Alhamdulllah, bagi org yang baru belajar blog ni, angka 1000 pengunjung pada hari ini sejak 16 April 2011 amat megujakan. Maklumlah , baru belajar..
Terima kasih kepada yang sudi berkunjung dan membaca di sini...
▼
Monday, May 30, 2011
Sunday, May 29, 2011
Rumah Plastik dan Kaca .. di seluruh dunia
gambar di petik daripada : http://www.freshairtimes.eu |
Ontorio Grower:
New Zealand
Dutch /Holland:
Australia:
Banyak lagi contoh-contoh dari negara luar yang boleh dikongsi. Juga Thailand , tidak kurang hebatnya. Cuma di Malaysia , kita masih jauh tertinggal. Mungkin kerana pengetahuan yang kurang dan modal terhad.
P. Ramlee...
"Aku nak hidup sampai 1000 tahun lagi." Itulah katanya kepada salah seorang sahabatnya. Namun begitu apa yang telah dikatakan itu secara gurauan, kini beransur-ansur berubah menjadi realiti.
Pulau Pinang pada tahun 1947 dan terpilih sebagai Bintang Penyanyi Utama Malaya. Dalam pertandingan itu, beliau menggunakan huruf "P" (bagi Puteh) di awal namanya dan kekallah nama P. Ramlee itu hingga ke akhir hayatnya.
P.Ramlee - Lagu
- 1945 - Tempat ketiga Pertandingan Menyanyi Radio Pulau Pinang.
- 1946 - Juara Pertandingan Menyanyi Keconchong Pulau Pinang.
- 1946 - Tempat kedua Pertandingan Menyanyi Radio Pulau Pinang.
- 1947 - Juara Pertandingan Menyanyi Radio Pulau Pinang.
- 1951 - Bintang Pujaan Malaya - Indonesia .
- 1952 - 'Pelakon Terbaik', 'Filem Terbaik' ('Antara Senyum Dan Tangis'), 'Filem Pujaan' ('Juwita').
- 1953 - 'Filem Terbaik' ('Hujan Panas'), 'Pelakon Terbaik', 'Filem Pujaan Malaya' ('Antara Senyum Dan Tangis'), 'Filem Pujaan Malaya - Indonesia' ('Antara Senyum Dan Tangis'), 'Bintang Pujaan Malaya - Indonesia'.
- 1953 - 'Seniman Tahun 1953', 'Filem Terbaik' ('Hujan Panas')
- 1953 - 'Bintang Radio Lelaki'
- 1956 - Festival Filem Asia, Hong Kong - Pengubah Lagu Terbaik.
- 1956 - 'Seniman Terbaik', 'Pengarah Terbaik', 'Pengubah Lagu Terbaik', 'Biduan Terbaik', 'Filem Terbaik' ('Semerah Padi'), 'Filem Terbaik Kedua' ('Anak-ku Sazali').
- 1956 - 'Filem Melayu Terbaik' ('Penarek Becha'), 'Pengarah Terbaik', 'Seniman Terbaik', 'Lagu Terbaik' ('Inang Baru').
- 1957 - 'Terpilih untuk tayangan' ('Hang Tuah').
- 1957 - 'Pelakon Lelaki Terbaik'
- 1958 - 'Seniman Lelaki Terbaik', 'Filem Terbaik' ('Sumpah Orang Minyak'), 'Lagu Terbaik Kedua'.
- 1959 - 'Filem Komidi Terbaik' ('Pendekar Bujang Lapok').
- 1960 - 'Filem Paling Popular ('Pendekar Bujang Lapok'), 'Fotografi Hitam Putih Terbaik' ('Nujum Pak Belalang') .
- 1960 - 'Filem Sukaramai' ('Pendekar Bujang Lapok'), 'Teraju Sukaramai'), 'Seniman Utama', 'Lagu Sukaramai'.
- 1960 - 'Filem Komidi Terbaik.' ('Nujum Pak Belalang').
- 1962 - 'Calon untuk Filem Komedi Terbaik' ('Seniman Bujang Lapok')
- 1962 - 'Ahli Mangku Negara'
- 1964 - 'Filem Komidi Terbai' ('Madu Tiga') .
- 1965 - 'Anugerah Istimewa ('Ibu Mertua Ku').
Catatan mrkumai.blogspot.com
Anaknya Nasir telah kembali ke rahmatullah pada 2010 meninggalkan senaskah karya mengenai Bapanya.
Hydroponic Lettuce
Kalau dalam catatan NFT, aku ada kongsi sedikit berkenaan dengan kaedah yang simple, apa kata anda saksikan pula klip dari youtube berkenaan teknik hidropnik yang diamalkan oleh negara-negara maju di bawah: Sungguh menarik untuk diterokai... hopefully kita akan ada sistem dan teknik ini nanti di Malaysia.
Friday, May 27, 2011
Tips Melancong ke Cameron Highlands... Kea Farm sehingga Blue Valley
(Siri Catatan ini adalah yang terakhir daripada lima catatan berkaitan dengan Tip Melancong ke Cameron Highlands)
Pemandangan Rumah Pekerja Sungei Palas Tea |
Kea Farm terletak 6 km daripada bandar Brinchang. Keunikan utama di sini adalah anda berada di Puncak Cameron Highlands.
