Tuesday, August 2, 2011

Tanam cili atas bumbung bangunan

Kalau dahulu, ketika Tan Sri Sanusi Junid menjadi Menteri Besar Kedah , beliau memperkenalkan tanaman padi diatas bumbung bangunan yang bagi aku agak ekstrem idea ini kerana melibatkan banyak material dan untuk mewujudkan suasana bendang, bayangkan tanah dan air dibawah naik ke atas bumbung.

Tapi hari ini di Berita Hari sekumpulan pelajar di Politeknik Jeli mengusahakan 800 tanaman cili diatas bumbung menggunakan teknik fertigasi, aku rasa memang boleh dibuat dan telah dibuktikan oleh mereka kerana teknk fertigasi dan media campuran tidaklah sesusah tanaman padi di atas bumbung. 

Dan jika hasilnya sebulan menjangkau 800 kg daripada 800 pokok sebulan dan jumlah nilai jualan RM 8,000 atau bersamaan RM 10 sekilo, agak lumayan. 

Cuma harga di pintu ladang agak jauh lebih rendah dengan nilai jualan ini. Namun aku menyokong usaha ini kerana Chili dan teknik fertigasi memang sesuai di mana sahaja. Insyaallah ... perlu ada minat dan usaha yang bersungguh-sungguh.


Oleh Nor Hazwani Hamat , bhkb@bharian.com.my 2011/08/02

SEBAHAGIAN penuntut dan kakitangan Politeknik memetik Cili Centil di atas bumbung bangunan Politeknik Jeli.
SEBAHAGIAN penuntut dan kakitangan Politeknik memetik Cili Centil di atas bumbung bangunan Politeknik Jeli.
Kaedah Rooftop Gardening jana pendapatan Politeknik Jeli TANAH MERAH: Pelajar dan kakitangan Politeknik Jeli melakukan usaha di luar jangkaan apabila manfaatkan ruang atas bumbung bangunan institusi pengajian mereka seluas 9,000 kaki persegi dengan menanam Cili Centil yang boleh memberi pendapatan RM8,000 sebulan.

Program Keusahawanan Rooftop Gardening atau tanaman atas bumbung itu diusahakan menggunakan teknologi penanaman secara fertigasi di kawasan lapang bumbung sejak Mei lalu.


Pengarah Politeknik Jeli, Azizi Lin, berkata selepas dua bulan, sepohon cili centil dianggarkan dapat menghasilkan sekilogram cili matang sebulan dengan purata harga pasaran RM10 sekilogram. 

“Sebanyak 800 pokok ditanam yang mampu menghasilkan 800 kilogram tuaian jangkaan hasil RM8,000 sebulan,” katanya ketika ditemui di penempatan sementara politeknik berkenaan di Taman Harmoni, Tanah Merah di sini, semalam. 


Proses penanaman bermula pada 18 Mei lalu dan hasilnya dituai secara berperingkat mulai 19 Julai lalu. Beliau berkata, Politeknik Jeli merangka pelbagai strategi dalam usaha mengukuhkan ‘niche area’ dalam bidang agrotek dan bioindustri. 


“Untuk langkah awal, kita bina rangkaian di kalangan agensi pertanian, usahawan dalam bidang pertanian dan pembekal serta pengilang barangan pertanian kerana kaedah Rooftop Gardening tidak terhenti setakat aktiviti tanam dan tuai. “Malah, kita 
sedang menjalankan beberapa penyelidikan berhubung penurunan suhu bangunan, kesan terhadap kualiti udara, aplikasi elektronik dan robotik dalam pertanian,” katanya. 


Seorang bekas pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik Elektronik, Wan Mohd Hamzi Syakir Wan Harun, 23, berkata pada awalnya beliau tidak berminat menceburi bidang pertanian, tetapi selepas diberi pendedahan, ternyata ia berfaedah untuk semua pelajar. 

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.