imej dari Google Map |
Pulau Samosir merupakan pulau volcano yang terhasil daripada letusan gunung berapi ratusan tahun yang lalu. Hasilnya terbentuklah kawah gergasi di puncak gunung ini yang akhirnya menjadi danau ataupun tasik.
Terdapat kajian mengatakan bahawa kedalaman sesetengah tempat dasar danau ini mencecah 700 meter dari permukaanya dan dikhabarkan mungkin terdapat kedalaman lain yang mungkin akan ditemui kelak.
Pulau Samosir ini mempunyai keluasan melebihi keluasan Singapura dan terletak 1000 meter dari paras laut. Manakala di dalam kawasan pulau ini terdapat dua lagi danau kecil yang digelar danau di dalam danau iaitu Danau Sindihoni dan Danau Aek Natonang.
Di sebelah timur adalah Bandar Parapat yang menjadi bandar utama untuk ke Pulau Samosir melalui jalan air ke Tuk Tuk. Namun terdapat jalan darat yang boleh menghubungkan ke Pulau Samosir iaitu melalui Pangururan di mana terdapat sebatang jambatan yang menghubungkan wilayah Sumatera timur dan barat.
Kunjungan kami ke Pulau Somasir hanyalah setengah hari dan itu pun sekadar ke Perkampungan Tomok tetapi saya secara peribadi berhajat untuk terus ke Pulau Samosir ini dan menghabiskan masa menjelajah pulau ini dengan speda motor (motorsikal).
Dikhabarkan harga hotel di sana lebih murah dan anda memerlukan sekitar 3 hari untuk mengunjungi seluruh pulau ini. Malah saya berhajat sekali untuk ke sebelah wilayah Sumatera Barat di Pangururan dan mengunjungi 'pulau di atas pulau' di Danau Sindihoni.
Mungkin perancangan untuk lawatan akan datang dan pastinya bila anak-anak semakin besar sedikit.
Saya pasti jika anda ke sini, anda akan ke Brastagi dan akan melalui jalan ke Sipiso-piso dan pastinya anda akan berhenti beberapa kali untuk mengambil gambar di sepanjang jajaran ini. Saya melakukanya tetapi sedikit kurang bernasib baik kerana ketika lawatan kami ini cuaca agak berjerebu menyukarkan mengambil gambar pulau beserta awan yang cantik.
Juga jangan lupa untuk menikmati teh bandrek ataupun teh halia yang amat terkenal di Simarajunjung beserta dengan goreng pisang panasnya. Saya tidak pernah terlepas dan yang terbaru menyebabkan semalaman angin keluar!!! Jangan ditanya melalui saluran mana...
Juga jangan lupa untuk menikmati teh bandrek ataupun teh halia yang amat terkenal di Simarajunjung beserta dengan goreng pisang panasnya. Saya tidak pernah terlepas dan yang terbaru menyebabkan semalaman angin keluar!!! Jangan ditanya melalui saluran mana...
Apapun gambar selanjut menceritakan selebihnya... klik gambar untuk imej yang lebih besar.
Tips dari kami:
- Jika anda ke Danau Toba, luangkan lebih masa di sekitarnya kerana suasana dan pemandangan yang nyata berbeza berbanding anda berada di Brastagi ataupun Bandar Medan sendiri malah di dunia sekalipun.
- Jika anda masih bujang dan hanya berdua suami isteri, saya mengesyorkan anda menjelajah Pulau Samosir sambil menaiki motor. Lebih romantik tetapi hati-hati dengan bentuk jalan rayanya.
- Jika anda tiba awal, apa kata anda menginap terus di sekitar Pulau Samosir berbanding di Perapat kerana terdapat banyak hotel dan motel murah malah terdapat ramai pelancong dari barat yang menginap lebih dari dua minggu hingga sebulan hanya untuk menikmati sepenuhnya di pulau ini.
- Jika anda pengemar fotografi pastikan anda membawa bersama filter CPL kerana cuaca yang panas terik di sini. Jangan jadi seperti saya !!!
- Juga jangan lupa membawa filter ND8 anda kerana mainan airnya cukup mengiurkan.
Selamat menjelajah Pulau Samosir... Pulau di darat bukannya di laut tau ... mabuknya lain...
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.