Pertama, di sini terdapat hotel teringgi di Cameron Highland dan juga berada di ketinggian yang paling atas iaitu Equatorial Hotel. Pemandangannya cantik dan lokasi yang mengasyikkan bagi anda. Jika anda menginap di hotel ini maka lawatan anda untuk menjelajahi Kea Farm adalah sangat mudah.
Pertama, di sini terdapat hotel teringgi di Cameron Highland dan juga berada di ketinggian yang paling atas iaitu Equatorial Hotel. Pemandangannya cantik dan lokasi yang mengasyikkan bagi anda. Jika anda menginap di hotel ini maka lawatan anda untuk menjelajahi Kea Farm adalah sangat mudah.
Pasar Sayuran dan gerai jualan di Kea Farm amat terkenal dengan kunjungan MESTI Singgah bagi mereka yang datang ke sini. Terdapat pelbagai pilihan sayuran untuk anda beli dan bawa pulang. Juga terdapat anjung tinjau kalau tak silap bernama Sunrise yang boleh anda kunjungan di pertengahan tempoh membeli belah dan melihat pemandangan lembah kebun-kebun sayur.
Selain itu jika anda ingin melihat koleksi bunga rose, memandu melalui jalan yang sempit ke dalam Kea Farm akan menemukan anda kepada Rose Centre dengan dikenakan bayaran masuk yang minima. Namun jika anda membawa anak kecil atau orang tua, saya suka mengingatkan ianya kurang sesuai.
Di hadapan Kea Farm terdapat Raju Hill Strawberry yang selalunya menjadi pilihan saya jika ingin membeli strawberry kerana terasa lebih manis. Kebiasaannya , laluan di Kea Farm adalah amat sibuk dan menjadi punca utama kepada kesesakan jalanraya di sini apabila pengunjung meletakan kenderaan di sepanjang jalan.
Selain itu jika anda ingin melihat koleksi bunga rose, memandu melalui jalan yang sempit ke dalam Kea Farm akan menemukan anda kepada Rose Centre dengan dikenakan bayaran masuk yang minima. Namun jika anda membawa anak kecil atau orang tua, saya suka mengingatkan ianya kurang sesuai.
Di hadapan Kea Farm terdapat Raju Hill Strawberry yang selalunya menjadi pilihan saya jika ingin membeli strawberry kerana terasa lebih manis. Kebiasaannya , laluan di Kea Farm adalah amat sibuk dan menjadi punca utama kepada kesesakan jalanraya di sini apabila pengunjung meletakan kenderaan di sepanjang jalan.
Di sepanjang Kea Farm anda menemui satu lagi persingahan membeli belah iaitu di persimpangan masuk Sungai Palas Tea Centre. Suasananya hampir sama cuma jumlah kedai yang kurang. Terdapat Taman Rama-rama dan Lebah di sini. Bagi mereka yang menaiki rombongan, di sini adalah perhentian meletak bas jika berhajat untuk ke Sungei Palas Tea Centre dan terdapat bas-bas mini yang menawarkan perkhidmatan shuttle dengan bayaran tertentu.
Tea Centre- Sungei Palas |
Jika anda berkunjung pada waktu cuti umum dan sekolah, pastinya perjalanan 15 minit ini akan menjadi lebih dari sejam. Sambil anda melihat pemandangan ladang teh yang menakjubkan, anda akan sampai ke Tea Centre di mana terdapat kedai jualan, galeri teh, cafe dan berpeluang memasuki dan menyaksikan sendiri kilang pemprosesan teh beserta juruinfo yang begitu ramah memberi penjelasan dan penerangan secara percuma.
Namun anda perlu berjalan kaki dicelahan rimbunan pokok teh dan sedikit mendaki untuk sampai ke sini. Bagi yang mempunyai orang tua dan ibu mengandung, maklumkan kepada Polis Bantuan untuk kebenaran memandu sehingga ke Tea Centre.
Terdapat satu lagi pilihan menarik untuk anda kunjungi di sini. Apa kata anda lencongkan perjalanan anda sejauh 8 km ke puncak Gunung Brinchang iaitu puncak tertinggi di Malaysia yang boleh dilalui oleh kenderaan.
Kereta anda bersaiz kecil pun boleh dipandu ke sana malah anda akan dapat menyaksikan permandangan ladang teh yang lebih cantik di laluan ini dan laluan trafik selalunya agak kurang.
Kereta anda bersaiz kecil pun boleh dipandu ke sana malah anda akan dapat menyaksikan permandangan ladang teh yang lebih cantik di laluan ini dan laluan trafik selalunya agak kurang.
Pemandangan tea plantatation |
Manakala di kebun sayur ini, jika anda menemui ada pekerja Bangladesh sedang bekerja, anda boleh bertanya jika mereka ada sayur-sayuran khasnya kubis untuk dijual dan selalunya segar dan lebih murah.
Melewati laluan seterusnya anda akan melalui laluan berkabus kerana sudah hampir ke puncak gunung malah anda mungkin merasa lebih sejuk dan suasana berkabus sepanjang laluan dan kelihatan lumut-lumut di sepanjang tebing jalan.
