Thursday, June 16, 2011

Minyak oh Minyak ...tips penjimatan untuk anda...

adakah sampai ke tahap ini???
Harga Minyak naik ? Harga minyak tak naik? aku perhatikan suasana kenaikan harga minyak ini terjadi beberapa kali setiap kali perubahan harga minyak dunia. Di Malaysia , kenaikan harga minyak adakn turun diikuti dengan kenaikan harga barangan malah baru dengar khabar angin, sudah pun naik harga barang. Satu lagi setiap kali pengumuman kenaikan gaji atau penyelarasan gaji kakitangan kerajaan atau ada imbuhan dan bonus, maka akan naiklah harga barangan...

Aku mencari sedikit info di internet dan terdapat satu artikel yang simple tapi menarik untuk di kongsi iaitu oleh http://www.rahsiaebiz.com/review/panduan-cara-jimat-minyak.html  yang juga turut boleh didownload secara percuma dan aku rasa boleh kita kongsi bersama di sini.

Maaflah semenjak dua menjak ni asyik copy paste atau link blog orang sahaja sebab rasanya elok yang baik aku panjangkan kepada anda pula dan Insyaallah tak lupa kredit untuk penulis asalnya.

Ikuti 20 cara untuk anda menjimatkan penggunaan minyak dan jika anda rasa tak sesuai ikuti petikan dari http://www.orangmuo.com/2011/06/nak-jimat-petrol-sumbat-kereta-di-dalam.html#more dengan cara yang lebih radikal... silakan membaca...
CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu panas siang hari yang banyak wap sahaja.Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
CARA #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan) supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.
CARA #3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana lagi banyak baki minyak dalam tangki akan mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih optimum.
CARA #4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
CARA #5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima peratus kerana geseran lebihan.
CARA #6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50 peratus. Jangan malas check tahap palam pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa secara berkala.
CARA #7
Kelajuan – Lebih perlahan anda memandu, lebih jimat minyak digunakan (dan tidak disaman). Memandu melebihi 90 kilometer sejam (km/j) akan meningkatkan dengan ketara penggunaan minyak Secara perbandingan, pada kelajuan 100 km/j,penggunaan minyak bertambah 10 peratus, 105 km/j (15 peratus) dan 110 km/j (25 peratus). Ia berbeza bagi setiap cc kereta, lagi tinggi cc lagi banyak minyak dibakar.
CARA #8
Jika kereta tidak bergerak, matikan enjin jika sekadar menunggu seseorang. Elakkan menekan pedal minyak enjin ketika kenderaan tidak bergerak..
CARA #9
Penggunaan gear – Pilih gear yang sesuai dengan kelajuan. Menggunakan gear rendah untuk kelajuantinggi menyebabkan pembaziran minyak kerana enjin menjadi lebih pantas. Jangan malu-malu menggunakan mod ‘ekonomi’ jika kereta anda memilikinya.
CARA #10
Brek – Jika anda sudah tahu di mana hendak berhenti,perlahankan kenderaan secara beransur-ansur. Elakkan brek mengejut.
CARA #11
Perancangan – Rancang perjalanan untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Ini menjimatkanmasa, wang dan mengelakkan tekanan.Anda juga boleh buat multi task kerja anda.. iaitu dgnmemaksimumkan sebaik mungkin satu perjalanan dgn pelbagai kerja.. misalnya balik kerja dari opis boleh singgah beli barang rumah kat memana berdekatan.
So ujung minggu dah x perlu lagi nak kuar keretalagi.. minyak pun save...

