Great Ocean Road merupakan antara tarikan utama jika anda menjejakkan kaki ke Negeri Victoria di Australia. Laluan pesisir pantai sejauh 243 km dari Torquay ke Warnabol ini bukan sekadar laluan biasa tetapi penuh dengan pemandangan indah sepanjang pesisir pantai ke utara Victorio khasnya melihat beberapa keajaiban yang terletak di sana.
Ketika kunjungan saya ke saya tidak sempat untuk melalui laluan ini tetapi sekadar singgah di Lord Ard Gorge, 12 Apostles dan Landon Arch yang cukup terkenal dengan bongkah dan tebing pantai yang tinggi.
Itupan sudah agak lewat petang iaitu sekitar pukul 5 petang dan suasana hampir kelam kerana perlu menghabiskan jadual lawatan kerja dan kiranya ini sekadar sampingan.
Itupan sudah agak lewat petang iaitu sekitar pukul 5 petang dan suasana hampir kelam kerana perlu menghabiskan jadual lawatan kerja dan kiranya ini sekadar sampingan.
Selain anda memandu ke sini terdapat satu lagi pengangkutan yang lebih selesa dan mudah iaitu keretapi melalui Southren Cross Station seawal 8 pagi dan terus ke Warnambol dan disini anda boleh menyewa kereta untuk perjalanan ke pesisir pantai ini.
Anda boleh memilih untuk menaiki helicopter dengan kadar sekitar AUD 180 seorang untuk 10 minit penerbangan. |
Saya teringin untuk datang dan menerokai laluan sejauh 243 km ini sekali lagi. Insyaallah bersama keluarga jika ada limpahan rezeki.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.