Laluan Mossy Forest ini adalah sebahagian laluan pendakian ke Gunung Irau. Jika anda seorang pendaki, menariknya di sini anda akan mengikuti laluan rabung yang betul-betul memisahkan sempadan Negeri Pahang dan Perak dan adakalanya sebelah kaki anda adalah di Negeri Perak.
Mossy Forest akan mengingati suasana Filem Puteri Gunung Ledang, tatkala Hang Tuah bertemu dengan Puteri di Puncak Gungung Ledang dengan suasana pokok yang berlumut dan berkabus.
Cuma kini ianya telah dinaik taraf dengan laluan kayu yang lebih selesa dan anda boleh melihat pelbagai tumbuhan dan lumut gunung di sepanjang laluan 800 meter ini.
Meneruskan perjalanan ke hadapan sedikit anda akan sampai ke Puncak Gunung Brinchang yang terdapat menara pandang dan jika anda bernasib baik, bukan hanya Bandar Brinchang yang akan anda nampak malah Bandaraya Ipoh juga boleh dilihat pada cuaca yang baik .
Malah ada yang mengatakan Selat Melaka pun dapat dilihat , tetapi tak pernah pula saya dapat peluang ini. Mungkin belum kena masa yang sesuai barangkali.
Malah ada yang mengatakan Selat Melaka pun dapat dilihat , tetapi tak pernah pula saya dapat peluang ini. Mungkin belum kena masa yang sesuai barangkali.
Tringkap:
Menuruni dari Kea Farm atau jika anda melalui Simpang Pulai, anda akan menemui deretan gerai dan kedai di pekan Tringkap. Pekan Tringkap ini adalah antara hub pertanian di sini. Untuk anda melalui jalan-jalan ke kebun adalah tidak dinasihatkan kerana hanya sesuai untuk pacuan empat roda. Namun Tringkap terdapat juga Taman Ros dan Lebah yang boleh anda singgah.
Barangkali untuk perhentian membeli belah yang terakhir.
Kuala Terla:
Kuala Terla juga merupakan satu lagi hub pertanian di Cameron Highlands dan Tomato adalah tanaman utama di sini. Namun di sini tiada tempat untuk membeli belah. Terdapat sebuah persinggahan Cameron Valley Tea milik Bharat Tea Plantation. Di sini sekali lagi anda dapat menikmati tea pelbagai perisa dan sungguh sesuai untuk merasai laluan di celahan pokok teh dan tidaklah terlalu mendaki.
Kg Raja:
Kg Raja terkenal dengan tanaman tomato dan bunga-bungaan khasnya Ros namun tidak pula menawarkan peluang untuk anda membeli terus dari ladang. Terdapat sebuah Masjid baru di Pekan Kg Raja selain kemudahan Bank CIMB. Terdapat juga pilihan gerai makan melayu di tepian jalan utama.
Blue Valley:
Blue Valley asalnya dalah kawasan pengeluaran teh di atas jenama Blue Valley Tea tetapi kini telah tiada dan diambil alih oleh petani-petani yang mengusahakan tanaman tomato dan sayuran lain. Di sini mula menjadi hub pertanian yang pantas berkembang selepas pembukaan jalan baru Simpang Pulai ke Gua Musang.
mrkumai.blogspot.com mengucapkan selamat bercuti kepada anda yang memilih Cameron Highlands sebagai destinasi pilihan. Untuk maklumat terperinci dan yang lain, anda boleh membuat carian-carian di Internet berkenaan dengan Cameron Highlands. Apa yang saya paparkan adalah atas pengamatan peribadi saya semata.
-dikemaskini pada 21 September 2011
Tips Melancong ke Cameron Highlands... Brinchang
Pekan Tanah Rata di waktu petang |
Catatan keempat dibawah topik ini dipanjangkan ke Brinchang dan sekitarnya. Pekan ini merupakan hub pelancongan utama di mana terdapat pelbagai tarikan perlancongan dan juga pilihan penginapan yang selalu menjadi pilihan pelancong.
Brinchang adalah amat sibuk pada waktu hujung minggu atau pada hari cuti umum malah di sini adalah tumpuan utama untuk lawatan anda ke Cameron Highlands.
Penginapan :
Olde Smoke House |
Terdapat banyak hotel yang sekitar Brincang. Di antara pertengahan jalan dari Pekan Tanah Rata ke Brinchang anda boleh singgah untuk melihat senibina lama Enggeris di Bala Chalet dan Olde Smoke House. Kedua-duanya menampilkan senibina kolonial lama yang dibina puluhan tahun lampau seawal pembukaan tanah tinggi ini.
Berdekatan Padang Golf , anda boleh memilih Casa De La Rosa, Cameron Highlands Resort (kadar hotel termahal di Cameron Highlands) atau memandu ke dalam sedikit untuk ke Strawberry Park Resort dan mungkin juga Rumah Rehat Pahang boleh menjadi pilihan. Kesemuanya maklumat harga dan kemudahan boleh anda perolehi dengan membuat pencarian di internet malah mungkin lebih murah jika melalui Agoda.com dimana kadang-kadang harga yang ditawarkan melebhi 50% diskaun berbanding anda menempah secara terus.
