Friday, November 25, 2011

Tips Melawat Cameron Highlands : 2 Hari 1 Malam.

Ramai juga kawan-kawan seringakali bertanya kemana hendak dituju jika datang ke Cameron Highlands dan biasanya sedikit cadangan aku kongsikan berdasarkan selera aku. 

Dan selalunya bila balik dan bersembang-sembang di ruang chat  selepas lawatan, masing-masing mengatakan tak sempat ke sana tak sempat ke sini dan terlepas peluang ke sini sebab tak tahu adanya tempat itu dan ini. 

Aku pening juga nak bagi cadangan sebabnya mengikut selera masing-masing. Mungkin selera aku tak sesuai dengan selera anda dan mereka.

Apapun, mungkin sebagai panduan dan sedikit pandangan tak rasmi mengenai tentatif lawatan ini sedikit membantu anda.

Melawat 2 Hari 1 Malam :

(Melalui Tapah atau Raub)

Hari Pertama: 
11.00 pagi : Sampai ke Ringlet. 
11.20 pagi : Bharat Tea Centre untuk berehat dan menikmati pemandangan Ladang Teh 
12.15 tgh   :  Tanah Rata untuk makan tengahari dan Check In Hotel pilihan anda
atau Makan tengahari dan Melawat Stesen Mardi Tanah Rata.
2.00 petang : Check In dan solat- atau jamak jika layak
3.00 petang : Kampung Taman Sedia untuk strawberry farm.
4.00 petang : Cactus Valley dan Big Strawberry Farm ( Lettuce Hidroponik)
6.00 petang atau ke Malam : Pasar Malam Brinchang ( Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu)
9.00 malam : Jika sudah ke pasar malam , boleh menikmati Steam Boat, jika tidak pusingan kedua bershoping.

Hari Kedua: 
Sehingga 10 pagi : Sarapan dan Check Out
11.00 pagi : Sungei Palas Tea Centre dan Kea Farm- Shoping terakhir
2.30 petang ; Pulang ke rumah dengan berhati-hati ...
(Melalui Simpang Pulai)
Jika anda melalui Simpang Pulai, anda boleh singgah di Bharat Tea Centre di Kuala Terla untuk menikmati teh dan mungkin ke tandas. 

Hari Pertama: 
11.00 pagi : Sampai ke Bharat Tea Centre Kuala Terla. 
12.15 tgh   :  Pekan Brincang makan tengahari dan check in di  Hotel pilihan anda
2.00 petang : Check In dan solat- atau jamak jika layak
3.00 petang : Cactus Valley dan Big Strawberry Farm .
4.00 petang : Stesen Mardi dan Kampung Taman Sedia atau ke Tanah Rata
6.00 petang atau ke Malam : Pasar Malam Brinchang ( Hanya pada hari Jumaat dan Sabtu)
9.00 malam : Jika sudah ke pasar malam , boleh menikmati Steam Boat, jika tidak pusingan kedua bershoping.

Hari Kedua: 
Sehingga 10 pagi : Sarapan dan Check Out
11.00 pagi : Sungei Palas Tea Centre dan Kea Farm- Shoping terakhir
2.30 petang ; Pulang ke rumah dengan berhati-hati ...
selamat mencuba... akan bersambung lagi ...

2 comments:

  1. hi mr kumai..sangat menarik info anda dan memang boleh menjadi panduan berguna untuk company trip ofis kali nie...saya nak tahu mr kumai dari cameron ker? coz tgk byk makluman berguna dari anda seolah- olah anda telah explore setiap sudut, tempat dan keindahan yang ada di cameron..

    ReplyDelete
  2. mr kumai, pada 25 - 27 december nie, company tempat saya bekerja ada buat family trip menaiki bas ke cameron...kami dari perlis..rasanya kalau untuk makan tengahari day o1 tu boleh cadangkan tempat makan halal yg boleh muat seramai 30 org? perlukan tips dan nasihat anda...tq!

    ReplyDelete

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.