Saturday, June 2, 2012

Catatan Perjalanan: Kuala Terengganu.. Masjid Kristal

Catatan kali ini sekadar berkongsi mengenai kunjungan singkat di Kuala Terengganu bulan lepas. Apa la... pergi KT pun nak kongsi dan tulis kat sini. Ingatkan kisah pergi oversea ke atau jauh dari Malaysia...


Tapi tak ape lah ... Niat sekadar nak berkongsi sahaja bukan nak berbangga-bangga walaupun aku berbangga dengan perubahan yang berlaku di KT ini. Kunjungan terakhir aku ke sini kalau tak silap sekitar tahun 2000 iaitu berjalan selepas habis semester akhir ke Pantai Timur ke rumah kawan-kawan sekelas..
Banyak yang berubah. Betul la, kalau tak berubah orang kata tiada kemajuan berlaku dan bila berubah tak semestinya yang lama ditinggalkan.

Antara yang menarik adalah Taman Tamadun Islam (TTI) dan Masjid Kristal. Tetapi malangnya tak sempat memasuki TTI kerana dah lewat petang dan hanya sempat singgah di Masjid Kristal yang juga terletak di Pulau Wan Man ini.
Berkeluasan 2146 meter persegi yang boleh menampung seramai 700 jemaah dalam satu masa.
Kedudukan boleh dikatakan di atas gigi air ini menggunakan sepenuhnya bahan binaan besi dan kristal yang akhirnya mendapat namanya.
Mula di bina seawal 2006 dan dirasmikan pembukaanya oleh DYMM Sultan Mizan Zainal Abidin yang ketika itu DYMM Yang Dipertuan Agung dan Sultan bagi Negeri Terengganu pada 8 February 2008.
Senibina menampilkan kubah-kubah masjid yang kecil melingkari setiap penjuru serta terdapat sebuah kubah besar dibahagian tengahnya.

Terdapat 4 menara di setiap penjuru yang juga bersalutkan kristal. Bahagian dalamnya terdapat ruang sembahyang dan juga sudut maklumat bersebelahan ruang solat wanita.
Ruang solat dalam bahagian masjid ini sentiasa dipasang penghawa dingin kerana pemerhatian saya tidak terbuka tingkapnya.  
 
 
Ketika kami sampai sudah hampir pukul 6.30 petang dan Taman Tamadun Islam telah pun ditutup. Sekitar 6.45 petang kelihatan matahari terbenam menampak sinarnya terbias semula di permukaan kristal.
Cuma tidak berkesempatan untuk menunggu malam kerana menghadiri satu majlis yang telah ditetapkan.
Difahamkan ketika musim percutian, kawasan masjid dan TTI ini akan penuh sesak dengan pengunjung dan pastinya suasananya agak berbeza.
Bersebelahanya adalah Pusat Konvensyen dan laluan persisir jeti untuk menaiki bot yang membawa anda ke beberapa bahagian sungai ini atau menikmati selera di Restoran Riverside di sana.
Manakala di bahagian seberangnya kelihatan kampung tradisional nelayan seperti Losong di mana kelihatan bot-bot nelayan pulang dan berlabuh manakala kanak-kanak riang tanpa takut bermandi manda.
Selainnya, koleksi gambar dibawah boleh mencerikan kisahnya..
  






Selamat mengunjungi Masjid Kristal dan rancangkan juga untuk melawat Taman Tamdun Islam yang menawarkan hampir 20 koleksi monumen Tamadun Islam seluruh dunia. Bayaran Masuk dikenakan untuk ke taman ini.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.