Pekan Brinchang |
Melewati Padang Golf anda akan menemui Hotel Titiwangsa dan Parkland Apartment serta Irish House. Terdapat juga Wira Angkasa Hotel di Jalan Kuari. Manakala sebaik anda memasuki Pekan Brinchang terdapat pelbagai pilihan hotel seperti Rossa Pasadena, Country Lodge Resort, Hotel Pelangi, Remix Hotel , Kowloon Hotel, Parkland Hotel Chua Hotel dan Star Regency. Bagi kemudahan holiday apartment, rasanya Villa Dahlia lebih menawarkan keselesaan dengan pemandangan Padang Golf. Bercakap mengenai padang golf, bagi pemain golf anda boleh merasai sendiri cabaran permainan 18 lubang dengan berjalan kaki tanpa merasai penat kerana suasana yang amat selesa.
Tempat Lawatan:
Bersesuaian dengan Pekan Pelancongan, apa kata anda singgah beberapa Ladang Starwberry samada di Kasimanis Farm bersebelahan Rumah Rehat Persekutuan atau saya ingin benar mencadangkan kepada anda ke Big Red Strawberry Farm berdekatan dengan Cactus Valley di Pekan Tanah Rata. Disini anda boleh melihat starwberry dan juga tanaman salad menggunakan teknik NFT. Bagi penggemar kaktus, Cactus Valley menawarkan pelbagai jenis kaktus untuk anda tetapi menggenakan sedikit bayaran masuk.
Bagi yang ingin menyelami kehidupan Orang Asli, apakata anda singgah di Kg Sungai Ruil di mana penempatan terdekat kaum orang asli dan terdapat galeri kebudayaan mereka untuk anda kunjungi.
Jika anda menghala ke atas atau Kea Farm, anda akan menempuhi Multicrop Arkeb iaitu salah satu hentian yang popular dengan pelbagai pilihan cenderehati dan nurseri tanaman ala dalam taman dan juga Uncle Sam Nurseri yang terletak bersebelahannya. Hanya bergerak ke depan sedikit anda akan menemui Chai Kok Lim Strawbery Park berdekatan Time Tunnel yang merupakan satu-satunya Muzium dan Galeri berkaitan sejarah silam Cameron Highlands.
Bila malam menjelang, pastinya Pasar Malam Brinchang menjadi pilihan utama bagi pelancong. Ia menawarkan pelbagai pilihan jualan pertanian baik cenderhati, makanan, strawberry , sayur-sayuran, baju dan juga pilihan teh dengan harga yang murah berbanding di pusat teh pengeluar terbabit.
Pasar Malam Brinchang |
Jika membeli jagung, terdapat dua jenis iaitu jagung Cameron Highlands dan jagung yang dibawa dari Malim Nawar, Gopeng dan Ipoh. Perbezaannya biasanya jagung Cameron tidaklah besar atau panjang dan menguncup dihujung. Bagi mereka yang ingin membeli strawberry, pembelian lewat malam sememangya menguntungkan. Dinasihatkan jangan membeli Strawberry yang dilapik dengan daun. Nampak cantik tapi kuantiti sedikit dan pastinmya tiada yang akan memakan daun strawberry. Bagi pilihan madu lebah , di pasar malam terdapat dua penjual yang sama dan datangnya dari Ladang Lebah di Habu. Secara peribadi, saya mempercayai madu ini berbanding yang dijaja.
Pada pagi Ahad, terdapat Pasar Tani Agrotourism di tapak pasar malam yang menawarkan pilihan yang sama untuk anda.
Makan-makan:
Brinchang Central Market |
Di Pekan Brinchang , pilihan makanan Melayu agak kurang. Mungkin bagi yang tidak kisah untuk menunggu bolehlah ke Pok Nik Ikan Bakar dan saya nasihatkan anda bertanya harga ikan terlebih dahulu. Jika ingin merasai keselesaan, saya cadangkan ke Alkif Kopitiam. Selain itu terdapat Fauzi Tomyam dan Medan selera bersebelah Brinchang Central Market yang menawarkan pelbagai pilihan baju-baju bertulisan Cameron Highlands.
Bagi yang inginkan steamboat, terdapat banyak kedai makan Cina yang menawarkan sajian ini tetapi jika was-was mungkin boleh singgah di Hotel Rossa Passadena atau kembali semula ke Tanah Rata seperti Glory 78 atau ke kedai makan di sebelah tapak pasar malam Tanah Rata.
Bagi yang tidak dapat meninggalkan selera fast food anda , maaflah, hanya terdapat KFC di sini. Atau anda boleh kembali ke Tanah Rata untuk Marrybrown dan juga Starbuck Coffee.
Terdapat sebuah Masjid di Bandar Brincang bertentangan dengan Balai Bomba dan Penyelamat.
Juga bagi anda yang memerlukan petrol, hanya Pekan Brinchang mempunyai Stesen Shell dan Petronas selain di Pekan Ringlet.
