Hari ini aku nak mulakan satu kategori yang baru iaitu Filem yang menarik untuk dikongsi berdasarkan selera aku. Maksudnya apa yang aku suka tonton dan ingin aku kongsikan dengan anda. Cuma barangkali tidaklah sama selera atau sama pandangan dengan anda tetapi sekadar berkongsi apa yang aku suka... boleh? ... kalau ada yang melawan atau membangkang tu maaflah ya, sebab kategori ialah , Filem Yang aku suka....
Boleh ? Memulakan filem pertama, adalah filem MAN ON FIRE... lakonan mantap Denzel Washington, antara pelakon kegemaran aku..
Mengisahkan bagaimana fenomena menculik kanak-kanak golongan keluarga kaya di Mexico yang dalangnya di antara penjenayah, anggota polis yang membelot dan golongan polis yang mengambil kesempatan. Ceritanya berlatarkan negara Mexico dan anda akan disajikan dengan suasana golongan kaya dan setinggan di sana.
Jalan ceritanya begitu menarik dan padat dengan aksi dan kasih sayang.
Bermula dengan kedatangan Creasy lakonan Denzel Washinton ke Mexico bertemu dengan kawan lamanya. Bagaimana Creasy menerima tawaran sebagai pemandu dan pengawal peribadi kepada keluarga kaya yang mempunyai anak gadis dan tugasnya bukan sekadar menjadi pengawal peribadi dan pemandu kepada Pita Ramos lakonan Dakato Fanning. Mereka mula rapat dan dari seorang pengawal dan pemandu, Creasy membantu persiapan Pita menjelang acara sukan renangnya. Malah hubungan mereka seperti anak dan bapa.
Creasy yang sudah menghampiri penghujung hidupnya dengan rasa putus asa dan dihantui dengan pelbagai peristiwa pahit seolah-olah mendapat semula cahaya untuk terus hidup.
Malangnya, beliau tidak tahu ada konpirasi tentang tugasnya dikalangan keluarga, penjenayah dan pihak berkuasa yang cuba mengambil kesempatan.
Akibat dari 'kematian' Pita yang dikhabarkan kerana kegagalan urusan tebusan, Creassy bangkit dan mula mengatur perancangan membalas dendam.
Akibat dari 'kematian' Pita yang dikhabarkan kerana kegagalan urusan tebusan, Creassy bangkit dan mula mengatur perancangan membalas dendam.
"Creasy ibarat seorang pelukis yang menghampiri penghujung kariernya dan kini dia melukis karya agungnya'
Cerita filem ini sungguh menarik bagi aku. Sarat dengan nilai kasih sayang dan aksi dan pastinya senario kehidupan di Mexico menambah rencah ceritanya. Alunan lagu latar yang menarik dan babak-babak yang sedih terutamanya setiap kali melibatkan mereka berdua. Pastinya scene di babak penutup filem ini akan meninggalkan kesan kepada anda dan aku sudah mengalaminya.
Aku suka filem ini. Anda ?
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.