Sunday, November 13, 2011

PTPTN: 69,573 diperintah bayar balik ...



Sepanjang seminggu yang lalu antara topik yang hangat dibincangkan adalah mengenai hasrat ahli Lembaga  PTPTN atau pun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mencadangkan untuk hanya membiayai Yuran pembelajaran di Universiti tempatan samada swasta ataupun awam dengan menamatkan pembiayaan sara diri harian ekoran keenganan bayaran kutipan semula yang dilakukanoleh para peminjam terdahulu.

Pelbagai pendapat disuarakan samada menyokong, tidak menyokong dan salah menyalah telah diberikan sebagai respon untuk topik ini.

Yang menyokong pastinya dari golongan mereka yang sudah melepasi tempoh pengajian dengan pelbagai alasan dan pendapat antaranya, tidak perlu dimewahkan golongan penuntut universiti sedia ada ekoran padangan mereka siswazah masakini ada berlaku salah guna wang sara diri untuk lebih kepada gaya diri seperti pakain, telepon dan sebagainya berbanding nota kuliah, buku dan sebagainya.  

Yang tidak menyokong pastinya golongan ibu bapa yang berpendapatan rendah dan anak-anak muda yang pastinya menunggu peluang untuk melanjutkan pelajaran. Mereka ini bimbang kemampuan untuk membiayai pengajian anak-anak mereka yang pastinya akan mempengaruhi beban kewangan bertambah. 

Yang menunding salah pula pastinya kepada peminjam yang gagal melunaskan tanggungjawab mereka untuk membayar balik pinjaman biarpun sudah berjawatan dan berkerjaya yang hebat dan mengamalkan gaya hidup yang cukup mengangumkan.

Bila ditanya  kenapa enggan membayar pinjaman,  ada yang menuduh kerajaan membuat keuntungan dari skim pinjaman ini dengan caj perkhidmatan yang tinggi 

Dari 3-4% yanag telah dipersetujui dalam perjanjian asal telah dikurangkan kepada 1% caj perkhidmatan masih dianggap mahal dan amat keterlaluan dan semua timbul selepas selesai membelanjakan pinjaman dan seramai 836,408 peminjam sedia ada layak menyertai kaedah Ujrah ini. Klik di disini.

Jika meminjam di bank, kakitangan kerajaan mungkin dikenakan sekitar 3-4% faedah pinjaman manakala bagi kakitangan swasta biasanya bermula sekitar 7-9 % faedah pinjaman dan hanya ibu bapa penuntut ini boleh membuat pinjaman dan harus dibayar bermula bulan berikutnya berbanding PTPTN dipinjam oleh penuntut itu sendiri dan hanya selepas tamat tempoh pengajian pembayaran semula bermula malah boleh dirundingkan jika masih gagal mendapat pekerjaan. Aku tak pasti secara terperinci kaedah dan juga skim antara kedua-dua ini.

Itupun jika Ibu bapa terbabit layak untuk mendapatkan pinjaman. Jika pinjaman dan saraan hutang sedia ada telah melebihi nilai peratusan pendapatan yang ditetapkan, maka gagallah ibu bapa ini untuk meminjam dan pasti pening dan gelisah bagi mereka setiap kali mendapat panggilan daripada anak-anak mereka.

Bagaimana pula dengan ibu bapa di kawasan pendalaman yang sememangnya terpisah jauh dari syarat kelayakan meminjam. Maka saraan anak-anak mereka ini pastinya akan membebankan mereka.

Maka ramailah yang menuntut pinjaman ini ditukarkan kepada biasiswa sebagai menuntut hak kebajikan mereka dan jika ratusan ribu sebegini yang perlu dibiayai, maka pastinya kewangan yang amat besar diperlukan.

Aku tidak boleh berkata banyak kerana tidak tergolong dalam senarai peminjam kerana ketika belajar dahulu alhamdulillah harga sawit tengah tinggi dan nilai sara hidup di universiti cawangan yang jauh ke dalam tidak menuntut lebihan keperluan untuk bersosial ala bandar ataupun menampilkan gaya hidup yang menawan semata-mata untuk menawan pasangan.

Cukuplah sekadar pakai apa yang mampu dan makan di dewan asrama semata dengan hidangan ikan jaket dan sup makaroni ataupun daging pejal berkuah kicap. Sekali sekala makan di gerai makanan dan jika ingin melancong dan berjalan, masuklah aktiviti persatuan yang membolehkan aku dalam tempoh 3 tahun berjaya mengunjungi 13 buah negeri kecuali Sabah dengan hanya berpersatuan. Tidak perlu pula untuk lebih memegang jawatan dan kuasa sehingga terabai segalanya.
Antara petikan berita PTPTN
TEMERLOH 12 Nov. - Seramai 69,573 pelajar yang meminjam dengan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah diperintah agar membayar balik pinjaman mereka oleh mahkamah sehingga Oktober lepas.
Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamad Said berkata, jumlah itu antara 104,083 peminjam yang disaman kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka.
"Tindakan mahkamah ini terpaksa dilakukan setelah pelajar terbabit gagal membayar balik pinjaman walaupun selepas dihubungi dan diberikan peringatan berkali-kali oleh PTPTN," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bee Yong, Kerdau, hari ini.
Ismail, yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata, sehingga September lepas, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34 peratus berbanding RM6.2 bilion, jumlah yang sepatutnya diperoleh.
Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 8,143 pelajar yang disenarai hitam Jabatan Imigresen membayar balik pinjaman mereka membabitkan kutipan kira-kira RM146 juta.
Katanya, jumlah itu masih rendah berbanding 132,801 pelajar yang disenarai hitam dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.
Sementara itu, beliau berkata, Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) kini mencecah RM456.02 juta membabitkan 1.03 juta penyimpan sehingga 30 Sept lepas. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.