Bahagian pertama menceritakan bagaimana operasi akidah ini dilaksanakan dan penemuan beberapa bahan bukti yang menjelaskan ianya wajar dijalankan dan buktinya terdapat 12 orang umat Islam yang berada dan menyertai majlis ini.
Bahagian kedua dan terakhir ini menceritakan kenapa operasi ini di lakukan dan bagaimana ianya sebenarnya dilakukan.
Bagaimana juga pihak yang berkenaan melakukan helah dan cara tersembunyi dalam menjelaskan antara Majlis Berbuka Puasa, Majlis Makan Malam Muhibbah dan Thankgiving Dinner.
STiada serbuan seperti yang digembar gemburkan oleh pihak ketiga dan gereja ini sendiri. Malah rakaman terdahulu menceritakan bagaimana operasi ini berlangsung. Mungkin rakaman ini tidak bernyawa atau Besi sifatnya tetapi bagi aku ianya boleh membuktikan apa yang dinyatakan.
Juga diperincikan hasil operasi ini yang secara keseluruhannya menemui bukti bahawa kristianisasi sedang berlaku dikalangan umat Islam sekaligus melanggar keistimewaan Islam yang diperincikan dalam perlembangaan.
JASI telah menjalankan tugas mereka dalam mempertahankan hak dan kesucian Agama Islam seperti yang telah termaktub dalam Perlembangaan . Tidak lebih dan tidak kurang dari itu...
Sambungan..
4. ELEMEN YANG MENIMBULKAN SYAK
4.1 Walaupun dikatakan sebagai majlis berbuka puasa tetapi penunjuk arah dan itinerary program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanksgiving Dinner" yang berunsurkan Kristian.
4.2 Hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup dan turut dihadiri orang bukan Islam.
4.3 Walaupun majlis itu adalah "Thanksgiving Dinner", terdapat usaha-usaha untuk mengelirukan orang beragama Islam kerana terdapat ciri-ciri tarikan iaitu:
4.3.1 Bunga manggar diletakkan di hadapan pintu masuk dewan tersebut.
4.3.2 Baju yang dipakai oleh peserta yang bukan beragama Islam iaitu baju kebangsaan, kebaya dan baju kurung.
4.4 Peserta (Islam) seramai 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang secara senyap.
4.5 Nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR yang terdapat dalam tentatif sedangkan ia dilakukan di tempat yang tidak sepatutnya.
4.6 Soalan kuiz Islam yang diberikan kepada peserta yang hadir.
4.7 Cebisan kertas soalan kuiz Islam yang siap di isi yang telah dikoyakkan oleh penganjur (dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan).
4.8 Majlis tersebut dilakukan di premis milik organisasi kristian iaitu Damansara Utama Methodist Church yang jelas ketara elemen-elemen Kristian yang mendedahkan unsur-unsur penarikan (Terutama sekali evengelical mission melalui papan kenyataan dan wall paper yang dipamerkan di dinding ruang legar premis tersebut.)
4.9 Ketika dan selepas pemeriksaan, penganjur beria-ia benar menyembunyikan fakta sebenar perjalanan program Thanksgiving Dinner itu terutama sekali mengenai ucapan (testimony) yang dilakukan oleh seorang yang dalam proses menukar agamanya dari Islam ke Kristian dan mereka yang berselindung di sebalik program Makan Malam Muhibbah atas semangat 1Malaysia.
4.10 Salah seorang yang mendakwa dirinya oenganjur utama telah ditanya secara lisan oleh Penguatkuasa JAIS kepadanya samada dia beragama Islam, dan dia menjawab "I Believe in God" dan enggan mengaku beragama Islam sedangkan berdasarkan kad pengenalannya jelas beliau seorang Islam.
5. PENAFIAN
5.1 Tiada sebarang serbuah dilakukan, bahkan JAS telah melakukan rundingan sebelum melakukan pemeriksaan.
5.2 Panganjur dan JAS bersetuju untuk menjalankan pemeriksaan individu di dalam Dewan 3 berkenaan setelah Majlis selesai dijalankan.
5.3 Majlis tersebut dihadiri kemudiannya oleh wartawan. JAIS telah dituduh memanggil wartawan tersebut sedangkan tiada jemputan dibuat oleh JAIS.
6. PENUTUP
Laporan ini dibuat bagi memberi penjelasan berhubung kejadian sebenar yang berlaku semasa operasi yang dilakukan.
Disediakan oleh:
Penolong Pengarah (Perancangan & Stratejik)
Bahagian Penguatkuasaan
Jabatan Agama Islam Selangor
Tarikh: 4 Ogos 2011
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.