Bagi Klinik perubatan terdapat Klinik Wong yang dibuka sehingga malam Ahad dan Klinik Chiam dan Liew yang dibuka sehingga hari Sabtu. Bagi ibu bapa yang mempunyai masalah kesihatan anak-anak anda, saya mencadangkan Klinik Chiam kerana Dr. Chiam adalah pakar kanak-kanak dan menjadi pilihan ramai dikalangan ibu bapa tetapi hanya bertugas pada waktu7 hingga 9 malam sahaja. Selain daripada klinik terdapat Guardian Farmasi yang beroperasi sehingga pukul 10 malam.
(Dikemaskini pada 26 May 2011).
Jika anda merasakan artikel dan catatan ini membantu anda atau ada sebarang cadangan info untuk penambahbaikan, saya amat mengalu-alukan anda meninggalkan sedikit kata-kata di ruangan ulasan di bawah.
Terima kasih.
Monday, May 23, 2011
Kejadian Tanah Runtuh di Asrama Anak Yatim ....
mrkumai.blogspot.com ingin mengambil kesempatan mengucapkan salam takziah dan sama-sama berkongsi kesedihan diatas kejadian tanah runtuh yang mengorbankan 16 pelajar dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa.
AL FATIHAH...
AL FATIHAH...
*************************************************************************
(Petikan Utusan Online)
13 maut, 3 tertimbus
HULU LANGAT 21 Mei – Seramai 13 penghuni Rumah Anak- anak Yatim dan Anak-anak Kebajikan Madrasah Al-Taqwa, Felcra Semungkis, Batu 14, di sini, maut akibat tertimbus setelah tebing sebuah bukit berdekatan runtuh dan menghempap khemah yang mereka duduki.
Sehingga pukul 1.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa masih diteruskan dan terdapat tiga lagi penghuni dipercayai tertimbus.
Seorang mangsa tertimbus, Abang Iwan, 33, berjaya diselamatkan pada pukul 10.20 malam.
Mangsa yang maut dikenali sebagai Azrel, Nael, Eqim, Zaim, Rahimi, Angah, Boboy, Zaid, Abang Farid, Shahrul, Lokman dan Hasril berusia empat tahun hingga 30-an.
Mereka terdiri daripada 12 kanak-kanak dan seorang dewasa.
Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang mereka bersama yang lain berada di dalam khemah tersebut untuk berlatih nasyid bagi meraikan kedatangan rombongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pukul 5 petang.
Khemah itu dipasang untuk majlis tersebut yang terletak bersebelahan tebing.
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilakukan dengan membuat dua terowong turut mengalami kesukaran berikutan hujan lebat petang ini dan menyebabkan berlaku pergerakan tanah.
Seramai sembilan mangsa termasuk dua dewasa dibawa keluar dengan selamat. Kesemua mereka dihantar ke Hospital Ampang dan Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.
Mangsa yang terselamat pula dikenali sebagai Khairul, Hairis, Harris, Aizat, Alaudin, Shafiz, Akmal dan pekerja rumah berkenaan, Abang Din.
Dua mayat dibawa keluar pukul 4.25 petang diikuti mangsa-mangsa seterusnya kira-kira dua jam hingga tiga jam kemudian dan dibawa ke Hospital Kajang.
Rumah itu menempatkan seramai 49 orang yang terdiri daripada kanak-kanak yatim dan lima penjaga.
Seramai 500 anggota pasukan penyelamat terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat iaitu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Bangi, Kajang, Selayang, Serdang, Cheras dan Pandan, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela).
Mereka turut dibantu Unit Anjing Pengesan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah jentolak milik swasta.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, runtuhan tanah itu merupakan yang terburuk pernah berlaku dalam sejarah di kawasan tersebut.
Beliau berkata, pihaknya dan agensi penyelamat lain mengalami kesukaran mencari mangsa yang tertimbus kerana struktur tanah yang lembut serta bergerak.
Menurut Khalid, pasukan penyelamat terpaksa membuat dua terowong untuk mencari dan menyelamat mangsa yang tertimbus.
“Ekoran keadaan hujan, kemungkinan terdapat runtuhan yang akan berlaku di kawasan ini. Saya nasihatkan orang ramai agar tidak datang ke kawasan ini kerana berbahaya,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Gambar-gambar Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat
Friday, May 20, 2011
Kasih Ibu sampai ke akhir hayatnya...
Hari ini semasa membaca Kosmo ketika makan malam , aku terkesan dengan kisah seorang ibu yang sedaya upaya menyelamatkan 3 anaknya daripada menjadi mangsa kebakaran dan akhirnya beliau sendiri yang terkorban. Itulah kasih ibu kepada anaknya sehingga ke hujung nyawa.
Bacalah dan marilah kita mensedekahkan Al-Fatihah bagi yang beragama Islam... Alfatihah...
Oleh ADHAM SHADAN
ALLAHYARHAM Rafidah Ismail, 36, seorang ibu biasa yang terkorban ketika mengharungi dugaan luar biasa. Namun, apa yang berlaku kepadanya bagai manifestasi betapa agung dan agamnya kasih bonda yang bergadai nyawa demi anak-anak tercinta.
Sebagai ibu, dia bukan sahaja telah mengharungi sengsara sembilan bulan melahirkan zuriat, bahkan dia bergelut dengan api demi mendahulukan kasih sayangnya buat tiga cahaya matanya.
