Monday, February 13, 2012

Tips Melawat Cameron Highlands: Ladang BOH Sungei Palas

Rupa-rupanya, dalam berblog hampir setahun mengenai Cameron Highlands, aku terlepas untuk berkongsikan secara lebih lanjut mengenai BOH Tea Centre Sungei Palas walhal inilah lokasi pertama selalunya aku cadangkan jika anda melancong ke sini. Destinasi WAJIB. 

Pada tahun 1029, John Archibald Russel bergandingan dengan Brit A.B Milnie, seorang pakar tea dari Ceylon, (Sri Lanka, mempunyai hamparan ladang teh yang amat besar di kawasan Nuwara Eliya yang diusahakan oleh penjajah British, Insyallah saya akan kongsikan kisah dari sana jika menemui album gambar saya untuk discan) telah menubuhkan ladang teh yang pertama di Habu dengan nama BOH. (Juga akan saya panjangkan kisahnya nanti). 

Mengenai Ladang Teh Sungei Palas, ia merupakan ladang teh ke tiga oleh BOH selepas Habu dan Farlie serta paling tinggi di Malaysia. Sehingga penghujung tahun 1999, ladang teh ini kurang mendapat publisiti kerana kedudukan jalan utama untuk mengunjungi Cameron Highlands adalah dari Ringlet dan selepas pembukaan jalan baru dari Simpang Pulai, namanya mula menjadi sebutan. Mengambil kesempatan ini, BOH telah membina pusat informasi teh mereka yang baharu selepas Ladang Habu yang selama ini menjadi sebutan ramai. 

Saya masih ingat sekitar tahun 2007, Sungei Palas Tea Centre dirasmikan oleh Exco Pelancongan Negeri Pahang ketika itu.

Ok saya ringkaskan info mengenai pusat ini:

Lokasi:

  1. Terletak di bawah kaki Gunung Brinchang dan Irau pada ketinggian sekitar 2200 meter dari paras laut. 
  2. Melalui jalan masuk di hadapan gerai jualan di Kea Farm (Ke atas sedikit selepas Hotel Equatorial).
  3. Jalan masuk yang sempit dan berliku di celahan pokok teh dan pemandangan yang menakjubkan.

Keistimewaan:
  1. Lebih sejuk berbanding di Tea Habu ataupun Bharat Tea.
  2. Pemandangan matahari terbit yang popular. Klik DI SINI
  3. Jalan utama ke Puncak Gunung Brinchang secara berkereta.
  4. Tea Centre yang amat menarik. Terdapat gerai jualan, tea cafe dengan anjung pemandangan yang cantik, pusat informasi dan Kilang pemprosesan dau teh segar.
  5. Rumah pekerja yang terletak bersebelahan memberi gambaran kehidupan pekerja ladang teh.
  6. Terdapat beberapa bungalow lama yang dibina sekitar tahun 1930-40 an.

Selebihnya saya bercerita melalui gambar-gambar dibawah: 











Selebihnya di SINI

TIPS:
  1. Elakkan melancong pada musim percutian yang sesak. Untuk  masuk sahaja boleh mencecah 1 jam lebih . 
  2. Bergerak pagi untuk pemandangan yang indah dan mengelakan kesesakan. 
  3. Jika terdapat warga emas dan ibu mengandung, mohon kebenaran untuk meletak kereta di bahagian atas tea centre. Tetapi jika tiada berilah peluang kepada orang lain. Jangan pentingkan diri dan terlalu EGO.. ini adalah ragam rutin pengunjung... 
  4. Jika anda datang berombongan dengan BAS, bas anda boleh diletakan di bahagian hadapan Bee Farm dan terdapat kemudahan bas sekolah yang lebih bersaiz kecil untuk melalui jalan yang sempit ke pusat ini. Bayaran dikenakan. 
  5. Jika anda berada di sini awal dan mempunyai waktu yang panjang, anda boleh ke Puncak Gunung Brinchang dengan kereta anda dan rasainya pengalaman ini. KLIK DI SINI

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.