Tuesday, June 28, 2011

Gerakan Komunis di Tanah Melayu, Malaya dan Malaysia...

Semalam muka surat Utusan Malaysia menceritakan bagaimana unsur-unsur komunisme kelihatan cuba dihidupkan di Malaysia. Dua bulan yang lalu terdapat pemimpin masyarakat kaum tertentu atau tepatnya Cina cuba menghidupkan ideologi yang sama di Sarawak. 


Semalam juga semasa bersarapan sekumpulan anak muda yang tak pastinya kerja apa, mengatakan kerajaan buat hal lagi dengan menyekat kebebasan berfikir dan berpersatuan dengan merujuk kepada surat khabar Utusan itu. Mereka menyentuh kisah Bersih yang hangat diperkatakan, mereka mengaitkan zaman sekarang adalah zaman globalisasi yang menghalalkan apa juga pemikiran. 


Aku terdiam, nak tegur bukannya hal aku tetapi untuk diam, ternyata ianya tidak aku pula aku bersetuju. Aku cuba memandang sinis mereka dan mungkin kerana mereka sedar aku merasa tidak setuju dengan pendapat mereka , maka mereka mula bertukar topik. Nasib, kalau tidak mahu aku tinggalkan bos aku di meja kami dan menyertai mereka. 'Bertukar fikiran' barangkali lebih tepat .
Tapi bila aku balik ke Pejabat, terfikir kalaulah aku nak 'bertukar fikiran' berkenaan komunis, apa yang aku tahu pula. Setakat kekejaman yang aku selalu baca dan Filem Bukit Kepong nampkanya terlalu dangkal. 
Aku terokai laman  Arkib Negara dan mencari gerakan komunis dan banyak yang anda boleh temui di situ. Dengan sedikit ilmu ini, pagi tadi aku ke kedai makan yang sama, harapannya kalaulah anak muda semalam masih bersarapan di situ, mungkin boleh bertukar fikiran, namun hampa pula rasanya.... mereka tidak kelihatan...

Antara laman yang menarik adalah kisah benar dari bekas pilot helikopter nuri yang aktif berbloging dan berkongsi pengalaman beliau berjuang menentang komunis iaitu di link http://xnuripilot.blogspot.com/
Mungkin boleh aku kongsikan disini...
Fahaman Komunis di Tanah Melayu bermula sejak tahun 1923. Beberapa sekolah malam telah ditubuh dan digunakan untuk menyebarkan dakyah kebangsaan Cina serta Komunisme. Di samping itu, pertubuhan-pertubuhan buruh Komunis telah juga muncul pada tahun 1926. Pada tahun tersebut, di Negeri Sembilan sahaja di mana terdapat ramai suku Hailam (suku Hailam dikatakan pendokong utama fahaman Komunis), terdapat tidak kurang sepuluh pertubuhan pekerja yang berkait rapat dengan pihak Komunis. 
Perkembangan seterusnya telah membawa kepada penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) pada April 1930 di atas arahan Pertubuhan Komunis Antarabangsa (Communist International atau Comintern) yang dipengaruhi oleh Rusia. PKM dikehendaki mendapatkan sokongan orang Melayu (terutamanya kaum petani) dan orang India. 
Serangan dan kebakaran yang dilakukan oleh 80 orang pengganas di
Pekan Simpang Tiga, Setiawan, Perak menyebabkan
1,000 orang kehilangan rumah tangga
dalam masa darurat, 17.5.1958
Bagaimanapun PKM merasa terdesak mendapatkan sokongan orang Cina kerana permusuhan di antara negeri China dan Jepun semakin serius di antara tahun 1931-1937. Oleh yang demikian, PKM cuba menjuarai kempen anti-Jepun di kalangan mereka dan kurang memberi perhatian kepada dasarnya untuk mendapatkan sokongan orang Melayu. Bagaimanapun PKM tetap meneruskan kegiatannya menghasut kaum pekerja di ladang-ladang getah dan di bandar-bandar dengan matlamat mewujudkan kegelisahan perindustrian. Sepanjang lewat 1930an, pemogokan berlaku di merata tempat di samping rusuhan akibat kempen anti-Jepun.
Pada masa pendudukan tentera Jepun, kedudukan PKM menjadi lebih kuat kerana permuafakatan mereka dengan pihak British untuk menentang Jepun. Ahli-ahli PKM berpeluang mendapat latihan dan kemahiran dari segi ketenteraan daripada pihak British. British menubuhkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura di bawah Kolonel Spencer Chapman untuk melatih beberapa pegawai dan anggota PKM bagi menjalankan kerja-kerja sabotaj dan penentangan terhadap tentera Jepun. PKM telah menghantar empat kumpulan mengandungi 165 orang anggota dengan setiap kumpulan menjadi teras kepada pasukan gerila di Selangor, Negeri Sembilan, Johor Utara dan Johor Selatan.
PKM mula mengatur strategi dengan menubuhkan Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA). Dari empat kumpulan yang asal, tentera tersebut berkembang menjadi lapan unit dengan tiap-tiap satunya menjalankan gerakan di setiap negeri. Setiap unit ini berhubung dengan Jawatankuasa Tentera Pusat PKM. Orang-orang Cina pula sentiasa bersedia memberikan sokongan tenaga manusia, wang ringgit, makanan, bekalan dan maklumat kepada MPAJA kerana bencikan layanan kasar askar-askar Jepun. SEAC (Southeast Asia Command) yang menubuhkan Force 136 juga telah bersetuju membekalkan alat-alat senjata, wang, bekalan dan pegawai-pegawai untuk melatih orang-orang PKM menggunakan senajata-senjata baru. Sebagai balasannya, MPAJA setuju memberikan kerjasama menentang Jepun. Pada Julai 1945, sebanyak 3,500 senjata kecil, peluru dan 500 pegawai dan anggota diberikan kepada MPAJA. Latihan juga dimulakan dengan bersungguh-sungguh tetapi gerakan tidak pernah dijalankan. Jepun menyerah kalah pada 16 Ogos 1945.
Wira negara yang terkubur di persada perjuangan. Apakah akan
datang kita mahu jadikan perjuangan mereka sia-sia? 
Dalam tempoh dua minggu di antara masa Jepun menyerah kalah dan pihak Tentera Berikat mendarat untuk menduduki semula Tanah Melayu, Bintang Tiga /MPAJA mengambil kesempatan keluar dari hutan dan merampas senjata-senjata Jepun dan Tentera Kebangsaan India. Mereka menguasai Tanah Melayu seolah-olah rejim komunis telah berkuasa sepenuhnya. Mereka menubuhkan 'Mahkamah Rakyat' dan menjatuhkan hukuman bunuh sewenang-wenangnya. Pentadbiran Tentera British (BMA) yang ditubuhkan pada 12 Disember 1945 terpaksa bertindak segera menghentikan aktiviti MPAJA dan memaksa pasukan tentera tersebut dibubarkan.
Namun begitu, semasa pemerintahan BMA, PKM tidak diharamkan. Kedudukannya yang agak bebas berbanding masa sebelum perang, menggalakkan PKM bergerak secara terbuka sebagai sebuah parti politik. Di antara tahun 1946 hingga awal 1948, PKM cuba memperkukuhkan kedudukannya dari segi politik meskipun masih memberi perhatian utama kepada pergerakan buruh. 


