Ini satu berita yang mungkin ramai tak sangka, Kopitiam yang anda kunjungi nampkanya seperti halal dengan pekerja berbangsa Melayu tetapi tidak semestinya mempunyai perakuan sijil halal.
Malah awal tahun ini sebuah syarikat kedai nasi kandar sungguh berbangga mengatakan dalam surat khabar bahawa Rangkaian Restoren Nasi Kandar mereka adalah yang pertama memiliki sijil halal di Malaysia berbanding rangkaian kedai nasi kandar yang lain.
Ini bermaksud, selama ini restoren Nasi Kandar yang melata tumbuhnya di setiap ceruk bandar dan pekan sebenarnya tidak mempunyai perakuan sijil halal bagi dapur mereka.
Malah kalau anda pergi ke kedai makan biasa pun sebenarnya tiada sijil halal kecuali keyakinan kita bahawa pengusaha yang beragama Islam pastinya menyajikan makanan halal semata.
KUALA TERENGGANU 26 Ogos - Tiada kopitiam di negeri ini yang memiliki sijil halal dari Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) setakat ini, kata Pesuruhjaya JHEAT Datuk Mohd Rozali Saleh.
Beliau bagaimanapun menjelaskan sijil halal tidak diwajibkan ke atas pengusaha kopitiam di negeri ini dan ia hanya sebagai satu aspek penambahbaikan terhadap operasi mereka.
"Kesedaran di kalangan pengusaha kopitiam masih rendah dan majoritinya memandang remeh mengenai kepentingan sijil halal. Kita tidak boleh memaksa pengusaha kopitiam untuk memohon sijil halal JHEAT kerana ia bukan wajib, cuma berharap mereka akan berusaha mendapatkannya sebagai satu aspek penambahbaikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Katanya JHEAT berharap agar orang ramai berhati-hati ketika memilih tempat untuk menjamu selera kerana hanya premis makanan yang menerima sijil halal JHEAT sahaja benar-benar mematuhi kriteria halal jabatan itu.
"Jika orang ramai menggunakan kuasa mereka sebagai pengguna dengan "menggesa" pengusaha kopitiam mendapatkan sijil halal JHEAT, pasti ia akan memberi kesan terhadap operasi perniagaan mereka," katanya.
Sehingga kini, katanya hanya satu kopitiam di Kemaman sahaja telah memohon kepada JHEAT untuk sijil halal dan ia masih dalam proses penelitian. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.