Maaf , gambar kurang memuaskan, salah setting masa terbang.. |
Terdapat beberapa penempatan Melayu yang lain seperti Kampung Melayu Kg Raja dan juga menghala ke Sungai Ikan tetapi taraftnya terletak di dalam penempatan sementara seperti tanah Tol atau sementara.
Sejarah Awal:
Taman Sedia adalah penempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands. Dibuka secara bergotong royong oleh beberapa orang melayu pada tahun 1959 sebelum dimajukan sebagai sebuah perkampungan oleh Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) pada tahun 1969.
Kampung Taman Sedia mempunyai sebanyak 48 lot yang mempunyai keluasan 0.25 ekar setiap satu dan kini masih dihuni oleh sebilangan peneroka asalnya.

Idris Osman, 76, tidak lokek berkongsi cerita memandangkan dia merupakan antara individu pertama yang mula meneroka Kampung Taman Sedia.
Ujarnya, kawasan ini merupakan sebuah hutan belukar. Kemudian, satu jawatankuasa seramai lapan orang yang terdiri daripada ketua kadi, guru besar, ketua polis daerah dan sebagainya dibentuk untuk berbincang cara-cara untuk meneroka kawasan tersebut.
“Pada setiap Sabtu dan Ahad, kami akan turun padang untuk menebas dan menebang hutan. Akhirnya dalam tempoh setahun hutan belukar itu berjaya dibersihkan.
“Waktu itu kedatangan ahli kumpulan bagi tujuan membersihkan belukar akan diambil pada setiap minggu. Jika tidak hadir, mereka dikehendaki membayar wang denda sebanyak RM5 sebagai ganti di atas ketidakhadiran mereka,” kata Pak Idris yang dilantik sebagai ketua jawatankuasa penerokaan kampung itu.
Pada 11 September 1974, Kampung Taman Sedia dibuka dengan rasminya oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.Kisah Dongeng:
Terdapat kisah lisan yang mengatakan Kampung Taman Sedia ini pada dahulu kalanyanya penuh dengan bunga-bungaan yang dimiliki golongan pari-pari (bunian).
Dikelilingi dengan padang rumput dan pokok renek yang tumbuh dan menjalar disamping alur sungai yang amat jernih malah terdapat hidupan liar seperti rusa yang menghuni menjadikan taman ini telah tersedia dari dahulu dan namanya juga diangkat dengan KAMPUNG TAMAN SEDIA.

Lokasi:
Jarak perjalanan dari Tanah Rata hanyalah kurang dari 2 km dan berada di pertengahan jalan jika ingin ke Pekan Brinchang. Bersebelahan dengan Pejabat Hutan Daerah.
Keistimewaan:
Jika anda mencari homestay di sini, Taman Sedia antara yang menjadi pilihan utama kerana dimiliki oleng Orang Melayu di samping lokasinya. Terdapat beberapa homestay seperti Marina Chalet, Ros Chalet, MZ Homestay, Lily Homestay dan Al-Mashoor Homestay.
Insyallah saya akan buat catatan khas untuk homestay di Kampung Taman Sedia ini nanti . Namun petikan dari Kosmo dalam catatan saya terdahulu boleh anda ikuti di SINI.
Kebun Strawberry: Terdapat beberapa pengusaha kebun strawberry yang berkonspkan agro perlancongan seperti KHM Strawbery Farm, Al-Mashoor Strawberry Farm, YZ Strawbery Farm , Opah Starwberry Farm dan juga Ros Strawberry Farm. Anda boleh memasuki kebun ini dan membeli hasilnya terus dari sana.
Industri Desa: Perkampungan ini terkenal dengan jolokan Satu Daerah Satu Industri dan pastinya industri berasaskan strawberry menjadi keutamaan. Dapatkan jem, ais krim, halwa , strawebery jus dan pelbagai lagi keluaran petani di sini dan anda boleh memperolehi di kebun-kebun strawberry ini.
Kebun Sayur: Anda mungkin tidak pernah melihat bagaimana kebun-kebun sayur diusahakan seperti kubis, kacang buncis, cili dan sebagainya. Jika kunjungan bertetapan dengan masanya, disini anda boleh melihat sendiri kebun-kebun sayuran ini diusahakan.
Jarak perjalanan dari Tanah Rata hanyalah kurang dari 2 km dan berada di pertengahan jalan jika ingin ke Pekan Brinchang. Bersebelahan dengan Pejabat Hutan Daerah.
Keistimewaan:
Jika anda mencari homestay di sini, Taman Sedia antara yang menjadi pilihan utama kerana dimiliki oleng Orang Melayu di samping lokasinya. Terdapat beberapa homestay seperti Marina Chalet, Ros Chalet, MZ Homestay, Lily Homestay dan Al-Mashoor Homestay.
Insyallah saya akan buat catatan khas untuk homestay di Kampung Taman Sedia ini nanti . Namun petikan dari Kosmo dalam catatan saya terdahulu boleh anda ikuti di SINI.
Kebun Strawberry: Terdapat beberapa pengusaha kebun strawberry yang berkonspkan agro perlancongan seperti KHM Strawbery Farm, Al-Mashoor Strawberry Farm, YZ Strawbery Farm , Opah Starwberry Farm dan juga Ros Strawberry Farm. Anda boleh memasuki kebun ini dan membeli hasilnya terus dari sana.
Industri Desa: Perkampungan ini terkenal dengan jolokan Satu Daerah Satu Industri dan pastinya industri berasaskan strawberry menjadi keutamaan. Dapatkan jem, ais krim, halwa , strawebery jus dan pelbagai lagi keluaran petani di sini dan anda boleh memperolehi di kebun-kebun strawberry ini.
Pendek kata , anda hanya perlu memandu dan singgah disini untuk merasai pengalaman anda di sini...
kami baru saja balik dari CH dan kg taman sedia salah satu tempat yg kami lawati, dah banyak berubah skrg.
ReplyDeleteDah bnyk taman strawbery dan dipenuhi dgn homestay. Tapi belum berkesempatan menginap di sini.
Mus,
ReplyDeletememang dah bercambah homestay dan strawberry farm... semuanya kerana sambutan yang amat baik dari kalangan orang Melayu sendiri yang datang ke sini.
Produk makanan seperti jem, kordial, acar, strawberry kering dan sebagainya adalah buatan tangan masing-masing.. yang penting kesangsian mengenai status halal terjawab degnan membeli produk ini berbanding di tempat lain,.
Semoga terus berjaya...
Dekat kampung no Ada jkkk tak? Kalau Ada boleh saya dapatkan no tel....
ReplyDeleteMaaf, saya tiada nombor mereka malah saya sendri tak tahu sape jkkk di sana.
ReplyDeleteSalam. Saya akan berkunjung ke CH: travelling day 14.5.15 nnt melalui jalan bentong-raub-sg koyan dan menetap di natasya resort yg berhampiran dengan copthorne hotel.
ReplyDelete15.5.15 hingga 16.5.15, saya akan berkursus di copthorne hotel.
Boleh encik cadangkan tempat yang sesuai dilawati bersama suami saya dalam masa yg singkat di CH? Ada tak rujukan seperti peta utk kami jadikan panduan?
Jalan dari copthorne hotel ke taman sedia mcm mana ya? Dr copthorne ke pasar malam CH tu pula mcm mana?