Geelong mungkin asing bagi anda tetapi ianya merupakan sebuah bandar perindustrian sekitar 45 minit atau 75 km dari Melbourne. Di sini terdapat pelbagai industri perkilangan, pembuatan dan merupakan nadi penting kepada Victoria sejak 1860 an.
Kini terdapat banyak tarikan di sini dan antaranya hub kapal pelayaran dan sukan air yang popular dan jika anda singgah ke Geelong Waterfront, anda akan dapat melihat marina yang sesak dengan kapal layar.
Selain itu menuju ke pendalaman Geelong pula anda akan menemui kawasan pertanian yang pada pandangan kami cukup strategik dengan kedudukan penghantaran yang mungkin dekat dan mudah berbanding jika berada di luar bandar.
Selainnya, saya sekadar berkongsikan gambar-gambar ini...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.