Pada pukul 1.30 petang, Jumaat dua minggu lalu, ketika khutbah berkumandang di mimbar-mimbar masjid, Rafidah dan tiga anaknya, Rashidah Illyana Zamri, 7, Zaim Shahrul Zamri, 6 dan Zaim Iqbal Zamri, 2 melalui detik cemas apabila rumah jenis teres yang didiami mereka di Taman Sri Guchil, Kuala Krai, Kelantan terbakar. Punca api dilaporkan bermula dari arah dapur.
Menurut akhbar, Rafidah tidak dapat menemui kunci pintu jeriji besi depan rumahnya mungkin dek kerana panik. Ia menyebabkan empat beranak itu yang berada di ruang tamu terperangkap dalam api yang makin marak.
Api menyambar tubuh
Lantas, Rafidah yang merupakan jururawat di Hospital Kuala Krai kemudian nekad memecahkan cermin tingkap. Dia kemudian memerah sekuat kudrat dengan membengkokkan palang besi tingkap untuk menyelamatkan anak-anaknya terlebih dahulu dengan mengeluarkan mereka menerusi tingkap. Mungkin itu hasratnya kerana jika diukur daripada saiz tubuh Rafidah yang agak besar dengan berat 85 kilogram tidak memungkinkan dia keluar daripada ruang tingkap yang kecil itu.
Bunyi kaca yang pecah telah mengundang tanya di hati jiran sebelah rumahnya, Hasnah Mahmood, 34, seorang wanita yang sedang sarat mengandung lalu bergegas ke rumah Rafidah dan terkejut apabila Rafidah memberitahu rumahnya terbakar.
Hasnah membantu Rafidah menyambut keluar anak-anaknya dari tingkap bermula dengan yang bongsu, anak kedua dan anak sulungnya.
Kala Rafidah mengeluarkan anak sulungnya, Rashidah Illyana, Hasnah sudah pun menyaksikan api menyambar belakang dan kepala Rafidah. Kisah tragis itu berakhir dengan Rafidah membawa naluri kasihnya sehingga ke liang lahad apabila ditemui rentung berdekatan pintu rumahnya oleh bomba setelah kebakaran berjaya dipadamkan.
Suaminya, Zamri Hamat, 38, yang merupakan seorang anggota tentera tiada di rumah pada masa kejadian kerana bertugas dalam operasi hutan di Grik, Perak. Sebaik sahaja menerima berita itu pada kira-kira pukul 2 petang hari kejadian, dia bergegas pulang dan tiba di Kuala Krai pada pukul 6 petang.
Zamri ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini, nampak tenang namun apa yang tersimpan dalam gejolak rasa lelaki cekal itu tiada siapa yang tahu. Bayangkan, hati suami mana yang tidak luluh apabila kepulangannya ‘disambut’ dengan jasad isteri yang sudah rentung tidak bernyawa.
“Arwah rentung sepenuhnya sehingga identitinya sukar dikenali. Saya tidak sangka ini terjadi kerana ketika saya menghubunginya malam sebelum itu tidak ada apa-apa yang membimbangkan melainkan arwah memberitahu anak yang bongsu demam. Tapi, ini semua ketentuan Ilahi yang tidak mampu dilawan. Sudah ditakdirkan Tuhan arwah dijemput ajal apabila tiba masanya, tidak lebih atau kurang sesaat pun. Saya reda,” ujarnya yang berkahwin dengan Rafidah pada tahun 2004.
Zamri berkata, Rafidah seorang ibu yang tegas, namun amat penyayang. Dia juga seorang yang amat mementingkan keselamatan anak-anak dan suka membantu orang lain.
Baru tiga minggu lalu, Rafidah membelikan banyak kain ela untuk dihadiahkan kepada ibu dan pengasuh anaknya selain untuk mereka sekeluarga bagi dibuat baju raya sempena Aidilfitri Ogos nanti.
“Anak-anak saya pun tidak banyak bercakap tentang hal itu mungkin mereka masih terkejut. Apabila saya tanya anak sulung, Rashidah cuma kata nampak api,” katanya.
Jeritan sayu Rafidah
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dalam pertemuan itu, anak bongsu, Zaim Iqbal banyak menangis dan cuba ditenangkan Zamri. Anak kecil itu seolah-olah dapat merasakan ibu yang selalu didampinginya tiada lagi di sisi. Rashidah dan Zaim Shahrul seperti kanak-kanak biasa yang mungkin masih mentah yang adakalanya berlari ke sana sini. Namun, bila disua untuk bercerita tentang tragedi yang membuatkan mereka kehilangan ibu sekelip mata itu, mereka enggan bersuara.
Bapa Rafidah, Ismail Hussin, 63, yang uzur dan adik Rafidah, Roziah Ismail yang berusia 20-an juga menerima trauma yang tidak kurang hebatnya. Mereka yang tinggal di taman perumahan yang sama sempat tiba di depan pintu rumah Rafidah, namun tidak berjaya menyelamatkannya.
Jeritan sayu Rafidah yang merupakan anak sulung: “Abah tolong Along!” dan “Ji, tolong Along Ji!” sehingga teriakan itu lenyap mungkin suatu yang sukar diasing daripada ingatan.
