Belum reda lagi kisah pembunuhan kejam adik Nurul Nadirah selepas di culik minggu lepas, semalam terdapat satu lagi kisah perculikan yang membimbangkan kita. Motif dan pelaku tidak diketahui.
Jika anda mempunyai maklumat mengenai adik Fatihah ini, salurkan segera ke Balai Polis berdekatan. Selalunya selepas mangsa ditemui selepas kejadian barulah kita akan mengatakan , "saya perasan hari tu kelibat suspek dan ada gadis menangis menepuk-nepuk cermin kereta."
Polis tidak akan marah kepada anda untuk setiap maklumat yang anda sampaikan asalkan benar berlaku bukanya rekaan semata-mata.
KUANTAN – Seorang suri rumah kini hidup dalam keadaan tidak keruan apabila mengenangkan nasib anak perempuannya yang didakwa dilarikan dua lelaki dan seorang wanita ketika mangsa pergi ke kedai telefon untuk membeli kad tambah nilai prabayar RM5 berhampiran rumahnya di Taman Tas di sini kelmarin.
Nor Mala Mohd. Lazin, 34, memberitahu, anaknya, Siti Nur Fatihah Mahadi, 15, dikatakan diculik oleh tiga individu terbabit yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap pada pukul 12 tengah hari.
Katanya, anak gadisnya itu pergi ke kedai bersama dua adiknya, Siti Nurul Aishah dan Mohd. Shahmi Aiman. Dua beradik itu berusia 11 tahun. Kedai itu terletak hanya 100 meter dari rumahnya.
“Pada hari kejadian, saya terkejut apabila mendapati dua anak saya pulang dalam keadaan tergesa-gesa sambil menangis.
“Saya tanya kenapa dan mereka memberitahu yang Fatihah (nama panggilan Siti Nur Fatihah) telah diculik dua lelaki dan seorang wanita tidak dikenali yang menaiki sebuah kereta bercermin gelap,” ceritanya ketika ditemui semalam.
Mengikut cerita dua anaknya, ketika sedang berjalan ke kedai itu, kereta penculik yang dipandu wanita tersebut telah berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki menarik Fatihah.
Menurut Nor Mala, kedua-dua anaknya cuba menyelamatkan kakaknya tetapi lelaki tersebut merentap Fatihah dengan kuat menyebabkan pegangan tangan mereka terlepas mengakibatkan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini itu dibawa lari.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.