Thursday, March 1, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Cool Point Hotel

Rasanya saya ingin membuat satu siri catatan mengenai hotel-hotel di Cameron Highlands. Ini merupakan catatan tanpa sebarang kepentingan atau keuntungan  kepada saya. Sekadar pergi atau singgah ke sana membawa anak-anak berjalan dan mengambil gambar dan akhirnya saya kongsikan di sini. Boleh?

Mungkin sekadar di bahagian luaran sahaja yang boleh saya kongsikan. Untuk yang lebih terperinci, adalah tugas anda untuk mendapatkan dari mereka kerana anda adalah pelanggan.  

Memulakan hotel yang pertama Cool Point Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Tanah Rata. 

Ramai yang mungkin tidak sedar terdapat sebuah hotel sebegini di sebelah ataupun tepatnya di tengah bandar ini. 

Bersenibina tudor moden yang dilengkapi 43 buah bilik dari jenis standard, triple dan family. Harga pada hari biasa sekitar RM 85 untuk bilik standard atau RM 115 untuk hujung minggu atau RM 135 untuk musim puncak. Bagi bilik triple RM 100 pada hari biasa  atau RM 130 pada hujung minggu dan waktu puncak pada harga RM 150. Terdapat kemudahan blik keluarga pada harga RM 120 hari biasam hujung minggu RM 150 dan RM 180 waktu puncak. Harga termasuk 10% service charge dan 6% cukai kerajaan

Harga tidak termasuk sarapan tetapi anda boleh memilih menu sarapan, makan malan, tengahari dan room service dari Dayang Cafe di sini.

Anda boleh menghubungi mereka di talian 05-4914914 atau emailkan kepada coolpoint.hotel@yahoo.com untuk keterangan yang lebih lanjut. Saya tidak mengenali pemiliknya. Dengarnya Melayu. 

Gambar-gambar ini saya ambil sebelum hari hujan dan sedikit kelam. 
Lanskap ala mossy forest 
Bilik dann bangunan senibina tudor moden
Pekan Tanah Rata hanya bertentangan dgn hotel
Ruang letak kereta yang luas
Macam baru renovate aje.. 
Juga dengan pembukaan Dayang Cafe yang begitu murah harganya amalh setara dengan harga diluar sana.. Jumpa dengan pemiliknya, Kak Liza serta suaminya yang amat peramah..

Sampaikan salam MRKUMAI untuk mereka..

Selamat melancong ...

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.