Ismail yang menghidap lelah hanya mampu termengah di depan pintu rumah dan terduduk selepas berlari ke situ, manakala Roziah mencuba pelbagai perkara untuk menyelamatkan kakaknya seperti mengetuk pintu jeriji besi dengan batu dan menghubungi pihak bomba.
Jika Ismail dan Roziah sempat tiba ke rumah Rafidah, ibunya, Romlah Mamat, 56, pula jatuh terguling di tengah jalan ketika berlari untuk ke rumah Rafidah sebaik sahaja dimaklumkan jiran berlaku kebakaran itu.
Bergelar jururawat, sifat membantu sebati dalam diri anak sulung enam beradik itu. Menurut Romlah, Rafidah seorang yang gemar menghulurkan bantuan kepada orang lain dan sebagai kakak dan anak yang sulung, dia sanggup berkorban.
“Sebelum ini dia berkhidmat sebagai jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu namun, meminta untuk berpindah ke Hospital Kuala Krai kerana mahu menjaga saya dan suami memandangkan rata-rata adiknya terpaksa tinggal di luar negeri ini atas tuntutan kerjaya dan keluarga.
“Ramai rakannya datang ziarah tadi dan ada yang memberitahu mak cik, Rafidah orang yang paling ceria di hospital. Lepas ini pasti mereka sunyi,” katanya.
Romlah juga tidak dapat membendung tangis, tatkala mengenangkan keanehan apabila anaknya itu menghadiahkannya kain ela untuk dibuat baju raya lebih awal daripada biasa pada tahun ini.
“Selalunya dalam dua bulan nak raya, tapi kali ini lebih awal. Dia sudahpun beri kain ela itu pada mak cik. Dia juga belikan kain ela untuk pengasuh anaknya yang juga adik mak cik,” katanya.
Seorang ibu saudara Rafidah, Raihaniah Yaakob, 62, menyifatkan ketiadaan Rafidah sebagai kehilangan yang besar bagi dirinya.
“Dialah yang banyak membantu apabila mak cik ke hospital dan menghubungi mak cik bertanya khabar kesihatan. Mak cik ni ada macam-macam penyakit, darah tinggi, kencing manis. Dia memang suka menolong siapa-siapa pun terutamanya orang tua. Dia juga merancang untuk membantu ayah mak cik yang sakit tua menjalani proses pembedahan di bahagian perut Julai ini,” katanya sebak.
Jirannya, Hasnah berkata, menyaksikan api yang sudah menyambar di kepala dan belakang Rafidah merupakan visual yang menerbitkan perasaan yang sukar diungkap dengan kata-kata.
“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya kala melihatnya dan melalui detik genting itu. Saya cuba menenangkan Rafidah untuk mencari kunci dan minta dia bertakbir. Namun, saya sendiri tidak dapat membayangkan bagaimanakah kalau perkara sebegitu berlaku kepada saya,” katanya yang menyifatkan Rafidah seorang jiran yang peramah.
Hasnah bagaimanapun tidak tahu bagaimana Rafidah membengkokkan palang besi tingkap itu. Menurut keluarga, ia dipercayai dilakukan dengan tangan Rafidah sendiri. Barangkali ada kekuatan yang diberikan Tuhan saat itu seiring kekuatan nalurinya untuk menyelamatkan anak-anaknya.
Takdir Tuhan juga, di saat semua barangan dalam rumah binasa, dua naskhah al-Quran dan lima helai kain ela yang diletak bersebelahan dengan kitab-kitab suci itu tidak dijilat api seperti yang dilaporkan Kosmo! baru-baru ini.
Walau apapun hikmahnya yang hanya diketahui Tuhan, namun, sekurang-kurangnya kain ela itulah kenangan dan penyambung kasih sayang Rafidah buat anak-anaknya walaupun dia sudah bersemadi di pusara.
Tips Melancong ke Cameron Highlands ... Tanah Rata
Catatan ketiga daripada lima siri dan untuk siri ini akan berkisar dengan Pekan Tanah Rata dan sekitarnya.
Pekan Tanah Rata |
Terdapat pelbagai agensi kerajaan seperti Pejabat Tanah, Majlis Daerah, Mardi, Jabatan Pertanian, Klinik Kesihatan, Hospital Sultanah Hajah Kalsom, Tenaga Nasional Berhad, Jabatan Alam Sekitar, Sekolah-sekolah, Masjid Daerah dan pelbagai lagi agensi kerajaan yang lain.
Lokasi Pekan Tanah Rata adalah terletak 13 km daripada Ringlet dan 5 km daripada Brinchang pada paras ketinggian 1300-1400 dari paras laut.
Pekan Tanah Rata terbentuk disepanjang laluan utama sepanjang 700 meter dikedua-dua belah selain daripada beberapa lokasi yang lain. Selain itu, penempatan di sini terdapat beberapa jenis seperti Taman Perumahan Awam, Kuarters Kerajaan , Banglo Rehat Persendirian dan hotel-hotel.
