Friday, September 30, 2011

Ikan Keli: Yang mana halal , yang mana haram...


Aku dapat Artikel ini dari Facebook kawan-kawan. Antara betul atau tidak tak dapat dipastikan cuma bagi kita sebagai pengguna adalah wajar untuk mengetahui asal usul makanan kita. 

Ini bukan menburukan bangsa lain tetapi Mencari HALAL itu adalah wajib bagi orang Islam... Jika anda ada maklumat lanjut , silakan berkongsi bersama kami.

Pada tahun 1986 sewaktu Tok Wan sedang gila memelihara ikan air tawar ada ler satu kolam tu Tok pelihara ikan keli. 


Oleh kerana ikan keli menggunakan bahagian dasar kolam maka kolam tersebut Tok kongsikan dengan ikan Rohu serta Tilaphia sebab Tilaphia duduk dibahagian atas sementara Rohu bahagian tengah.


Seorang rakan memberitahu pada Tok bahawa ikan keli ada 2 jenis bagi menandakan yang halal dan yang haram. 


Pada mulanya Tok sendiri tak percaya. Mana boleh ada keli halal atau haram (masa tu belum ada Logo Halal JAKIM lagi). 


Namun selepas Tok sendiri selidik ikan keli yang dipelihara oleh rakan berbangsa Tionghua dikolam dekat Batu Kong (sekarang flat ATM Desa Tun Razak) nyata cerita itu benar.

Perbezaan ikan keli memakan bahan haram dan halal
Haram 
  1. (Ikan yang diternak orang bukan Melayu diberi makan perut ayam, bahan buangan, bangkai dan organ dalaman babi. Semua benda itu tidak halal untuk umat Islam) · 
  2. Kepala berbentuk 'V' · Bentuk badan mirip torpedo · 
  3. Badan berwarna hitam berkilat · 
  4. Bahagian bawah badan berwarna putih melepak · 
  5. Bahagian antara bawah kepala dan badan berwarna kuning · 
  6. Apabila digoreng akan meletup kerana banyak lemak


Halal 


  1. (diberi makan palet halal iaitu campuran beras hancur, tepung ikan, kepala ikan bilis, minyak sawit, bahan buangan kelapa sawit, kiambang dan vitamin) · 
  2. Kepala berbentuk 'U' · 
  3. Bentuk badan tirus · 
  4. Berwarna hitam kelabu dan tidak berkilat · 
  5. Bahagian bawah badan berwarna putih kelabu · 
  6. Tiada warna kuning kelihatan di bahagian antara bawah kepala dan badan · 
  7. Digoreng tidak meletup 


Jadi info ini mungkin berguna sewaktu anda hendak membeli ikan keli dipasar. Salam Ukhuwah..~Info pada foto.
.~
Sumber :

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.