PKM cuba mempergunakan parti-parti radikal seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Malayan Democratic Union, Malayan Indian Congress (MIC), Hizbul Muslimin dan Saberkas (Kedah). PKM juga memainkan peranan penting dalam perjuangan PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat – All Malaya Council of Joint Action) untuk mengagalkan gagasan politik yang diperjuangkan oleh Raja-raja Melayu-UMNO-British. Dalam pada itu, PKM juga menyebarkan dakyah dan pengaruh ideologi mereka ke dalam persatuan-persatuan sekerja, belia dan penuntut-penuntut sekolah.  Mereka juga menjadi dalang dan penghasut kesatuan-kesatuan sekerja untuk melancarkan mogok hampir di seluruh negara. Sehingga 1947, lebih kurang 300 kes mogok berlaku dalam industri getah dan bijih timah.
Bagaimanapun dengan lahirnya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, PKM menyedari perjuangannya melalui politik akan menemui kegagalan. Apabila pucuk pimpinan PKM diambil alih oleh Chin Peng, PKM mula menukar strategi dengan melancarkan gerakan-gerakan keganasan secara terbuka. PKM menubuhkan pasukan tentera gerila yang dinamakan Tentera Anti-British Penduduk Tanah Melayu (MPABA) untuk melancarkan pemberontakan bersenjata dengan tujuan mewujudkan kawasan-kawasan bebas (liberated areas). Beberapa buah unit yang ditubuhkan mula meresap ke khemah-khemah di hutan, menjalani latihan serta memperlengkapkan diri mereka dengan senjata-senjata. 


Perintah Ordinan Darurat dikuatkuasakan
Bermula Jun 1948, mereka melakukan keganasan dan pemberontakan dengan menyerang pekerja-pekerja estet dan lombong, menebas beribu-ribu batang pokok getah, merosakkan jentera lombong, membakar rumah pekerja, mengelincirkan keretapi dan membakar bas-bas. Beberapa orang kontraktor buruh di ladang getah dan lombong dibunuh termasuk pengurus-pengurus ladang bangsa Eropah. Gerakan ini dilakukan untuk melumpuh dan membinasakan ekonomi kapitalis dan sistem pertahanan British. Untuk mengawal keadaan huru-hara dan porak peranda ini, kerajaan terpaksa mengisytiharkan Darurat pada 16 Jun 1948 di Johor dan Perak. Darurat kemudian diisytiharkan bagi seluruh Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1948. Berikutan pengisytiharan darurat tersebut, PKM diharamkan.
Manakala itu, PKM telah menubuhkan Min Yuen, pasukan bawah tanah untuk menyelusup ke dalam masyarakat dengan tugas membekalkan gerila, perubatan, makanan, wang dan maklumat serta membunuh agen-agen dan pembelot. Orang-orang Asli juga dipaksa membantu mereka. PKM kemudiannya menubuhkan Tentera Pembebasan Bangsa-bangsa Tanah Melayu (Malayan Races Liberation Army) terutamanya untuk mendapat sokongan orang-orang India dan Melayu. MRLA mempunyai 4,000 anggota dan dibahagi kepada 10 rejimen yang berpengkalan di setiap negeri. Mereka melakukan serangan hendap ke atas konvoi-konvoi bersenjata, menyerang ladang-ladang, kampung-kampung dan balai-balai polis yang terpencil serta membunuh ejen-ejen dan penyokong anti-Parti Komunis Malaya. Mereka juga memperhebatkan kempen, propaganda dan ugutan untuk menarik penyokong-penyokong ke dalam perjuangan mereka. Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Tinggi British telah dibunuh pada Oktober 1951 dalam satu serangan hendap oleh pengganas komunis.
Pemindahan penduduk ke kawasan putih dan kampung baru
bagi menyekat perkembangan dan kegiatan komunis
Pembunuhan Sir Henry Gurney telah merangsang gerakan drastik dan pelipatan kali ganda kekuatan tentera di Tanah Melayu. Dalam menangani kegiatan-kegiatan kejam, ganas dan subversif PKM, beberapa langkah dan tindakan telah diambil oleh kerajaan. Pada bulan Mei 1950, Lt. Jeneral Sir Harold Briggs selaku Pengarah Gerakan memperkenal dan melaksanakan rancangan 'Kampung Baru' yang didirikan di atas tanah pemberian Sultan. Melalui Rancangan Briggs (Briggs Plan) ini, setengah juta penduduk kawasan-kawasan terpencil dikumpul dan ditempatkan di kampung-kampung baru. Rancangan ini telah berjaya memutuskan bekalan makanan, senjata dan rangkaian pengaruh di antara penduduk dengan pengganas komunis (PKM). 

