Tuesday, November 15, 2011

Bayi lelaki ditemui dibuang


INSPEKTOR Najahah Abdul Fatah mendukung bayi yang ditemui di kawasan letak kereta Klinik Kesihatan Kota Setar untuk dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk pemeriksaan semalam.
ALOR SETAR 14 Nov. - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan, ditemui ditinggalkan di dalam sebuah beg di bawah sebatang pokok di belakang Klinik Kesihatan Alor Setar, di sini hari ini.

Bayi yang masih bertali pusat itu dijumpai seorang wanita yang melalui kawasan tersebut pukul 12 tengah hari, sebelum menyerahkannya kepada Klinik Kesihatan Alor Setar di sini.

Jururawat yang enggan dikenali berkata, ketika ditemui, si kecil tersebut dibalut dengan tuala.

"Bayi itu telah diberi susu dan kami menghubungi polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika ditemui di Klinik Kesihatan Alor Setar di sini hari ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Setar, Supritendan Baharom Abu berkata, siasatan polis percaya bayi itu yang berketurunan Melayu baru dilahirkan kira-kira empat jam lalu.

"Bayi tersebut dalam keadaan sihat dan kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah," katanya sambil memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.