CARA #12
Minimum – Kurangkan perjalanan jarak dekat kerana ini meningkatkan penggunaan minyak sebanyak 40 peratus. Kalo dah terlalu dekat elok guna basikal atau motosikal saja berbanding kereta.
CARA #13
Tak perlu pasang aircond kete kalo cuaca dah sejuk..atau matikan aircond apabila dah nak dekat sampai destinasi. Penggunaan minyak bertambah 10% apabila menggunakan aircond.
CARA #14
Tok sah merempit cilok sana sini.. Kalo boleh  perlu bijak tekan pedal accelerator dengan berhemah.. kalo nak jimat kenalah bawa bersederhana tak yah laju-laju.. yang penting rileks dan steady saja.. Kalo nak racing gi masuk Sepang Circuit...
CARA #15
Pastikan tingkap kereta ditutup semasa memandu utk melancarkan pergerakan kereta. Jika tidak, kete anda akan bertambah geseran dan perlahan dan menyebabkan anda menekan minyak lebih byk untuk bergerak.
CARA #16
Kurangkan perjalanan kereta semasa waktu peak hour.. kalo KL biasanya pegi awal keje sebelum jalan utama sibuk. Sbb bila jem, makin kuat minyak habis terutamanya auto. Kalo bole guna kete manual.. bagi mereka yang nak jimatlah.. kalo auto ni mmg makan minyak daripada manual.
CARA #17
Pastikan enjin berfungsi dengan baik dan sentiasa diservis ... Tukar minyak pelincir mengikut jadual - selaras dengan cadangan pengeluar kenderaan. Dan juga gunakan minyak pelincir berkualiti tinggi untuk memaksimumkan keberkesanan enjin. Bab ini kene tanya mekanik yang lebih arif mengenai kereta anda.
CARA #18
Warming up enjin kereta anda sekurang-kurangnya 30 saat setelah enjin dihidupkan. Tak perlu tekan pedal untuk warming up kerana ia akan membazirkan minyak sahaja.
CARA #19
Guna NGV berbanding petrol. Sekarang ni NGV sudah semakin popular sejak kenaikan harga petrol. Sehingga kini banyak kedai NGV installer/conversion sudah kehabisan stok dan pelanggan terpaksa menunggu giliran.
Apa yang bagusnya adalah anda boleh ‘switch’ memana jenis minyak anda mahukan, sama ada NGV semasa di jalan bandar atau petrol semasa berada perjalanan jauh.Cumanya perlukan ruang di belakang kereta anda untuk letakkan tangki NGV dan ini akan makan space sedikit. Selain itu NGV lebih mesra alam dan kurang pencemaran berbanding petrol biasa. Harganya jauh lebih murah iaitu dalam lingkungan RM0.635 seliter.
CARA #20
Tip saya yang terakhir.. Tingkatkan pendapatan passive income anda...Sekiranya harga petrol naik 40%, ini bermakna anda perlu mencari pendapatan tambahan untuk penggunaan petrol kenderaan anda. Namun, jika anda sudah mulakan perniagaan sendiri, mempunyai passive income yang stable,maka ia tidak akan menjadi masalah di masa akan datang sekiranya harga petrol naik lagi. Lagipun dalam hadis Nabi ada menyatakan 9/10 punca rezeki itu datangnya dari perniagaan. Sepatutnya kita praktikkan sunnah ini yang mana hikmahnya besar.

Tak puas hati ... apakata dari tips ini pula;

Mungkin anda belum pernah mendengar suatu kaedah untuk mengurangkan penggunaan bahanapi kenderaan anda sebeluim ini. Terdapat satu teknik yang dipanggil "hypermiling" iaitu untuk mengurangkan penggunaan
bahanapi.

