Friday, June 17, 2011

Hak anda sebagai pengguna....

Pernahkah anda ditipu dengan urusniaga anda. Membeli barangan yang yang dikatakan asli tetapi tiruan? Atau khidmat lepas jualan yang begitu mendukacitakan. 

Ada yang tertipu dengan janji-janji kehebatan barangan tersebut tetapi selepas membeli tidaklah seperti ya g dijangkan. Atau selepas membeli, anda mendapat kesan buruk akibat penggunaan alat atupun perkhidmatan tersebut. 

Apakah hak anda sebagai pengguna? Ikuti tips hak seorang pengguna dari laman smart consumer sebagai panduan.

HAK-HAK SEBAGAI SEORANG PENGGUNA
Terdapat lapan hak asasi pengguna yang telah diterima secara global dan diambil kira ketika undang-undang yang berkaitan dengan pengguna digubal, dipinda atau dikaji semula. Lapan hak pengguna tersebut ialah:
1.Hak untuk mendapatkan keselamatanHak untuk dilindungi daripada barangan yang dipasarkan atau bekalan perkhidmatan yang membahayakan kesihatan dan kehidupan pengguna.
2.Hak untuk mendapatkan maklumatHak untuk dilindungi daripada iklan atu label yang mengelirukan, tidak jujur atau menyeleweng dan hak untuk mendapatkan fakta dan maklumat yang diperlukan untuk membuat pilihan yang tepat.
3.Hak untuk membuat pilihanHak untuk membuat pilihan barangan dan perkhidmatan dengan harga perpatutan dan jaminan kualiti yang memuaskan.
4.Hak untuk bersuaraPengguna berhak untuk menyuarakan pendapat secara individu atau berwakil supaya suara mereka didengari dan diambil kira dalam penggubalan dasar kerajaan. Pengguna juga berhak untuk menyuarakan rasa tidak puas hati jika mendapat barangan yang tidak bermutu atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
5.Hak untuk mendapatkan keperluan asasHak untuk mendapatkan keperluan dan perkhidmatan asas yang mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, pendidikan dan sanitasi.
6.Hak untuk mendapatkan ganti rugi.Hak untuk mendapatkan ganti rugi bagi gambaran yang tidak benar, barangan berkualiti rendah atau perkhidmatan yang tidak memuaskan.
7.Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaanHak untuk mendapatkan ilmu dan pengetahuan di dalam hal-hal kepenggunaan supaya menjadi pengguna yang berilmu dan bermaklumat.
8.Hak untuk mendapatkan alam sekitar yang sihat dan selamatHak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang segar, tidak mengancam ataupun bahaya serta membolehkan hidup penuh dengan keselamatan dan keselesaan.


No comments:

Post a Comment

mrkumai.blogspot.com amat mengalu-alukan sebarang komen anda sama bersetuju, menyokong, membetulkan fakta atau membantah fakta. Namun apa juga komen anda, mrkumai.blogspot.com tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang tindakan susulan oleh pihak ketiga.