Walaupun PKM bertindak balas secara besar-besaran, kempen Jeneral Sir Gerald Templer yang dilantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi pada tahun 1952 telah berjaya memusnahkan 2/3 kekuatan PKM. Templer telah melaksanakan kempen serampang dua mata iaitu peperangan terhadap komunis dan peperangan terhadap fahaman perkauman. Perang Saraf dilancarkan oleh Templer dari tahun 1952 hingga 1954 untuk mempengaruhi dan memenangi hati dan minda komunis dan rakyat awam secara psikologi. 20 juta risalah digugurkan dari udara bagi menyeru anggota PKM menyerah diri serta soal selidik dibuat dari rumah ke rumah untuk mendapatkan maklumat berhubung aktiviti komunis. Pada tahun 1953, operasi Kawasan Putih dan Kawasan Hitam diisytiharkan bagi memberi kesedaran kepada rakyat agar tidak bekerjasama dengan komunis serta mengekalkan kampung mereka bebas dari ancaman. Gerakan-gerakan sosial seperti lawatan pegawai-pegawai tinggi British ke hospital, pembinaan dewan orang ramai dan sebagainya telah menarik minat penduduk menyokong kerajaan.
antara langkah membendung
kegiatan komunis
Keganasan yang dilakukan oleh PKM juga telah mengurangkan sokongan penduduk negara ini tambahan pula langkah-langkah kerajaan mengambil hati masyarakat Cina dengan pemberian hak taraf kerakyatan serta memupuk benih-benih semangat kenegaraan di kalangan penduduk Tanah Melayu telah menyukarkan perjuangan PKM untuk mencapai matlamatnya. Rang undang-undang Pindaan 1952 meningkatkan pemberian taraf kewarganegaraan kepada orang Cina dari 10% kepada 55%. Usaha memperkenalkan kad pengenalan diri untuk semua penduduk Tanah Melayu secara tidak langsung mengagalkan cita-cita PKM untuk menakluki Tanah Melayu. Menjelang tahun 1953, PKM telah kehilangan 7,000 ahlinya. Chin Peng bersama beberapa ketua rejimennya terpaksa berundur ke selatan Thailand.
Penamatan perintah darurat
Pada 9 September 1955, tanpa campurtangan British, kerajaan Perikatan telah menawarkan pengampunan beramai-ramai kepada anggota PKM dengan syarat PKM meletakkan senjata. Susulan dari tawaran tersebut, satu rundingan telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955 di antara wakil Parti Perikatan dan wakil PKM. YTM Tunku Abdul Rahman Putra selaku Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu disertai oleh Dato' Sir Tan Cheng Lock dan Sir David Marshall bertegas bahawa PKM mesti menyerahkan senjata sebagai syarat perletakan senjata. Setiausaha Agung PKM, Chin Peng tetap tidak mahu menerima syarat tersebut. PKM juga menolak tawaran pengampunan beramai-ramai yang diberikan oleh YTM Tunku. Walaupun rundingan tersebut gagal, namun PKM mengalami kekalahan siasah bila mana kerajaan Perikatan kekal dengan pendirian untuk tidak mengiktiraf PKM sebagai sebuah parti politik serta tidak menerima fahaman komunisme di negara ini. Pada 1 September hingga 31 Disember 1957, sekali lagi tawaran penyerahan diri kali kedua kepada PKM diisytiharkan oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Setelah 12 tahun berjuang, dengan 4,338 nyawa terkorban dari kalangan pasukan keselamatan dan orang awam (1865 pasukan keselamatan dan 2473 orang awam) serta 6,711 pengganas komunis, negara akhirnya mencapai kemenangan. Chin Peng beserta 400 saki-baki pengikutnya tiada jalan lain melainkan berundur ke selatan Thailand. Pada 29 Julai 1960, YTM Tunku Abdul Rahman Putra menandatangani surat pengisytiharan tamat darurat setebal 176 muka. Darurat secara rasminya diisytiharkan tamat pada 30 Julai 1960. Ordinan Peraturan Darurat 1948 juga dimansuhkan.
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu,Tunku Abdul
Rahman Putra di majlis menandatangani Surat Pengisytiharan
Penamatan Darurat di Kuala Lumpur,29.7.1960
Setelah darurat tamat, pasukan keselamatan meneruskan operasi-operasi susulan dengan bantuan Angkatan Tentera Diraja Thailand dan polis di sempadan Malaysia-Thailand untuk menghapuskan saki baki kumpulan PKM yang bergiat semula. Setelah 34 tahun selepas Rundingan Baling, PKM akhirnya bersetuju mengadakan perjanjian damai. Kerajaan Thai menjadi orang tengah dalam proses rundingan perdamaian yang diadakan di Hadyai, Thailand. Pada 2 Disember 1989, perjanjian damai ditandatangani oleh Malaysia dan PKM dengan PKM bersetuju meletak dan menyerahkan senjata sepenuhnya serta menamatkan ancaman mereka di Tanah Melayu.
Rentetan Peristiwa ( 6 Jun-21 Julai 1948 )
TARIKH
PERISTIWA
6 Jun
Pesuruhjaya Tinggi mengumumkan tentang kejadian keganasan yang semakin berleluasa di ladang-ladang, lombong dan kilang yang dicetuskan oleh pihak komunis.
12 Jun
Tiga orang ketua Cina Kuomintang telah ditembak mati di rumah mereka di Johor oleh lima orang pengganas komunis.
14 Jun
Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu dalam satu sidang akhbar mengumumkan tentang peningkatan kejadian rusuhan oleh komunis yang melibatkan 10 kejadian pembunuhan dan 3 serangan ke atas pengurus ladang Eropah.
15 Jun
Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.
16 Jun
Tiga orang peladang bangsa Eropah telah dibunuh di Perak oleh beberapa orang Cina yang bersenjata. Darurat telah diisytiharkan di beberapa daerah di Perak dan Johor.
17 Jun
Darurat diisytiharkan di seluruh negeri Perak dan Johor. Polis membuat beberapa serbuan di pejabat-pejabat Parti Komunis Malaya termasuk Ibu Pejabat Persatuan Bekas-bekas Anggota MPAJA.  Peladang dan pekerja estet diberi perlindungan. 12 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Jeram Choh, Johor.
21 Jun
Polis membuat serbuan di seluruh negara dan 600 orang ditangkap.
28 Jun
Peraturan Darurat dikeluarkan yang membawa kepada penubuhan pasukan Konstabel Khas. 40 orang Cina bersenjata dan beruniform menyerang Balai Polis di Kuala Krau, Pahang.
29 Jun
Pengganas menyerbu pekan Jerantut, Pahang serta membakar  Balai Polis dan merampas barangan di kedai-kedai.
1 Julai
Pegawai jajahan berbangsa Cina telah dibunuh di Langkap, Perak.
5 Julai
Polis dan tentera digabungkan bagi membenteras keganasan komunis.
7 Julai   
Serangan udara dilancarkan ke atas khemah-khemah pengganas dalam hutan di Perak Utara.
8 Julai
Salah seorang ketua pengganas komunis, Tan Kan juga bekas ketua Kesatuan Buruh Johor ditembak mati dalam satu serangan balas di Johor.
9 Julai  
Dua peladang berbangsa Eropah bersama seorang Melayu dan india telah terbunuh dalam satu serangan di Batu Sawah, Pahang. Pengganas turut menyerang Balai Polis di Langkap, Selatan Perak dan seorang konstabel terkorban.
10 Julai
Polis dan askar Gurka berjaya membunuh 4 pengganas  komunis dan menawan 19 orang pengganas di Kuala Lumpur.
TARIKH
PERISTIWA
12 Julai  
Pengganas beruniform merampas lombong arang batu di Batu Arang Selangor. 5 pekerja China dibunuh dan loji dimusnahkan.Mereka turut mengambilalih estet Senggang di Kuala Kangsar, Perak. Darurat diisytiharkan di seluruh negara.
14 Julai
4 orang awam berbangsa Cina termasuk seorang wanita   dibunuh di Ulu Yam, Selangor.
15 Julai
3000 anggota polis tambahan dan ramai lagi konstabel khas telah direkrut.
15 Jun
Pesuruhjaya Tinggi menemui wakil-wakil majikan dan ketua-ketua Majlis Perundangan Persekutuan dan Majlis Penasihat Buruh untuk membincangkan pergolakan yang sedang berlaku.
16 Julai
Lau Yew, ahli jawatankuasa Pusat Tentera PKM bersama 10 orang lagi telah terbunuh dalam satu serangan di Kajang Selangor.
17 Julai
300 pengganas komunis telah menyerang Balai Polis Gua Musang, Kelantan. Seorang polis terbunuh dan 14 orang cedera.  Pekan Gua Musang telah diduduki oleh pengganas selama beberapa hari.
20 Julai
Seorang tentera British dan 6 askar Melayu terbunuh manakala 3 cedera dalam satu serangan hendap di Gua Musang. Di Selangor, seorang guru besar sekolah Cina telah di bunuh.
21 Julai
Pengumuman mengenai pengenalan sistem pendaftaran negara. 2 keluarga bangsa Eropah telah dihalau dari kediaman mereka dan sebuah konvoi polis turut diserang. Beberapa bangunan dibakar dalam serangan ke atas 3 buah estet di Perak.

