Saturday, July 16, 2011

Disambar petir ketika guna telefon bimbit

Memetik laman Utusan Online dalam kisah bagaimana seorang remaja di sambar petir ketika leka dan asyik berbual di telepon bimbitnya dikala hujan dan petir melanda. 

Mungkin kejadian ini boleh kita jadikan iktibar dalam penggunaan telefon semasa hujan lebat dan cuaca buruk. 
Utamakan Keselamatan dan Kesihatan anda .. di mana sahaja , sepanjang masa..

IZZAN Nuqry Muhamad yang cedera parah akibat disambar petir dibawa ke Hospital Umum Sarawak, Kuching untuk mendapatkan rawatan lanjut, semalam. - UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN



KUCHING 15 Julai - Kelekaan seorang remaja berbual menerusi telefon bimbit ketika cuaca buruk di kawasan terbuka mengundang padah apabila dia disambar petir petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang itu, Izzan Nuqry Muhamad Yaakub, 18, pengsan di tempat kejadian dengan kesan luka dan melecur di beberapa bahagian badan termasuk tangan dan telinga kiri.

Menurut saksi, mangsa dikatakan sedang membersihkan dinding di luar surau Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang di sini sambil menjawab panggilan telefon menggunakan alat bebas tangan.

"Sebaik sahaja petir menyambar, Izzan Nuqry terus rebah dan tidak sedarkan diri. Beberapa orang rakan yang melihat kejadian itu bergegas membawanya ke HUS (Hospital Umum Sarawak)," katanya di sini, hari ini.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika hujan lebat yang disertai dengan petir sejak pukul 5 petang.

Keadaan remaja itu kini dilaporkan stabil walaupun masih berada dalam keadaan terkejut.

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.