Thursday, August 11, 2011

Kisah sebuah derita Norma dan Cinta Talib , si suami ...

Semalam bila salah sorang sahabat lama dalam  Facebook menceritakan mengenai kisah yang menyentuh hati di TV3 MHI.

Blog yang membawakan kisah Norma dan Talib iaitu sepasang suami isteri di mana isterinya sedang menderita akibat ketumbuhan di kepala, aku agak blur kisah yang sebenar dan pagi ini berkesempatan untuk melayari laman moon punyer blog oleh Munirah iaitu biras kepada Norma. 

Ianya bukan sekadar berkongsi rasa tetapi menyentuh hati dan naluri kita sebenarnya.

Di laman blog ini, Munirah berkongsi kisah suka duka, jatuh bangun, kasih dan sayang , derita , sakit dan ketabahan serta pelbagai rencah rasa kehidupan yang dialami kakak iparnya dan birasnya. Kasih dan sayang serta cinta seorang Suami kepada isterinya tanpa surut dan susut.

Mungkin anda boleh melayari laman web beliau dan aku bawakan sedutan MHI TV3 semalam untuk dikongsi bersama supaya kita dapat menyelami kisah duka ini..


Sekiranya anda ingin membantu Norma dan Talib, tertera caranya di you tube ini dan jika anda ingin mengetahui kisah sepenuhnya , layarilah Laman web moon punyer blog .

Aku teringat kisah isteriku yang menceritakan kisah sahabatnya di sekolah yang juga mengalami sympton  yang sama iaitu ketumbuhan dalam kepala tetapi alhamdulillah masih mampu menjalankan tugas sebagai seorang guru. 

Namun percayalah,  rasa di dalam hati , hanya mereka yang tahu..

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.