Carian lain di internet agak mudah dicapai dan banyak bermanfaat untuk kita mengkaji dan meneliti kembali susur galur keperitan bukan hanya moyang atau datuk dan nenek kita suatu ketika dahulu membebaskan penjajahan demi masa depan kita sekarang. 

Adakah kita ingin melakukan sebaliknya? Aku tidak dan sama sekali tidak akan berdiam diri jika ada yang berniat demikian... 

Saturday, June 25, 2011

Bahagian Seekor Babi dan kegunaanya kini...

Catatan kali ini aku ambik dari laman internet yang lain berkenaan kegunaan bahagian seekor babi dalam produk harian. Elok untuk dikongsikan dengan semua yang beragama Islam dan agar kita semua kita sedar dan dapat menghindari dari kegunaan harian kita kerana terdapat banyak pilihan lain yang boleh kita gunakan dalam keperluan harian.
Klik untuk besarkan gambar
Kepada bukan Islam, mungkin yang kurang arif, babi dan anjing adalah berhukum Haram atau tidak dibenarkan disentuh apatah lagi memakannya dan apa juga bentuk akhirnya. Namun ianya bukan bermakna umat Islam dibenarkan bertindak zalim dan boleh mengasari dan menganiayai kedua binatang ini.

Terdapat  panduan dan cara yang telah ditetapkan bagi Umat Islam untuk mengendalikan kedua-dua jenis binatang ini yang boleh anda temui di laman-laman internet dan boleh bertanya pada yang pakar dan arif.

Wednesday, June 22, 2011

Ipoh Heritage ... Down memory lane..

Aku mencari koleksi gambar lama Bandar Kuantan, tapi yang aku temui adalah Bandar Lama Ipoh... dari laman ...kembarakita yang sungguh menarik dengan koleksi yang betul-betul lama..

Sejarah:
Terdapat beberapa versi asal usul nama Bandaraya Ipoh dan mengikuti wikipedia nama Ipoh diambil dari pohon 'epu' atau lebih dikenali sebagai pokok Ipoh yang getahnya beracun dan digunakan oleh Orang Asli untuk panahan sumpit mereka.

Untuk perician sejarah Bandaraya Ipoh , aku berkongsi maklumat dari Portal Rasmi MBI yang memperincikan pembangunan Bandaraya ini dari awal seperti berikut:

Sehingga tahun 1880-an, Sungai Kinta menjadi perhubungan utama di antara Ipoh dengn kawasan-kawasan lain dalam atau luar negeri Perak. 
Selepas tahun 1874, perkembangan daerah Kinta amat lembab terutama masalah perhubungan melalui Sungai Kinta. 
Kenderaan seperti sampan, gajah dan kereta lembu memakan masa yang lama. Dalam tahun 1884, jalan raya wujud menghubungi kawasan perkampungan Gopeng dan pelabuhannya di Kota Bharu dan seterusnya menghubungkan kawasan perlombongan Papan dengan Batu Gajah


Sehingga tahun 1889, hospital telah mula dibina di Ipoh dan hospital baru pula dibina di antara kawasan stesen keretapi dan Balai Polis Pusat. Manakala tahun 1889-1890. Dalam tahun 1893, lebih separuh rumah-rumah atap telah di robohkan dan diganti dengan bangunan-bangunan jenis batu, begitu juga longkang dan parit telah diperbaharui. Jalan-jalan disusun semula dan pokok-pokok untuk berteduh ditanam. Dalam tahun ini juga, 'Ipoh Sanitay Board' telah diwujudkan dan ia bertanggungjawab tentang kebersihan Ipoh. Dalam bidang pelajaran, Sekola Menengah Rendah Inggeris yang pertama di daerah Kinta telah dibina dalam tahun 1895 dan dikenali sebagai Anglo Chinese Boys,Ipoh.
Ipoh telah menjadi bandar yang terbesar di negeri Perak dan kedua besarnya di Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895. Pada masa itu juga perhubungan jalanraya antara Ipoh dengan tempat-tempat lain di lembah kinta diperbaiki. Jambatan kayu menyeberangi sungai kinta diganti dengan jambatan besi pada tahun 1900.
Perkhidmatan dan kemudahan awam disediakan.Pembekalan bahagian sistem pembentungan ditubuhkan pada tahun 1898 dan diperkenalkan penggunaan tangki najis pada tahun 1905. Kawasan lapang pertama telah diadakan pada tahun 1898 yang kini dikenali sebagai 'Padang Ipoh'. Padang kelab Luba Perak dibina pada tahun 1904, 'Peoples Park dan kawasan memperingati J.W.W Birch ( James Ewheeler Woodford Birch) telah dibina pada tahun 1909.
Di antara tahun 1905-1914, kawasan pentadbiran bandar Ipoh berkembang hingga menyeberangi sungai kinta dan di sini wujudnya pekan baru (Ipoh New Town) ke jalan Anderson. Stesen keretapi, hotel, dewan bandaran (town hall), dan pejabat pos juga dibina. Begitu juga panggung wayang dan kenderaan bermotor telah mula mengambil tempat di Ipoh.
Perkhidmatan bas bermula pada tahun 1910 dan tahun 1911. Pejabat pendaftar kereta motor telah ditubuhkan di Ipoh. Pada tahun 1905-1915, 'Kinta Saitary Board North' telah diwujudkan dan tahun 1916-1941 'Kinta District Board' yang diwujudkan diketuai oleh A.S Jelf di bawah pentadbiran 'British Military Administration' mengambil tempat.
Manakala dalam tahun 1946-1954, 'Kinta Town Board' telah wujud yang bermula di bawah penyelarasan Major J.S Drake dan pada tahun 1954-1956, G.S Walker menjadi pengerusi 'Ipoh Mengelembu Town Council' ditubuhkan pada tahun 1957-1962 diketuai oleh Encik Abdullah Bin Uni. Pada 31 Mei 1962, Ipoh telah dinaikkan ke taraf perbandaran dan dikenali sebagai 'Majlis Perbandaran Ipoh' yang dipengerusikan oleh E.G Walker.
Pada 27 Mei 1988, DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah mengishtiharkan taraf Bandaraya kepada Ipoh, Ibu negeri Perak Darul Ridzuan. Majlis Perbandaran Ipoh dikenali sebagai 'Majlis Bandaraya Ipoh' dan ketua eksekutifnya bergelar Datuk Bandar.

