Wednesday, August 3, 2011

Eksklusif: Golden Churn ada DNA babi

Memanjangakan info kepenggunaan ini dari laman berita yang memetik hasil siasatan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang mengesahkan ianya haram kerana mengandungi DNA babi. 


Aku ada membaca mengenai pengharaman produk ini dua minggu lepas tapi belum mendapat pengesahan rasmi JAKIM. Mendahuli kenyataan ini datangnya dari Majlis Islam Sarawak dan analisa bahan dari Bahagian Penyelidikan Jabatan Agama Johor juga mengesahkanya. 


Namun, pihak pengeluar telah mengeluarkan kenyataan media di laman web mereka yang mengesahkan produk mereka ini telah mendapat pengesahan sijil halal di New Zealand dan ianya turut memuatnaik liputan di TV9. 


Cuma aku pelik Jakim sendiri telah mengesahkan tiada bahan DNA babi tetapi penemuan di premis berkenaan. Ikuti penjelasan dari wakil JAKIM ini.

Namun semalam bila JAKIM sendiri kini telah membuat kenyataan rasmi berkenaan  status halal dan haram , bagi aku, wajarlah kita ikut kerana mereka adalah pengeluar rasmi status halal di negara ini.


Dan marilah kita kongsi bersama-sama dengan umat Islam yang lain.


Petikan Berita Harian Oleh Mohd Roji Kawi ,mdroji@bharian.com.my , 2011/08/03

JAKIM, JAIS sah mentega dari New Zealand tidak halal 


KUCHING: Kekeliruan mengenai status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ terjawab semalam, apabila Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) turut mengesahkan ia tidak halal kerana mengandungi DNA babi.


Sebelum ini orang ramai keliru apabila JAKIM dalam surat bertarikh 30 Jun lalu kepada pembuat mentega itu mengesahkan mentega jenis itu tidak mengandungi DNA babi, sedangkan Majlis Islam Sarawak dalam kenyataan pada 28 Julai lalu, mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi.

Mesyuarat bagi membincangkan status mentega ‘Golden Churn Creamy Butter’ itu berlangsung di sini petang semalam dan disertai beberapa agensi berkaitan mengesahkan ia haram kerana mengandungi DNA babi. 

golden churn


Jika anda mendapati catatan ini membantu anda atau perlu diperbaiki, silalah berikan sedikit ulasan dibawah dan jika ianya membantu, kongsikanlah bersama rakan-rakan yang lain.



No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.