TOL oh TOL .. aku percaya ramai dikalangan kita akan tetap memilih lebuhraya bertol untuk pulang ke kampung biarpun dikenakan bayaran tol. Mungkin kerana inginkan keselesaan dan kemudahan yang disediakan sepanjang jajaran tol maka ianya tetap menjadi pilihan.
Malah statistik kemalangan jalan raya di Malaysia menunjukkan kadar kemalangan di lebuhraya adalah amat rendah dan membuktikkan ianya selamat untuk digunakan.
Menjelang perayaan ini, sejak beberapa tahun ini selepas Corporate social Responsibility atau CSR dipertekankan oleh kerajaan, kita dapati semakin banyak syarikat konsesi leburahaya menawarkan 2potongan harga atau diskaun bagi pengguna jalan raya malah ada yang memberikan secara percuma.
Untuk musim perayaan 2011 ini nampaknya tidak berkecuali di mana terdapat tawaran diskaun untuk pengguna jalan raya bagi membolehkan mereka bukan sekadar menikamti perjalanan yang selesa dan selamat tetapi sedikit berjimat.
-0
- Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor @ LATAR (Percuma tanpa tol sehingga 31 Ogos)
- Lebuh Raya LDP (Percuma pada Hari Kemerdekaan bermula 12 tengah malam sehingga 11.59 tengah hari )
Mulai 25 Ogos 2011 (Khamis) ini antara lima (5) Lebuh Raya yang paling awal memberikan diskaun adalah:
- Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
- Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
- Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
- Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)
Senarai 23 Lebuh Raya yang memberi DISKAUN 5% – 37.5%
Anda boleh memeriksa laman web konsesi ini untuk mengetahui kadar tol terbaru selepas diskaun.
- Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS)
- Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
- Lebuh Raya Seremban-Port Dickson (SPDH)
- Lebuh Raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura(Linkedua)
- Lebuh Raya Kulim-Butterworth (KLBK)
- Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP)
- Lebuh Raya Sistem Penyuaraian Trafik KL-Barat (SPRINT)
- Lebuh Raya KL-Karak (KLK)
- Lebuh Raya Pantai Timur (LPT)
- Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH)
- Lebuh Raya Koridor Guthrie (GUTHRIE)
- Lebuh Raya Kemuning Shah Alam (LKSA)
- Lebuh Raya Sungai Besi (BESRAYA)
- Lebuh Raya Baru Pantai (NPE)
- Lebuh Raya Kajang-Seremban (LEKAS)
- Lebuh Raya Shah Alam (KESAS)
- Lebuh Raya Duta Ulu Kelang (DUKE)
- Lebuh Raya Cheras Kajang (Grand Saga)
- Lebuh Raya Smart (SMART)
- Lebuh Raya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB)
- Lebuh Raya KL-Putrajaya (KLP)
- Lebuh Raya Lingkaran Kajang (SILK)
- Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE)
Selamat menempuhi perjalanan yang selamat dan selesa..
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.