Populasi:
Berkeluasan 643 km persegi menjadikan Bandaraya ini sebagai keempat terbesar selepas Kuala Lumpur, Gerogetown dan Johor Bahru. Bandar Ipoh lama terbahagi kepada dua dengan dipisahkan oleh Sungai Kinta iaitu Ipoh Lama dan Ipoh Bahru.

Dihuni seramai lebih 700,000 orang penduduk menjadikan bandaraya yang terletak pada paras ketinggian 21.95 meter dari paras laut ini begitu cepat membangun sementelahan lagi ianya merupakan ibu negeri Perak.  Dengan masyarakat Kaum Cina mendahuli majoriti pendudukan seramai 451,361 orang atau 70 % dari jumlah 644,802 orang yang dicatatkan pada bancian 2004. Kaum Melayu sekitar 109,616 orang dan India seramai 80,600 orang penduduk.

Ipoh adalah antara bandar yang amat popular dan berkembang pesat sedari awal sejarah penubuhan negara kita. Kita biasanya akan mendengar Penang - Ipoh - Kuala Lumpur - Melaka - Singapore sebagai rangkaian bandar utama. Sebab itulah jika anda menyelusuri Bandaraya Ipoh, anda akan menemui banyak susun atur bangunan yang agak klasik dan menarik dilihat.

Aku boleh dikatakan selalu ke Ipoh sebab duduk di Cameron Highlands, bandar Ipoh adalah yang terdekat sekitar 1 jam 15 minit perjalanan melalui Simpang Pulai. Kadang-kadang ingin berehat dan membeli belah atau ayat popular gian nak tolak trolley maka selalunya Bandar Ipoh menjadi pilihan.

Kalau anda menginap di Ipoh pada hujung minggu, apakata anda singgah sebentar ke Pasar Down Memory Lane atau dikenali dengan jolokan Pasar Karat di tengah bandaraya ini seperti gambaran ini ;

Klik pada gambar ini untuk melihat klip gambar yang lain sebanyak 62 keping semuanya.

kredit untuk http://kembarakita.multiply.com/photos/album/12/Gambar-Gambar_Lama_Ipoh# ... aku sekadar berkongsi maklumat dengan anda...

Tuesday, June 21, 2011

Masjid Sultan Ahmad 1, Kuantan,

http://www.flickr.com/photos/2121studio
Hari ini ketika aku membelek laman web mengenai Bandar Kuantan, tiba-tiba terjumpa sekeping gambar HDR dan IR Masjid Sultan Ahmad Kuantan Pahang. Cantik dan segera terbayang difikiran aku rupa sebenar masjid ini 

Terkenang pula zaman-zaman awal dahulu yang mana aku pernah mengunjungi masjid ini dari hari pertama pembukaanya sekitar 1993 dan ianya telah dirasmikan pada 21 Oktober 1994 oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah Al Mustaim Billah ibni Almarhum Sultan Abud Bakar masa tu kami tengah PMR. 

Ketika hari perasmian, DYMM Tuanku telah menjemput Imam Besar Masjidilharam, Mekah untuk mengimankan sembahyang Jumaat dan siaran langsung untuk solat jumaat di RTM sebab aku tengok jurukamera sana sini.

Ianya dinamakan Masjid Sultan Ahmad sempena Pemerintah Pahang  pertama, Sultan Al- Mu'adzam Shah yang ditabalkan sebagai Sultan Pahang selepas mengalahkan Bendahara Wan Muthair lewat 1890.

Namun apa yang nak aku kongsi sedikit coretan kenangan mengenai zaman awal pembukaannya. Ketika itu aku berumur sekitar 13 tahun dan bersekolah berdekatan dengan masjid ini maka setiap hari Jumaat inilah masjid kami sehingga aku tingkatan 5. Asrama pun sekitar 15 minit perjalanan.

Ketika pembinaan, sebuah Masjid sementara telah diwujudkan bersebelahan Perpustakaan Awam Negeri Pahang di Jalan Merdeka. Ianya agak kecil dan sempit sehinggakan jika pada hari Jumaat, jemaah akan melimpah keluar. Janan lupa pada bilal tua yang tempang kakinya tetapi begitu tabah dan rajin menyiapkan persiapan solat Jumaat serta mengutip tong-tong derma.

Di masjid baru, sepanjang awal pembukaanya, sentiasa berkumandang bacaan ayat-ayat suci Al-Quran seolah-olah mengajak umat Islam singgah dan beribadat. Aku masih teringat ketika di tingkatan 5, aku dan rakan-rakan berpakat dengan semua pelajar Islam sekolah untuk menghadiri majlis qiamulail dan tahlil sempena peperiksaan di atas nama Rakan Masjid tanpa pengetahuan Ustaz di sekolah.

Dua minggu kemudian, sekolah menerima lebih 150 buah buku Fardu Ain karya Ustaz Ismail Kamus sebagai tanda penghargaan menyertai progarm tersebut bagi setiap peserta. Kami dapat lihat, ada genangan air mata tanda terharu tapi cuba disembunyikan oleh Ustaz Rushdan dan Cikgu Zakaria ketika mengedarkannya mengikut senarai nama. Barangkali beliau tidak sangka kami akan melakukan ini kerana pelajar sekolah kami ini adalah pelajar lelaki semuanya dan terkenal dengan keganasan dan kenakalan di Kuantan. Bak kata sekarang, 'muka legend hati cute'.

Masjid Lama:
Masjid lama Sultan Ahmad, Kuantan
Asalnya tapak masjid adalah tapak Masjid Sultan Ahmad yang lama dan ianya dibangunkan kembali di tapak asal. Bangunan asalnya bercirikan sebuah kubah atau dom besar tanpa tiang di dalamnya dan membolehkan saf sembahyang tidak putus sehingga ke tepi.

Terdapat ruang rehat iaitu beranda/verandah di bahagian tepi bagi membolehkan jemaah berehat sebentar dan pada waktu malam menjadi pilihan kepada musafir untuk tumpang tidur. 

Dikelilingi dengan taman-taman di setiap penjuru memujudkan suasana damai ketika beribadah. 

Menjelang penghujung usianya, masjid ini terpaksa diruntuhkan untuk memberi laluan kepada pembinaan masjid baru kerana masjid lama memerlukan banyak kerja pembaikkan dan pemulihan di samping saiznya yang kecil untuk menampung jemaah yang kian bertambah. Maka Kerajaan Negeri Pahang mengambil keputusan untuk membina sebuah masjid negeri yang baru dan DYMM Sultan Pahang telah memberi pandangan dan perkenan kepada senibina dan rekabentuk masjid baru ini secara peribadi.

