Semalam semasa menonton siri ke 100 Ustaz Don aku tertarik dengan satu nasihat daripada beliau iaitu 'Belajar kerana Allah' dan 'Hormati Guru anda' dan ini diakui oleh kedua-dua guru Ustaz Don yang turut dijemput sebagai tetamu program ini.
petikan gambar dari blog ini. (KLIK) |
Kedua-duanya mengakui bahawa Ustaz Don pada zaman sekolahnya begitu menghormati gurunya malah akrab sebagai rakan karib.
Mengenangkan setiap tahun di bulan Mei dan tanggal 16 nya merupakan satu tarikh yang istimewa bagi setiap warga pendidik di Malaysia, aku juga tak lepas lari dari perasaan dan terkenangkan guru-guru aku samada di sekolah rendah, asrama, menengah atau pun di universiti.
Semuanya amat berjasa dan memainkan peranan yang mungkin berbeza gaya dan cara serta pendekatan tetapi matlmatnya tetap sama yakni mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti putus asa dan mengharapkan apakah balasan dan tebusan di masa hadapan kelak .
Bekas guru-guru anda tidak pernah mendesak anda membalas jasanya dengan mengungkit kisah dan ceruta pengorbanan dan bakti mereka setelah melihat anda kini berdiri mungkin sebagai seorang peguam, doktor, pemimpin masyarakat ataupun apa jua kejayaan anda kini.
Semuanya amat berjasa dan memainkan peranan yang mungkin berbeza gaya dan cara serta pendekatan tetapi matlmatnya tetap sama yakni mendidik anak bangsa tanpa mengenal erti putus asa dan mengharapkan apakah balasan dan tebusan di masa hadapan kelak .
dari laman ini klik |
Mengambil semangat yang lebih awal, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru yang pernah mendidik aku dari kecil sehingga berjaya sebegini. Jasa anda tidak dilupakan dan tidak terbalas...
Tahun lepas aku ada membawakan beberapa kisah mengenai hari guru berdasarkan pengalaman aku sendiri dan juga rakan-rakan.
Jika anda juga mempunyai kenangan dan ingin mencoretkan sesuatu mengenai guru-guru anda... boleh kongsikan di ruangan ulasan di bawah ini..
Kisah pertama :Klik di SINI,
Kisah kedua : Klik di SINI
Kisah ketiga : Klik di SINI
Kisah keempat : Klik di SINI
Kepada Isteriku, AFIZAWATI BINTI ISMAIL.. kami berkongsi kasih sayangmu bukan sekadar sebagai isteri dan ibu tetapi juga guru kepada anak-anak dan pelajarmu... semoga tabah dan sentiasa memberikan yang terbaik serta ikhlas berbakti..
Selamat Hari Guru....
Selamat Hari Guru....
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.