Kisah kedua mengenai cubaan penipuan kad kredit yang kedua berlaku pada pukul 12.34 tengahari tadi. Aku mendapat panggilan telepon daripada seorang wanita memperkenalkan dirinya sebagai ZURA dan mewakili Maybank and Visa Centre.
Dengan nombor 0147283747 , ZURA ingin membuat soal selidik mengenai perkhidmatan kad kredit Maybank.
Kali ini aku lebih bersedia. Lebih berhati-hati dan mula sengaja ingin menduga aturan modus operandi mereka.
Aku menjawab dan mengesahkan masih memiliki kad tersebut dan masih sebagai pengguna aktif.
Drama aku teruskan dengan menjawab pertanyaan mudah seperti tempoh penggunaan dan bila mana ZURA mula ingin mendapatkan kepastian dan mengesahkan tarikh luput kad, aku mula mempersoalkan kewajaran aku untuk memaklumkan dan berkongsi nombor kad kredit kerana terang-terang sudah dinasihatkan oleh pihak Bank.
Zura pada mulanya berusaha untuk menyakinkan aku mengenai kewajaran aku berkongsi maklumat ini sebagai salah satu kajian perkhidmatan dan aku menafikan permintaannya dan bilamana suaranya mula meninggikan , aku mula kan bertanyakan " Adakah mak anda tahu anda menipu? Adakah anak anda tahu dia hidup dengan hasil haram ? dan seperti yang aku dapat agak, Zura mula memaki hamun aku dan aku mana boleh dengar sahaja, terus melawan cacian dan makian Zura. Pelik pula bilamana pekerja bangla aku melihat kenapa bosnya terjerit-jerit di tengah panas di telepon.
Perbualan selama 1.29 minit ini akhirnya aku putuskan kerana jelas dia sememangnya telah bersedia untuk dimaki dan membalas makian.
Dari aku menambah dosa kering dengan mencarut aku menghubungi Maybank Centre dan melaporkan kejadian ini.
Satu laporan polis dibuat selepas itu .
Persoalannya, kenapa dan bagaimana maklumat peribadi aku sampai ke tangan si penipu ini?
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.