1. Tekan pedal minyak perlahan-lahan apabila memulakan perjalanan.
2. Pandu kenderaan anda perlahan terutama apabila menghampiri lampu isyarat dan cuba dapatkan jarak masa sehingga lampu hijau supaya anda tidak perlu berhenti.
3. Apabila menuruni bukit, cuba tutup suis enjin atau ambil lajak dengan membiarkan kenderaan bergerak bebas tanpa menekan pedal minyak.
4. Tutup suis A/C dan gunakan "blower" tanpa pendingin udara.
5. Apabila melalui selekoh, cuba gunakan kelajuan yang sama tanpa menambah kelajuan kenderaan.
6. Gunakan "auto cruise" jika kenderaan anda mewmpunyai aksesori ini. Auto cruise mengatur penggunaan bahanapi secara minima.
7. Ekori belakang kenderaan seperti bas, lori atau van secara selamat supaya rintangan udara (aerodinamik) dapat diminimumkan.
8. Minimumkan berat muatan kenderaan anda suapay kenderaan dapat bergerak mudah tanpa beban yang memerlukan penggunaan tenaga yang lebih. Jika kenderaan anda 4WD, elakkan penggunaan pacuan empat roda.
9. Kurangkan penggunaan brek dengan mengurangkan kelajuan sebelum hendak berhenti kerana apabila membrek ketika kenderaan sedang bergerak laju, ia sedang membazirkan bahanapi tanpa memberi faedah kepada andakerana anda mahu kenderaan anda berhenti.
10. Rancang perjalanan anda dengan bijak, cari jalan pintas dan elakkan kesesakan trafik atau pusingan yang jauh. Jauhi jalan yang berbukit atau berlopak-lopak.

Teknik di atas telah dicuba dan diuji oleh penduduk Amerika dan mereka mendapati dapat mengurangkan penggunaan bahanapi sebanyak 30%. Ada sesetengah kenderaan dapat jimat 
lebih dari itu. Anda bila lagi nak mencuba?

Masih tak puas hati... ini cara yang lebih radikal.....

Nak Jimat Petrol Sumbat Kereta di Dalam Van Pulang Ke Kazakhstan

Polis Jerman begitu terkejut ketika mereka menahan sebuah van putih  apabila mereka mendapati sebuah kereta baru Mazda 626 silver termuat di bahagian belakang van tersebut.  Dua orang dari Kazakhstan itu telah memutuskan untuk menjimatkan kos trailer selepas Mazda 626 silver milik mereka turun dari kapal untuk di bawa pulang ke rumah sejauh 2,200 batu . Dua lelaki tersebut meminta bantuan beberapa orang rakan untuk menyumbat kereta berkenaan dengan mengalas tilam di bawahnya untuk mengelakkan daripada tercalar.  
Semasa dalam perjalanan pulang ke rumah, Konstanty Krol,38 dan Cezar Chmielewski,28, pihak polis telah  menahan kenderaan bermuatan berat selepas melihatnya meluncur di Bargthheide, Jerman.




swaying Konstanty mengatakan kepada surat khabar Herald Jerman: "Saya tidak tahu mengapa kami ditahan. Kami telah melakukan pelbagai usaha untuk memastikan kereta di dalam van itu selamat. Kami tidak melihat ada masalah. Ini adalah perjalan jauh kembali ke Kazakhstan dengan kos harga petrol yang terlalu mahal untuk  pulang ke Kazakhstan." [ memang buta undan-undang jalan raya dan akta pengangkutan mamat ni]

 The truckers from Kazakhstan squeezed this Mazda 626 
Seorang jurucakap polis berkata van dan kereta tersebut disita. Mereka diperintahkan untuk kembali dengan transporter yang sesuai untuk membawa kereta mereka sebelum dibenarkan meneruskan perjalanan. 
Juru cakap itu menambahkan: "Memang aneh, saya tidak tahu bagaimana mereka memasukkan kereta yang sangat berat itu ke dalam van. Menakjubkan, kereta tidak  tergores langsung meskipun van bergoyang-goyang ke kanan dan ke kiri semasa dalam perjalanan.

"Namun demikian kita tidak boleh membiarkan kenderaan yang membawa lebih muatan beban di jalan raya kerana itu adalah membahayakan pengguna jalan raya yang lain serta diri mereka sendiri. Van itu boleh tergolek pada bila-bila masa."

No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.