Thursday, June 16, 2011

PENARIKAN SIJIL PENGESAHAN HALAL SYARIKAT LUCKY FOOD PROCESSING SDN BHD

Maklumat daripada laman web http://www.halal.gov.my/ehalal/index.php?ty=content_view&id=NEW-20110503081657&type=NEW berkenaan penarikan kembali lesen halal bagi syarikat ini, Aku cuba juga mencari contoh produk yang dikeluarkan.. nampaknya tak berjaya...


Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.12/2011 yang diadakan pada 22 April 2011 telah memutuskan supaya Sijil Pengesahan Halal Malaysia bagi Syarikat Lucky Food Processing Sdn Bhd (No. Siri Sijil 010949-010966) ditarik balik berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat tersebut. Penarikan tersebut berkuatkuasa serta merta. Sehubungan itu, semua pemegang atau pemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Lucky Food Processing Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut:

1) menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;

2) mengemukakan resit pembelian produk baru;

3) melakukan proses samak; dan

4) mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.

Manakala maklumat syarikat ini daripada laman http://www.trademal.com/

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.