Dato' Siti Nurhaliza Taruddin menyatakan akan melanjutkan pelajaran di UiTM tidak lama lagi dan jika benar, baguslah. Cuma bagi artis yang mempunyai kelulusan SPM pangkat kedua ini kalau berniat untuk majukan diri ianya satu usaha yang cukup murni dan akan meransang dan mendorong mereka yang lain tetapi jika mahu lakukan semata-mata mahu lebih popular, tak berapa manis.
Sebenarnya melihat kepada kedudukan kepada Dato Siti sekarang ini, aku rasa tiada keperluan untuknya melanjutkan pelajaran tetapi ini lebih kepada impian dan keinginan untuk mencapai apa yang pernah diinginkan.
Dahulu masa aku di UiTM , terdapat khabar angin mengatakan Siti akan masuk Uitm tetapi sekadar khabar angin.
Kepada Dato'Siti Nurhaliza, selamat maju jaya.
Petikan KOSMO online.
SHAH ALAM — Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bakal mengikuti pengajian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini tidak lama lagi.
Meskipun mengambil keputusan meneruskan kerjaya sebagai penyanyi selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), beliau berkata, cita-cita melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi tidak pernah padam sejak lebih 10 tahun lepas.
Bidang muzik menjadi pilihan memandangkan ia seiring dengan kerjayanya sebagai penyanyi, dan beliau percaya UiTM merupakan tempat terbaik untuk menggenggam sekurang-kurangnya segulung diploma dalam bidang berkenaan.
"Siti sedang berbincang dengan pihak UiTM, dan insya-Allah sekiranya semuanya berjalan lancar, Siti akan meneruskan pengajian seperti yang dirancang,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan persembahan pada Malam Gala dan Karnival SimplySiti.
Perkara itu turut disahkan Naib Canselor UiTM, Profesor Datuk Dr. Sahol Hamid Abu Bakar pada sidang akhbar berkenaan. — Bernama
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.