Aku tak sempat untuk merasai bersolat di Masjid lama ini kerana ketika aku menjejakkan kaki ke Kuantan ianya telah diruntuhkan dan pembinaan masjid baru giat dilaksanakan. Namun masih aku ingat kegemparan telah berlaku bilamana pekerja binaan menemui bom lama peningalan tentera Jepun ketika kerja-kerja tapak dilaksanakan dan ianya dapat diletupkan.

Seni Bina:
http://mutiarawarnasari.blogspot.com
Lokasi Masjid Sultan Ahmad 1 pada awalnya seolah-olah terkepung dek bangunan bangunan milik Telekom di sebelah hadapan dan ianya telah diruntuhkan untuk memberi pandangan yang lebih cantik menghadap Jalan Mahkota. Manakala arah timurnya dikelilingi Bank Negara Malaysia (Kini Simpanan Nasional), Maybank dan Tenaga Nasional Berhad manakala di sebelah utara adalah Wisma Persekutuan, Wisma Negeri dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang.

Namun lokasi ini di anggap startegik kerana menjadi pusat beribadah kepada ribuan pekerja dan kakitangan awam.

Masjid Sultan Ahmad 1 yang terletak di tengah-tengah Bandar Kuantan  merupakan masjid yang terbesar di Negeri Pahang dan mampu memuatkan 8,000 jemaah pada satu-sayu masa bersesuaian dengan tarafnya sebagai Masjid Negeri. 

Mempunyai dua tingkat yang berasingan sayap iaitu di sebelah kanan dan kiri adalah tingkat dewan sembahyang lelaki dan di bahagian belakang adalah dewan sembahyang wanita. Namun sekitar tahun 1996, tingkat kanan dewan sembahyang lelaki telah digunakan sebagai kediaman bagi para tahfiz yang dipilih untuk menyertai pengajian di situ. Sebelum itu, bahagian inilah tempat pilihan kami untuk berkumpul dan bersolat Jumaat setiap minggu.

http://www.flickr.com/photos/2121studio/
Masjid ini mempunyai empat menara setinggi 180 meter dan aku sendiri pernah menaiki kedua-dua menara di bahagian hadapan pada awal pembukaan masjid ini secara haram. Maklumlah masa tu masih remaja dan keinginan untuk meneroka adalah amat tinggi tetapi ternyata berbaloi sekalipun ditangkap.

Melalui tangga yang berputar anda boleh merasai kegayatan bilamana membuka pintu menara di dua hentian tingkat.

Berwarna putih biru bersulam putih marmar yang akan bersinar bilamana dilimpahkan cahaya pada waktu malam pasti menambat hati untuk berkunjung ke sini.
Berhadapan sebelah kiri adalah padang bolasepak Majlis Perbandaran Kuantan yang memuatkan 3 padang bola secara bersebelahan dan ini memberikan pemandangan yang amat indah untuk melihat masjid ini. Malah padang ini digunakan sebagai tempat berlangsungnya program forum ehwal Islam ataupun sambutan Maulidur Rasul. Di bulan Ramadhan ianya meriah dengan acara berbuka puasa secara santai cuma malangnya jumlah yang terus singgah bersolat maghrib tidaklah seramai yang hadir.

Manakala di sebelah laluan Stesen Bas Jalan Mahkota atau lebih dikenali dengan Stesen Bas Pokok Buluh adalah tapak arked makanan Taman Kerang. Namun pada awal 1996 ianya telah dipindahkan sebelum acara SUKMA di Pahang. Begitu juga dengan tapak pasar minggu yang kini berubah kepada Merdeka Square.

http://www.flickr.com/photos/2121studio
Senibina dalaman adalah berteraskan geometri Islam yang dijalin teliti berlatarkan warna biru dan putih daripada marmar yang bersinar. Manakala setiap cermin kaca yang dipilih berwarna biru dan kuning memberi sinar warna yang memancarkan keindahan. Pelusuk dinding pula dihiasi dengan seni khat nama-nama Allah ataupun Asma al-Husna selain ayat-ayat Al-Quran turut menjadi pilihan. 

Ruang dewan sembahyang yang tinggi memberikan kelapangan ketika beribadat dan terasa bebas serta tenang.

Kesejukan akan terasa bilamana anda berada di dalam dewan sembahyang utama bukan kerana kipas-kipas yang tersedia tetapi kerana lantai dan dinding marmar yang menyejukan. Difahamkan, ketika siap pembinaan, masjid ini mempunyai sistem pembesar suara atau siaraya yang paling moden ketika itu. Tiada dengung atau gema biarpun binaanya dalamannya adalah batu dan simen semata.

Masjid Sulten Ahmed , Turki atau Masjid Biru
Masjid Sultan Ahmad 1 ini jga dikenali dengan nama jolokan Masjid Masjid Sultan Ahmed di Turki atau sinonim dengan panggilan Masjid Biru. Ini kerana ianya diilhamkan oleh DYMM Sultan Pahang  dengan ciri senibina Zaman Othmaniah yang begitu dekat dengan senibina Arab dan Turki dan ianya mempunyai satu kubah besar dan dilengkapi oleh 4 kubah kecil setiap penjuru. Ianya berkonsepkan terbuka dan dewan sembahyang utama dipasangkan dengan karpet hijau yang lembut.

Sekiranya anda sampai dan singgah di Kuantan, melalui jalan Mahkota anda akan mudah menemui Masjid Sultan Ahmad 1 ini. Jika anda ingin memilih hotel penginapan, Hotel Shahzan Inn merupakan hotel yang terbaik untuk menikmati permandangan masjid ini samada siang ataupun malam. Malah pada waktu petang berjalan kaki melewati padang ke masjid memberikan satu pengalaman perjalanan ke masjid dengan tenang dan beriktikad kemudiannya.
kredit gambar  :  http://ibresources.fotopages.com/?entry=878059
Ikuti coretan laman yang lain di :
http://artmelayu.blogspot.com 
Koleksi gambar seperti yang tertera dibahagian kapsen masing-masing.

Monday, June 20, 2011

Pahlawan Mat Kilau...

Mat Kilau, mungkin nama ini tidak asing bagi kita yang pernah mempelajari sejarah kerana beliau dijulang sebagai salah seorang Pahlawan Melayu semasa penjajahan berlaku di negara kita. 

Bermula sebagai pembesar negeri dan sebelum menjadi pejuang kemerdekaan setelah campurtangan pihak Bristish dalam kutipan hasil cukai tempatan. Malangnya nada dan irama yang didendangkan oleh pihak Bristish lebih melagukan beliau sebagai penderhaka dan pemberontak yang perlu dihapuskan berbanding pahlawan bangsa dan negara.


Bertempat di Masjid Lama Kampung Pulau Tawar Jerantut, beliau telah muncul kembali dan mengistiharkan dirinya adalah Mat Kilau pada 26 Disember 1969 iaitu selepas sembahyang Jumaat. Beliau bangun dan membacakan beberapa surah dan ada sebuah buku yang menceritakan secara terperinci dan aku pernah membacanya .

