Kalau di catatan yang pertama mengenai Jalan Boh ini adalah mengenai Water Cress Farm, untuk siri kedua ini juga saya ingin kongsikan mengenai water cress farm tetapi di lokasi kebun yang ke dua . Juga terletak di tepi jalan dan berhadapan dengan Bee Farm.
Di sini susun atur kebun dan kolam water cressnya lebih kepada tradisional berbanding di lokasi yang pertama dan masih menggunakan sumber air sungai yang mengalir untuk menakung kolam tanaman.
Anda boleh melalui jambatan kayu dan kemudian meniti batas kolam untuk ke setiap sudut.
Jika ingin melihat bagaimana water cress ataupun 'Selada Air' ini dituai, datanglah pada awal pagi sebelum pukul 9 kerana mereka akan menuainya seawal yang boleh untuk mengelakkanya layu kerana tanaman ini adalah berasaskan air.
Istilah hidroponik mungkin masih asing tetapi jika anda meneliti susun atur dan kaeadah yang digunakan ini, anda akan mendapati ini adakah konsep hidroponik yang asaldan telah lama digunakan di sini.
Untuk selebihnya gambar-gambar dari koleksi lama saya di picasa menceritakan apa yang boleh anda perolehi di sini. Klik di SINI
Rasainya sendiri berada di water cress farm.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.