(Artikel ini akan dibahagikan kepada beberapa siri untuk tidak menjemukan anda membaca dan mengikuti serta bagi peluang kepada saya mencelah di antara waktu mencari bahan... jangan marah )
Sebagai Generasi Felda, aku amat bersyukur dengan penubuhan FELDA yang bukan sedikit mengubah lanskap ekonomi negara tetapi juga memperkembangkan dan memajukan sosial masyarakatnya khasnya kaum Melayu. Biar kini ada pelbagai kisah dan cerita yang tereka atau direka oleh mana-mana pihak untuk memburukkan FELDA, aku tetap dengan perasaan ini malah berbangga menjadi generasinya.
Berkongsi sedikit dengan carian maklumat FELDA di beberapa laman web khasnya laman web Felda sendiri menceritakan susur galur sebuah impian besar dan murni, sebuah kisah penderitaan dan ketabahan dan kisah merungkai kejayaan demi kejayaan yang terlakar dari hari pertama penubuhannnya pada 1 Julai 1956 sehinggalah kini.
Rasanya eloklah aku gambarkan dengan ringkasan sejarah dan fakta ini supaya tidaklah cepat anda jemu dan bosan nanti baca hanya separuh jalan pulak :
Rasanya eloklah aku gambarkan dengan ringkasan sejarah dan fakta ini supaya tidaklah cepat anda jemu dan bosan nanti baca hanya separuh jalan pulak :
- FELDA membawa maksud FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY atau bahasa Melayunya Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP). Sebab itu sekolah rendah biasanya di mulai dengan nama, Sekolah Kebangsaan (LKTP)....
- Ditubuhkan pada 1 Julai 1956 dibawah Ordinan Kemajuan Tanah (Land Development Ordinance ) 1956.
- Antara Objektif penubuhan FELDA adalah termasuk pindaan sekitar tahun 1990 an bagi memperkasakan FELDA:
- Menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah
- Memaju, memudah dan melaksanakan pembangunan, pengurusan dan perkhidmatan ekonomi, sosial pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan yang lain di kawasan dimana FELDA diberi kuasa melaksanakan projek pembangunan tanah atau kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya
- Melaksanakan kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan dimana FELDA diberi kuasa mentadbirnya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.
- Membantu, membimbing, menasihati, mengurus dan menyelaraskan kegiatan-kegiatan sosial penempatan pertanian, industri dan komersial dalam kawasan FELDA
Sejarah awal Pembukaan Tanah Rancangan:
Rumah Asal Peneroka Felda |
- Felda Ayer Lanas sebagai Felda Pertama dibuka pada tahun 1957 dengan keluasan 16.2 km persegi tanaman pokok getah dengan modal RM 10 juta.
- Peneroka akan diberikan kawasan kediaman lengkap dengan rumah kayu diatas tanah seluas 1000 meter persegi yang kemudiaan dinaiktaraf kemudahan seperti air dan elektrik serta kemudahan yang lain.
- Peneroka akan diberikan kawasan kebun dengan pilihan tanaman yang telah ditetapkan samada getah, kelapa sawit ataupun kopi seluas 10 ekar atau 40, 000 meter persegi.
- Skim pertama yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah penubuhan sebuah sebuah koperasi yangditubuhkan untuk pemilikan bersama dan peneroka akan mendapat faedah secara sama rata namun tidak dipersetujui oleh kebanyakan peneroka kerana tidak adil antara mereka yang kuat dan malas bekerja.
- Skim Rancangan Penempatan baru diperkenalkan dan kerana itulah dikenali sebagai Tanah Rancangan di mana melibatkan 3 fasa. Fasa pertama adalah penubuhan koperasi untuk mengajar dan mendidik teknik perladangan kepada peneroka. Fasa kedua adalah peneroka diberikan tanah dan lot tertentu untuk diusahakan dan Fasa Ketiga adalah pemilikan lot tanah secara individu dengan pemerolehan geran tanah.
- Kos pembangunan kediaman dan ladang sekitar RM 15,000 didahulukan oleh FELDA dan peneroka akan membuat potongan bagi kos terlibat dalam tempoh 15 tahun ataupun dikenali dengan Bayaran Kembali melalui potongan gaji bulanan.
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.