedang diusahakan pensijilannya pasti akan dinyatakan dengan jelas mengenai usaha yang sedang dilakukan untuk mendapatkan pengiktirafan sijil halal.
Dia menganggap sijil halal hanya ditambah-tambah untuk membebankan.
Dia tak sedar barangkali mendapatkan makanan halal adalah wajib bagi umat Islam dan antara kaedah yang mudah dan diyakini dengan mendapatkan pengiktirafan Sijil Halal dari pihak Jakim atau Majlis Agama negeri masing-masing.
Saya mencari di Laman Web Jakim dan sah tiada OTWC dalam senarai premis makanan atau menu mereka yang mendapat pengiktirafan "Halal" JAKIM untuk premis makanan tetapi mempunyai sijil halal yang diiktiraf bagi 22 produk pembungkusan mereka jika benarlah didaftarkan di bawah syarikat White Cafe Sdn Bhd yang beralamat di Taman Medan Percham, Ipoh.
Maka saya sebagai umat Islam, saya akan mengenepikan premis OTWC ini mulai hari ini dan seterusnya sehingga saya diyakinkan secara rasmi pengiktirafan sijil halal oleh pihak berkuasa.
Untuk produk pembungkusan jika saya benar-benar memerlukan bahan makanan ini mungkin tiada masalah untuk digunakan dan jika masih terasa was-was pastinya menjauhkannya dengan pilihan alternatif yang sedia ada di pasaran boleh membantu keperluan saya,
Wajar untuk saya meragui dan jika ada perasaan was-was , wajar saya menjauhinya. Banyak premis bukan Islam yang ada di Malaysia tetapi telah mendapat pengiktirafan halal mereka yang tanpa ragu saya kunjungi.
Tak minum kopi di OTWC tak merugikan saya pun. Khasiat dari sumber yang halal dan lebih baik boleh diperolehi dari sumber yang diyakini.
Anda bagaimana ? Ini bukan keputusan politik.. mencari Halal adalah wajib bagi kita yang beragama Islam... Tanyalah Ustaz yang anda kenali... saya bukan Ustaz tetapi sekadar mengikuti Tanyalah Ustaz di TV9 pada bulan puasa yang lalu serta membaca Majalah Solusi yang edisi lepas yang ada menghuraikan isu makanan halal ini
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.