Amat mengejutkan kerana terdapat kisah yang disebarkan beliau telah meninggal dunia ketika dalam tawan British. Kerajaan Negeri Pahang telah menubuhkan jawatankuasa siasatan bagi mengesahkan perkara ini. Akhirnya setelah disiasat, maka benarlah dan biliau diistiharkan sebagai Pahlawan Mat Kilau . Siasatan in telah dibukukan dan aku ada membacanya sekitar 1994 semasa berada di Kuantan ketika itu.

Pada tahun 1999, aku dan rakan-rakan berkesempatan menziarahi Makam Pahlawan Mat Kilau dan kami mengadakan tahlil semasa program khidmat masyarakat dan anak angkat di Kampung Bukit Rang. Jika anda ingin atau dalam perjalanan dan melalui di antara Jerantut dan  Jengka, beloklah ke Kampung Bukit Rang, Jerantut dan singgahlah di Makam Pahlawan dan tidaklah sukar untuk anda menemuinya kerana terdapat kemudahan dan tanda arah yang jelas disediakan dan lokasinya terletak di sebelah jalan sahaja.

Aku cuba mencari maklumat dan aku rasa laman Pejabat Daerah dan Tanah Jerantut adalah yang terbaik untuk dikongsi bersama di http://pdtjerantut.pahang.gov.my dan sedikit penambahan info dari beberapa laman yang lain.

Sedikit carian gambar di internet dimasukan bagi mengambarkan suasana yang sebenar....

Al fatihah kita sedekah untuk Pahlawan Mat Kilau.

1. KEHIDUPAN AWAL
mat kilau_1Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah . Ibu beliau adalah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau @ Tok GajahMat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut , Pahang
Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau.
Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. 
Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. 
Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Botok yang dikenali juga sebagai AL-Allamah Haji Botok bin Osman sebelum dia berpindah dari Kelantan sebagai Mufti Negeri Pahang.
[mat+kilau+tinggal.jpg]Sila rujuk buku Tokoh-tokoh Ulama Semenanjung Tanah Melayu, terbitan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Negeri Kelantan Jilid 2, bab Ulama Kelantan yang masyhur di luar Kelantan, sebelum berhijrah ke Pahang Hj Botok yang merupakan Pawang Di Raja Kelantan tetapi telah berselisih faham dengan Raja Kelantan yang menjadi sebab beliau berpindah ke Pulai Tawar,Pahang. 
Hj Botok mempunyai dua lagi saudara di kampung Berangan Tumpat, yang bernama Mat Diah bin Osman (Tok Chik Mat Diah) dan Merah bin Osman (Tok Chik Hj Merah). Hj Botok aliran Pencak Silat Gagungman 9 Purba Sakti merupakan murid kepada ulama Patani yang mashur sebagai Tok Bendang Daya Tua. 


Nama sebenar Tok Botok ialah Botok bin Raja Osman B Raja Ali Legeh Patani. Datuk Hj Botok adalah imigran perang Siam-Melayu Patani yang merupakan kerabat di Raja Legeh Patani yang terpaksa berhijrah ke KELANTAN akibat di langgar Siam.
2. SEJARAH PERJUANGAN
Mat Kilau mempunyai sifat-sifat seorang pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang. 
Sir Hugh Clifford
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. 
Mat Kilau adalah seorang yang jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya. Pengikutnya terlalu ramai, tetapi yang diketahui namanya ialah Awang Nong,Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Mereka ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.
Bilamana pihak British mula masuk campur dan mengambil alih kuasa kutipan cukai daripada pembesar negeri, di sinilah titik permulaan siri pemberontakan di kalangan para pembesar. British telah mengistiharkan perang dan arahan menangkap dan menghapuskan 'pemberontak' telah dikeluarkan,  
Bagaimanapun, Mat Kilau dan para pembesar telah berjaya melarikan diri malah terdapat kisah yang mengatakan askar upahan Biritish tidak dapat mengenali beliau dan beberapa kali beliau hilang tanpa dapat dikesan.
Antara negeri yang menjadi pilihan untuk mereka melarikan adalah Kelantan dan Terengganu dan ianya mendapat sokongan ulama terkenal Terengganu , Tokku Paloh dan Abdul Rahaman Limbung serta Tok Janggut di Kelantan dan semangat pemberontakan mula tersebar di sana juga.
Mereka kembali ke Pahang melalui laluan hutan di Terenganu dan Kelantan dan dikatakan laluan Kampung Bantal di Jerantut dan Kampung Pasir Raja  di Dungun Terengganu antara menjadi pilihan. Jika anda pernah ke Taman Negara di Jerantut, anda boleh menaiki perahu ke Kampung Bantal melalui laluan air dan jauh ke hulu. Saya berkesempatan ke Kampung Bantal suatu ketika dahulu dan difahamkan ini adalah kampung terakhir di jajaran Sungai Tembeling. Laluan-laluan lain adalah Jerantut ke Pasir Nering, Hulu Terengganu dan Jerantut ke Gua Musang yang digunakan dan dikhabarkan masih wujud dan masih digunakan oleh pencari gaharu dan satu ekspedisi menjejaki laluan ini telah dijalankan pada tahun 2008 yang lalu. 

3. BURUAN BRITISH
Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang diterbitkan di Singapura . The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka, iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895. Saya pernah membaca sebuah buku mengatakan bahawa Dato Bahaman juga pernah muncul dan telah dapat dikesan tetapi diragui statusnya kerana pertindihan maklumat waris berlaku dan insan yang dikatakan beliau dikenali dengan Tok Peramu. Insyaallah , jika ada kelapangan akan cuba saya selidiki pula mengenai Dato Bahaman. 
The Free Press pula memberitahu bahawa Mat Kilau telah melawan apabila hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak darah. Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau. 
Akan tetapi apa yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau), Pendekar Tok Demali ,Raja Ibrahim(Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang lain. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.
4. KELUAR DARI PERSEMBUNYIAN

Menjadi tumpuan selepas mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau
Dalam bulan Disember 1969 ,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. 
Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar Jerantut . Pada hari Jumaat 26 Disember 1969, Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid untuk bersembahyang Jumaat. Selepas sembahyang, Mat Kilau telah mebaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. 
ketika terlantar sakit
Pengisytiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatankuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970. Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau. 


Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis, 6 Ogos 1970 , Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang YAB Tan Sri Haji Yahaya Mohd Seth. Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat, Mat Kilau meninggal dunia kerana keuzuran. Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun. 
Jenazah beliau dikebumikan di Perkuburan Kg Pulau Tawar atau kini dinamakan Makam Pahlawan Mat Kilau. 


