Wednesday, February 22, 2012

Catatan Perjalanan: Istana Maimun, Medan

Hari ketiga ... Istana Maimon, Medan.

Ketika aku menaip catatan ini sengaja aku pasang semula klip video persembahan pemuzik yang mengalunkan irama Melayu Deli di Istana Maimun yang sempat aku rakamkan. Orang kata mencari mood lebih untuk menaip. 
Setelah menikmati makan tengahari dengan menu dan selera Solo, kami meneruskan perjalanan dan lawatan kami ke Istana Maimun yang terletak di dalam Kota Medan. 

Aku sempat membaca sejarah ringkasnya ketika di sana tetapi untuk lebih ketepatan fakta, lebih baik aku mencari sedikit info dari laman web yang berkaitan. 
" Istana Maimun juga digelar dengan Istana Putri Hijau yang merupakan Istana Kebesaran Kerajaan Melayu Deli. Dengan warna kuning sebagai warna kebesaran Kerajaan Melayu serta hijau berlambangkan Islam, ianya selesai di bina pada 25 Ogos 1888 dibawah Sulta Makmun al-Rasyid Perkasa Alamsyah iaitu Putera Sulong kepada Sultan Mahmud Perkasa Alam, pembina Kota Medan. 
Dikatakan awalnya Medan kesultanan ini menjangkau beribu hektar luasnya tetapi semakin lama semakin mengecil sehingga yang tinggal kini hanya medan istana ini sahaja.
Sehingga kini, Istana yang mempunyai keluasan 2772 meter persegi  dengan halaman seluas 4 hektar ini masih dihuni oleh para waris Kesultanan Deli di 30 ruang-ruang bilik Istana ini.
Dengan ketinggian dari aras lantai bawah ke atas adalah 14.14 meter serta kelebaran mencapai 75.5 meter, bangunan dan struktur istana ini masih amat kukuh biarpun dikatakan semakin hari semakin terbiar akibat kekurangan dana. 
Namun keunikan senibina Istana yang mencampurkan adunan senibina Moghul, Timur Tengah, Sepanyol, India, Belanda dan Melayu yang diadunkan oleh arkitek berbangsa Itali, T.H. Van Erp tetap menjadi tumpuan ramai samada pelancong tempatan mahupun asing.
                                                                                    olahan dari sumber di SINI  "
Berbalik kepada kunjungan kami, terasa irama Melayu Deli yang dimainkan oleh pemuzik amat dekat dengan jiwa kami keranan alunan irama Melayu sama seperti di Malaysia. Malah bila mereka memainkan lagu 'Barang Yang Lepas Usah dikenang" ciptaan P. Ramlee begitu mengasyikan . 


Semasa kunjungan saya terdahulu tiada caj masuk dikenakan tetapi kini mereka terpaksa mengenakan caj masuk sekitar INR 7,500 ataupun RM 2.60 seorang dewasa. 


Selebihnya eloklah gambar-gambar ini  menceritakan ...








 

 
  



Tips

  • Jika anda datang  berkumpulan dibawah agen, akan terdapat jurugambar yang berusaha untuk mengambil gambar anda dan pemandu pelancong anda itu akan menjualnya kepada anda selepas waktu makan tengahari sebelum ke Danau Toba. 
  • Anda boleh mendapatkan lawatan dengan panduan pemandu pelancong yang akan menerangkan segalanya di kawasan Istana ini dengan caj bayaran tertentu. 
  • Anda boleh menemui beberapa waris Kesultanan Deli atau dikenali dengan Pak Tua yang juga boleh menceritakan mengenai Kesultanan Deli dan Istana serta beliau akan menunjukan gambar-gambar lama. Dermakan sedikit sumbangan anda seikhlasnya. 
  • Anda boleh mengayakan pakaian lama Istana dengan bayaran tertentu untuk bergambar. 
  • Jangan melewati ruang yang dihadkan kerana Istana ini masih didiami oleh waris sultan. 
  • Anda boleh melihat serpihan meriam di luar Istana dengan dikenakan caj masuk. Saya tidak melakukanya. 
Selamat menghayati keindahan dan keunikan Istana Maimun...  

3 comments:

  1. Salam sejahtera & salam 1 malaysia buat mrkumai.... nama saya syikin dari klang. saya sangat tertarik & berminat sangat dengan catatan & gambar2 en post...saya kalau bole nak share skit lah ngan en kisah2 @ lagenda2 puteri hijau ni & perubatan puteri semasa hayatnye.....jika en berminat sila komen post saya....
    sekian,

    tq, wassalam....

    ReplyDelete
  2. Boleh apa salahnya... kalau ada info yang lebih mungkin anda boleh kongsikan link di sini sebab saya sakadar menulis mengikut sisi pandangan saya semata ..

    dan terima kasih kerana sudi membaca dan memberi komen serta berkongsi maklumat ...

    ReplyDelete

  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.



    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.