Minggu lepas aku menghadiri sesi latihan pertolongan cemas dan CPR di tempat kerja. Kiranya ini adalah refreshment dari siri pertama pada tahun 2006 di syarikat lama. Cuma bezanya kali ini sesi selama dua hari termasuklah pertolongan cemas dan simulasi menyelamat dan siap dengan ujian pratikal pulak lepas tu.
Dan bila sebut berkenaan CPR, aku teringat kisah benar yang aku alami sekitar awal 2007 di mana salah seorang polis bantuan di komplek ladang aku dan mangsa sememangnya mempunyai sejarah penyakit jantung telah jatuh secara tiba-tiba di dalam ladang ketika menunggang motorsikal dengan anaknya. Kebetulannya terdapat sekumpulan pekerja meracun berhampiran. Mereka segera membantu dengan mengangkat arwah ke atas lampiran tikar tetapi tidak pula tahu apakah langkah awal rawatan.
Mereka menghubungi Pembantu Perubatan Hospital (HA) Ladang dan kami mula segera bergerak dan hanya sampai sekitar 20 minit kemudiaan.
Mereka menghubungi Pembantu Perubatan Hospital (HA) Ladang dan kami mula segera bergerak dan hanya sampai sekitar 20 minit kemudiaan.
Tanpa berlengah HA terus memeriksa mangsa dan memutuskan untuk memberikan rawatan CPR selama 5-10 minit walaupun sebenarnya kami sudah tahu arwah sudah tiada tetapi untuk menenanngkan anaknya dan pekerja yang lain.
Segera kami membawa arwah ke Hospital Tanjong Karang dan disahkan telah meninggal.
Segera kami membawa arwah ke Hospital Tanjong Karang dan disahkan telah meninggal.
Ayat 'Kalaulah...' pekerja aku dilatih dengan teknik CPR, mungkin masih mampu membantu awal si mangsa, 'Kalaulah...' pekerja aku dilatih dengan teknik CPR, mungkin beliau dapat dibawa ke Hospital terlebih dahulu ..namun ajal sudah tersurat...
CPR adalah singkatan kepada CardioPulmonary Resuscitation iaitu teknik bantuan penafasan dari mulut ke mulut. Tujuannya menyampaikan dan menyalurkan udara ke paru-paru dan jantung dengan teknik hembusan untuk memulihkan nadi dan penafasan mangsa.
Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan.. aku rasa eloklah aku senaraikan secara ringkas dari pemahaman aku ..kalau salah , tolong betulkan yaaa..
Terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan.. aku rasa eloklah aku senaraikan secara ringkas dari pemahaman aku ..kalau salah , tolong betulkan yaaa..
- Bila terdapat kes kecemasan, pastikan suasana kawasan adalah selamat. Bimbang nanti nak selamatkan orang, kita pula yang terbencana. Maksudnya perhatikan tiada bahaya seperti wayar elektrik, kebakaran , kenderaan lalu lalang ataupun apa jua bahaya seperti tanah runtuh.
- Kedua periksa keadaan mangsa dan dapatkan respon. Anda boleh memanggil nama mangsa jika anda tahu atau mendapatkan respon dengan sentuhan dan panggilan.
- Dapatkan bantuan untuk hospital. Kalau di tempat awam, tanyalah sekeliling jika ada doktor atau orang yang terlatih untuk kecemasan. Ada satu kes yang sering diceritakan, ada seorang sukarelawan yang menolak bantuan seorang doktor hanya kerana dia pernah menjalani latihan CPR.
- Lakukan LANGKAH CPR. Untuk langkah yang detail aku rasa biarlah contoh video ini menceritakannya sendiri sebab kalau diterangkan di sini terlalu panjang pula teori bukunya. Lebih kepada pratikal seperti dibawah:
Video ni pendek, tak lengkap, jika ada yang lengkap aku akan cuba uploadkan di sini.
Selamat Mencuba.. tapi ingat kita bukan cuba menjadi hero atau wira tetapi mencuba membantu mangsa....
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.