Beliau meninggalkan waris yang masih berada di Kampung Sungai Rang di samping jasa dan pengorbanan yang pastinya tidak ternilai dan tidak mampu dibalas oleh generasi masakini. Namun semangat perjuangan dan ketabahan beliau wajar menjadi dorongan kepada kita semua.
Untuk cerita dalam bahasa Inggeris, aku link kepada thestar.online yang memetik Bernama sebagai sumbernya ;http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/1/29/southneast/16586651&sec=southneast/

OUT of the many Malay warriors of Pahang who stood up against the British in the late 1880’s, only one lived to witness with his very own eyes the nation’s independence.
He was Mat Kilau, the son of local chieftain Imam Perang Rasu (aka Tok Gajah), and one of the Malay warriors who rebelled between the 1880s and 1890s when the colonial masters extended their rule to Pahang.
Gallant walk: Mohamed bin Ibrahim being taken to the town hall to be declared the true Mat Kilau, the fighter against British rule.
Mat Kilau even had the opportunity to shout the magical word “Merdeka” on August 31, 1957, something that his contemporaries Datuk Bahaman, Haji Abdul Rahman Limbong and Tok Janggut or the earlier ones like Datuk Maharaja Lela and Dol Said did not live to do.
But on that historic day, none of the hundreds who turned up at the state mosque field in Kuantan realised that the high-spirited but frail-looking centenarian standing among them was Mat Kilau, the man who once tormented the British.
Mat Kilau’s obscurity is equally legendary. The feared warrior went into oblivion for more than half a century as he was on the run after the British put a price on his head and branded him a traitor to the Sultan.
At the initial stages, Mat Kilau, Datuk Bahaman, Mat Kelubi, Awang Nong, Teh Ibrahim, Haji Mat Wahid and Mat Lela staged a formidable resistance that unnerved the British.
Mat Kilau and Datuk Bahaman’s names are etched in the nation’s annals as those responsible for the Lubuk Terua war where they attacked a police post set up by the British and fatally wounded two British policemen. They even conquered Temerloh.
However, with more reinforcement and a clever ploy of accusing the group of betraying the Sultan, the British succeeded in stopping more locals from joining the group and isolated it from the community. This eroded the group’s strength that at one time reached 600 and prompted them to flee.
Demise: Mat Kilau died at the age of 122 years on August 16, 1970. His body was buried in Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
The British continued to hunt them. Records show that his father Tok Gajah who was also involved in the resistance took refuge in Hulu Terengganu and died there, while Datuk Bahaman and several of his followers surrendered to the Siamese rulers.
What happened to Mat Kilau then is unclear till today but he definitely went through a lot of hardship especially when he had to move from place to place and take refuge under different names like Mat Dahan, Mat Dadu and Mat Siam.
After being on the run for many years, he returned to Pahang and settled in Kampung Batu 5, Gambang, Kuantan, under the name of Mohamed bin Ibrahim @ Mat Siam.
Mat Kilau’s real identity only came out into the open when he himself made a declaration after the Friday prayers at the Pulau Tawar mosque in Jerantut on Dec 26, 1969. After months of research and investigations, the Pahang state government finally confirmed that he was indeed Mat Kilau.
Unfortunately 10 days after the confirmation, Mat Kilau died on Aug 16, 1970, at his home in Kampung Batu 5. He is said to have died at the age of 122 based on his estimated birth year of 1847.
He was buried with full honours befitting a national hero at his birthplace, Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut.
His adopted son who later became his son-in-law as well, Abu Bakar Awang, 80, said that before he revealed his real identity he was very evasive each time when asked about his background. Mat Kilau probably feared that he was yet to be pardoned for the allegations that he had betrayed the Sultan.
During the uprising, Pahang was under the reign of Sultan Ahmad Al-Muazam Shah.
He waited almost 12 years after independence to reveal that he was Mat Kilau as he feared the Sultan hadn’t forgiven him,” said Abu Bakar.
One of his daughters, Aminah, 80, when met at her home in Kampung Batu 5, confirmed that before Mat Kilau declared his actual identity, none of his children had the faintest idea that their father known as Mat Siam was actually a warrior dreaded by the English.
Aminah is among four out of Mat Kilau’s five surviving children who have settled around Kuantan. The others are Sabariah, Abdul Rahman, Salamah and Razali, while the eldest, Zaleha, married to Abu Bakar, died in 1978.
Continuing the story, Abu Bakar, despite his advanced age, recalled vividly Mat Kilau’s excitement on the run-up to the proclamation of independence.
“On that day (Aug 31, 1957), he woke up early and after the subuh(dawn) prayer he got ready to leave for Kuantan as he was aware that the proclamation was also being held in the states, other than at Merdeka Stadium in Kuala Lumpur.
“I was wondering why he was so eager to go to the state mosque field. Even though he was more than 100 years old then, I noticed he was so excited to celebrate the historic occasion,” he said.
Abu Bakar who is the lead instructor of Seni Silat Tapak Setia Suci, the art of self-defence he inherited from his warrior father-in-law, remembered clearly how Mat Kilau had donned a white round-necked T-shirt with a grey overcoat and a kain sampin wrapped over the top part of his dark long pants. He wore shoes and his head was wrapped with a piece of cloth known as kain cindai.
“Even I was intrigued where he got all those things and what the kain cindai signified,” he said.
According to tradition, the kain cindai is a piece of silk cloth used by Malay warriors to wrap around their head before getting into the ring to confront their foes.
Abu Bakar said the bizzare clothing and behaviour prompted Mat Kilau’s wife Ajrah Bakar to reproach him, asking, “what’s wrong with you?”.
Upon getting ready, Abu Bakar and Mat Kilau left the house together and waited for the free bus ride made available by the authorities in conjunction with the celebration.
Though the bus was packed with people, nothing could deter Mat Kilau who was obviously impatient to get to the field.
“When we arrived at the field, we waited for the proclamation of independence. We managed to see the parade ... there were decorated cars too and he (Mat Kilau) was visibly exulted,” Abu Bakar recalled.
When the shouts of Merdeka began, Mat Kilau too joined in chorus.
While at the field Mat Kilau told Abu Bakar, “see, who would have thought I too will live to see this country’s independence”.
This made Abu Bakar wonder what this man was actually trying to say.
Abu Bakar, who lived with Mat Kilau since the age of 18, noted that his father-in-law felt contented with the opportunity to shout “Merdeka” at the field in Kuantan.
He was too feeble to go the Merdeka Stadium in Kuala Lumpur to witness the proclamation of independence there.
Abu Bakar said the declaration of Merdeka was probably the most defining moment for the warrior who tried to defend his race, religion and the sovereignty of his nation from occupation by foreign powers.
Abu Bakar now hopes that some historical texts especially those describing him as someone who betrayed the Sultan be revised.
“The English labelled Mat Kilau and his colleague Datuk Bahaman as rebels and traitors just to hoodwink the people so that they wouldn’t support their struggle,” said Abu Bakar, who is also the Kampung Batu 5 headman.
Mat Kilau’s grandson, Alhamadi Abu Bakar, 40, said though his grandfather did not leave any wealth, he left a legacy and unparalleled gallantry to be inherited by the coming generations in defending the nation from various forms of colonisation. – Bernama