Jika anda ingin meneroka, melihat dan membeli kaktus, Cameron Highlands memberikan pelbagai pilihan kepada anda dengan mudah.
Anda hanya perlu mengunjungi mana-mana kedai cenderahati ataupun
pusat jualan nursery bunga sepanjang Brinchang sehinggalah ke Tringkap.
Namun jika anda peminat
kaktus tegar dan ingin melihat kaktus dengan skala lanskap yang lebih besar saya ingin
mencadangkan anda untuk singgah di Brinchang , kerana terletak di pinggiran
pekan ini adalah Kaktus Valley.
Hanya 2 minit perjalanan dari Tapak Pasar
Malam Brinchang, anda perlu membayar RM 4 bagi dewasa dan RM 2 bagi kanak-kanak
sebagai bayaran masuk.
Anda boleh melihat puluhan
jenis kaktus yang ditanam dan dan dibentuk menjadi lanskap yang menarik dan
dikatakn terdapat kaktus yang berusia 60 tahun berada di sini.
Namun bukan sekadar kaktus
yang boleh anda lihat tetapi juga pelbagai pokok bunga, plot sayuran dan pelbagai
hasil pertanian yang boleh dibeli.
Tips:
· Jika ingin membeli
kaktus, terdapat pelbagai pilihan tetapi lebih mahal dari Pasar Malam.
· Tidak sesuai bagi
warga emas dan OKU kerana kawasan ini bertingkat-tingkat.
· Biasanya parking
adalah terhad. Terdapat penjaga parking yang akan menyuruh anda meletakan
kenderaan di kawasan Big Strawberry Farm . Anda boleh berjalan turun ke sini
dengan hanya 4-6 minit berjalan kaki.
Pastikan anda melawat kedua-dua bahagian taman
ini kerana di sebelah kanan adalah khas kepada tanaman kaktus, epal dan anggur
tetapi di seberangnya adalah variasi tanaman bunga, dan sayuran.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.