Melawat Pulau Somosir , Tasik Toba pastinya akan melawat Perkampungan Tomok yang mempunyai peninggalan sejarah Raja Sidabutar. Juga terdapat di perkampungan ini adalah contoh rumah adat kaum Batak.
Di perkampungan Tomok, selepas anda melalui kawasan gerai jualan anda akan sampai di Rumah Adat kaum Batak yang terdiri dari rumah tradisionalnya.
Rumah ini mempunyai Bumbung runcing. Mempunyai tangga kayu untuk memasuki pintu rumah yang kecil dan rendah. Dikhabarkan pintunya sengaja dibuat dengan kecil dan rendah supaya setiap tetamu yang datang memasuki rumah ini perlu menunduk dan sebagai tanda hormat kepada tuan rumah.
Manakala dibahagian bawah rumah pula terdapat kandang haiwan yang mana pemilik rumah akan membela haiwan ternakan seperti ayam, itik malah babi. Segala sisa makanan dari rumah termasuk sisa manusia akan dibuang terus ke dalam kandang dibawah rumah sebagai makanan haiwan ternakan ini.
Jika anda berjalan ke unit rumah yang berada di hujung laman ini anda akan temui sebuah unit masih didiami oleh masyarakat tempatan dengan sedikit tambahan strukturnya.
Di unit yang pertama anda akan mendapti terdapat satu patung yang bernama Patung Si Gale-Gale yang berusia puluhan tahun. Malah dikhabarkan hanya terdapat 4 unit sahaja patung tersebut di Pulau Somosir dan beberapa unit sahaja di seluruh Indonesia. Saya merujuk kepada laman web ini yang menceritakan susur galur sejarah Patung Si Gale-Gale. Klik di SINI .
Semasa kami berada di sana atau jika anda datang berkumpulan, anda akan diberi penerangan oleh pemandu pelancong dan kami sekadar menumpang kisahnya.
Dengan setiap ahli kumpulan pelancong diberikan kain alas (aku lupa namanya) mereka di beri tunjuk ajar cara-cara tarian si Gale-Gale.
Lucunya jika anda perhatikan langkah pertama iaitu memberi pernghormatan, cara gerak tarinya memerlukan anda menyelitkan duit di celah jari patung si Gale-Gale dengan gerakan berkumpulan ataupun berpusing. Mungkin ini satu cara mereka mengutip sumbangan.
Patung si Gale-Gale ini akan mengerakan tarian batak seperti memusingkan tangan, menunduk kaki, memusingkan kepala dan beberapa gerakan lagi dan ini akan diikuti oleh penari ataupun pelancong.
Bagaimana patung ini bergerak? Terdapat seorang lelaki dibahagian belakang yang menarik tali-tali tertentu yang melakukan gerakan tarian ini.
Kami sekadar menjadi pemerhati dan sibuk mengejar anak-anak yang ke sana sini berlari. Seperti biasa, gambar-gambar ini menceritakan selebihnya.
TIPS berdasarkan pengalaman saya di sini:
- Jika anda datang pada hujung minggu, tempat ini akan dipenuhi dengan pengunjung dan pelancong malah agak sesak. Jaga keselamatan barang-barang anda dan anak-anak kecil anda. Saya sengaja datang sewaktu hari Isnin untuk mengelakkan sesak.
- Jika dihujung minggu akan ramai penjual yang akan mengikuti anda. Pertimbangkan jika anda ingin membeli kerana lebih ramai akan mengikuti anda.
- Jangan terpengaruh dengan harga yang amat murah dilaungkan oleh penjual di gerai kerana sekadar untuk menarik minat anda memasuki kedai mereka dan bila ditanya harga yang dilaungkan akan ditunjukan barang yang lain.
- Masuk atau pergi membeli belah dengan rakan-rakan atau berkumpulan. Jangan keseorangan. Rakan saya di perkampungan Ambrita pada kunjungan saya yang lalu pernah tertipu dan tidak sedar membeli baju dengan harga 100,000 rupiah. (adakah di pukau? Wallahuallam).
- Kawasan ini mempunyai banyak patung-patung, jika anak anda kurang bersemangat elakkan terlalu lama.
- Kawasan ini juga mempunyai adat dan peraturan yang meragukan. Usah patuhi dan tolak dengan hormat demi menjaga akidah bagi yang beragama Islam seperti memberi hormat kepada patung dan makam.
Lengang ketika hari Isnin.. inilah tujuan saya datang ke sini hari Isnin |
Ketika mahu pulang ke Jeti , kami berkesempatan membeli buah avacado ataupun digelar apokat oleh penduduk tempatan dan istimewanya dipetik dari pokok dengana harga ikut suka hati. Balik ke Malaysia, isteri saya menjamu sanak saudara dengan resipi Jus Apokat yang dirasai dari Indonesia...
Selamat menari -nari... saya tidaklah sampai ke tahap tu ya..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.