Berjalan ke Melaka, sejarah melebar luas terutamanya jika berada di Bandar Hilir. Bukan satu, dua atau tiga lokasi yang anda boleh kunjungi tetapi begitu banyak. Dari monumen bangunan lama, membawa ke koleksi artifak sejarah yang terdapat didalam begitu banyak muzium hinggalah kepada pembaharuan yang begitu menyenangkan anda sebagai pelancong ke sini.
Antara tarikan lama yang masih kekal dan segar dengan kunjungan pelancong khasnya berbangsa Cina dan luar adalah Jonker Street.
Apa yang menarik dan apa sebenarnya Jonker Street ini?

Semasa kunjungan waktui siang saya ke sana, saya hanya sempat sekadar 45 minit sahaja kerana mengejar waktu sembahyang Jumaat namun rasanya cukup sekadar mengetahui apa yang ada di sini.
Jalan ini popular kerana kedudukan dan senibina kedai yang antik dan berusia puluhan tahun dari seawal perkembangan Melaka lagi. Senibinanya banyak dipengaruhi dengan budaya senibina masyarakat Cina dan Baba & Nyonya.
Ianya menjadi pusat perniagaan utama sama seperti Jalan Bunga Raya dan Jalan Kampung Hulu menghala ke Kampung Jawa yang dipenuhi dengan deretan kedai yang didominasi oleh peniaga Cina dan juga India.
Maka tidak hairanlah Jonker Walk juga dikenali sebagai Chinatown tetapi jika anda melihat peta dan google, anda akan mendapati Jonker Street ini berada di Jalan Hang Jebat.
Apa yang boleh diperolehi di sini? Pemerhatian saya adalah seperti barangan cenderamata, makanan berasal dari keturunan baba dan nyonya, barangan antik dan pelbagai lagi.
Malam Sabtu dan Ahad merupakan malam yang sibuk dengan jalan yang sempit ini akan dipenuhi oleh pengunjung. Biasanya laluan ini akan ditutup untuk aktiviti pasar malam. Bulan February pula adalah bulan yang paling meriah kerana menjadi kelaziman mereka menyambut Tahun Baru Cina secara besar-besaran.
Laluan jalan ini agak kecil dan sempit sesuai dengan sejarahnya yang dibina seawal 1900 an.
Terdapat banyak lorong-lorong kecil yang menghubungkan dengan jalan yang lain dan antaranya Jalan Tukang Besi, Jalan Kampung Kuli, Jalan Hang Jebat, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir, Jalan Laksamana, Kampung Jawa dan Jalan Portugis.
Dengan hanya berjalan kaki, anda akan dapat menemui beberapa lagi lokasi bersejarah seperti Makam Hang Kasturi, Makam Hang Jebat di Jalan Kampung Kuli, Masjid Kampung Kling di Jalan Tukang Emas yang berdekatan dengan Kuil Poyothha Vinagayar Moorthi dan Tokong Cheng Hoon Teng.

Lokasi Jonker Street ini amat dekat dengan Bangunan Stadhtuy dan koleksi muzium di Jalan utama Bandar Hilir iaitu Jalan Laksamana.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.