Aku nak cedok sikit maklumat dari web site kawan aku http://feldakumai.com berkenaan KPF ni. Dia ni bab nak tambah kekayaan memang ligat dan cepat, maklumlah lulusan akauntansi ni panjang akalnya.. tapi memang betul bagi anak Felda yang tak masuk KPF memang satu kerugian sebab hanya anak FELDA dan generasinya sahaja yang boleh menjadi ahli.
Rekod pembayaran dividen dan bonus melebih 10 % sehingga yang paling tinggi 16.50 % sedari belasan tahun yang lalu. Malah hampir menyamai Bank Rakyat dan juga Lembaga Tabung Angkatan Rakyat lagi yang selalunya memang tinggi ..
Rugi rugi dan aku tak malu nak katakan aku adalah antara yang rugi sebab aku sendiri pun tak masuk KPF lagi walaupun orang tua aku siap pos borang 4 tahun yang lepas.... Aku tengah kumpul maklumat berkenaan KPF dan maklumat yang aku dapat ni nak aku kongsi dengan anda .. khasnya anak-anak FELDA....
KPF membayar dividen sejak 1997 dengan rekod seperti dibawah :
Year | Dividend | |
---|---|---|
% | (RM million) | |
1997 | 10.00 | 29.50 |
1998 | 11.00 | 33.87 |
1999 | 14.00 | 46.75 |
2000 | 12.00 | 46.03 |
2001 | 12.50 | 50.48 |
2002 | 11.50 | 50.33 |
2003 | 14.50 | 72.82 |
2004 | 14.00 | 81.63 |
2005 | 14.00 | 98.86 |
2006 | 15.00 | 126.05 |
2007 | 16.50 | 178.20 |
2008 | 12.50 | 156.25 |
2009 | 14.00 |
Saya percaya ramai di antara generasi kedua masih belum menjadi ahli Koperasi Permodalan Felda atau KPF. Dalam posting sebelum ini saya ada bercerita mengenai perbandingan di antara KPF dan ASB, posting kali ini saya akan sharekan bagaimana ingin menjadi ahli KPF.
SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI ANGGOTA :
1. Berumur 18 Tahun dan ke atas;
2. Warganegara Malaysia;
3. Bermastautin di Malaysia;
4. Peneroka/Kakitangan Felda;
5. Isteri/Anak Peneroka/Kakitangan Felda;
6. Bukan seorang bankrap;
7. Tidak hilang upaya dari segi mental;
8. Bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan boleh daftar;
9. Bukan seorang yang telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu dari tarikh pembuangan itu.
CARA MENDAFTAR
1. Dapatkan borang keahlian. Terdapat dua cara bagaimana untuk mendapatkan borang keahlian. Yang pertama ialah pergi sendiri ke pejabat Felda, dan dapatkan dari pegawai Felda. Cara kedua ialah download dari website KPF sendiri. Anda boleh klik link ini (Borang Keahlian KPF).
1. Dapatkan borang keahlian. Terdapat dua cara bagaimana untuk mendapatkan borang keahlian. Yang pertama ialah pergi sendiri ke pejabat Felda, dan dapatkan dari pegawai Felda. Cara kedua ialah download dari website KPF sendiri. Anda boleh klik link ini (Borang Keahlian KPF).
2. Isi borang keahlian tersebut. Pastikan anda mengisi dengan lengkap segala maklumat yang di perlukan.
3. Sediakan dokumen yang diperlukan. Dokumen yang di perlukan seperti di bawah:
- Satu Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan Slip Gaji/Paysheet (Jika seorang kakitangan/peneroka);
- Bayaran Fee Masuk RM20.00.
- Satu Salinan Kad Pengenalan Suami/ Bapa/Emak/Sijil Kelahiran/Sijil Perkahwinan (Jika status pemohon
- adalah 3, 4, 5 atau 6);
4. Hantar semua dokumen tadi ke pegawai Felda yang menguruskannya.
Ha.. Mudah sahajakan? Kepada yang belum menjadi ahli, boleh lah merebut peluang tersebut secepat mungkin. Jadikan KPF sebagai salah satu dari pelaburan anda.....
Jadi bagaimana ? mahu maklumat lanjut , klik sini http://www.felda.net.my/kpf/
Jadi bagaimana ? mahu maklumat lanjut , klik sini http://www.felda.net.my/kpf/
No comments:
Post a Comment
mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.