Tanah Rata juga dikenali sebagai pusat perbankan bagi daerah Cameron Highlands, terdapat Maybank, Agro Bank, Bank Simpanan Nasional, Ambank , Hong Leong Bank, Hong Kong and Shanghai Bank serta OSK Securities. Manakala CIMB mempunyai kioks ATM di hotel Planters.
Bagi kemudahan perubatan, terdapat klinik kesihatan , pergigian dan Ibu Anak serta Hospital Daerah iaitu Hospital Sultanah Hajjah Kalsom. Manakala bagi kemudahan klinik swasta terdapat Klinik Ayub bersebelahan Bank Simpanan Nasional dan Klinik Raj di Brij Court. Hanya terdapat satu klinik gigi swasta iaitu Klinik Daniel.
Kemudahan pengangkutan awam adalah sederhana. Terdapat banyak syarikat bas ekpress dan persiaran yang menawarkan perkhidmatan dari Kuala Lumpur seperti Unititi Ekpress, Kurnia Ekpress serta bas persiaran seperti GT Ekpress dan CS Travel. Manakala untuk atau dari Ipoh , Regal dan Perak Transit menawarkan perkhidmatan tersebut. Cuma bagi pengangkutan dosmetik agak terhad bagi pelancong yang ingin menggunakan kemudahan ini. Perkhdimatan teksi tiada disini tetapi diganti dengan Perkhidmatan Kereta Sewa bertikndak sebagai Teksi. Terdapat satu syarikat pelancongan iaitu TJ Travel yang menawarkan sewaan motorsikal secara harian.
Tempat dan Pusat Pelancongan:
Tempat Perlancongan di Tanah Rata dimulakan dengan Ladang Teh milik Bharat Tea Plantation yang dikenali dengan jenama Cameron Valley. Dipertengahan jalan diantara Ringket dan Tanah Rata terdapat saujana pemandangan ladang teh yang hanya terletak di tepi jalan.
Terdapat dua perhentian atau tea cenre yang disediakan. Pertama tea centre di laluan masuk ladang ini yang dibina pada pertengehan tahun 1990. Di sini anda boleh menghilangkan kepenatan pendakian laluan berliku daripada Tapah denga menikmati pelbagai citarasa teh keluaran ladang ini. Melalui pemandangan varandah tea centre, anda berpeluang melihat jalur-jalur tea dan pemandangan air terjun yang terletak di tengah ladang. Juga akan kelihatan , bangunan kilang teh dan kadang-kala anda dapat menghirup bauan daun teh yang sedang diproses. Cuma di pusat ini, tidak begitu sesuai bagi mereka yang ingin berjalan di rimbunan teh.
Bagi perhentian Tea Centre yang kedua, anda boleh melihat Ladang Bharat Tea melalui pemandang yang begitu menarik disamping menikmati pelbagai perisa tea.
Di sini anda boleh berjalan di celahan rimbunan daun teh dengan menuruni tangga dihujung tea centre. Membeli teh yang mempunyai pelbagai perasa dibawah jenama Cameron Valley boleh dilakukan di sini juga. Jika tidak membeli teh di sini,Cameron Valley ada menyediakan kedai teh di Pekan Tanah Rata di pejabat utama mereka.
Apabila sampai di Pekan Tanah Rata, terdapat beberapa pusat tarikan pelancongan antaranya Stesen Mardi atau Mardi Agrotourism Park. Stesen ini adalah stesenyang dibina seawal pembukaan Cameron Highland dengan kini menawarkan teknologi pertanian di Malaysia contohnya teknik tanaman strawberry berserta pemprosesan hiliran, taman herba, tanaman anggur dan epal, plot kajian sayuran, Taman Inggeris dan plot bunga yang boleh anda pilih sendiri dengan memetik bunga pilihan anda.
Terbaru Kilang Teh yang tertua di Malaysia telah dibuka untuk kunjungan selepas dibaik pulih tahun lalu. Terdapat agrobazar yang menyediakan pelbagai produk makanan berasaskan sektor hiliran. Juga terdapat dua cottage Engeris yang boleh disewa melalui laman web Mardi pada harga yang murah.
Bagi perhentian Tea Centre yang kedua, anda boleh melihat Ladang Bharat Tea melalui pemandang yang begitu menarik disamping menikmati pelbagai perisa tea.
Di sini anda boleh berjalan di celahan rimbunan daun teh dengan menuruni tangga dihujung tea centre. Membeli teh yang mempunyai pelbagai perasa dibawah jenama Cameron Valley boleh dilakukan di sini juga. Jika tidak membeli teh di sini,Cameron Valley ada menyediakan kedai teh di Pekan Tanah Rata di pejabat utama mereka.
Semasa pukul 12 tgh |
Terbaru Kilang Teh yang tertua di Malaysia telah dibuka untuk kunjungan selepas dibaik pulih tahun lalu. Terdapat agrobazar yang menyediakan pelbagai produk makanan berasaskan sektor hiliran. Juga terdapat dua cottage Engeris yang boleh disewa melalui laman web Mardi pada harga yang murah.
Perkampungan Melayu Kg Taman Sedia
Di Tanah Rata juga menghala ke Brinchang anda boleh memasuki Kg Taman Sedia yang merupakan penempatan Melayu terawal di Cameron Highlands. Istimewanya disini, anda akan dapat melawati terus ladang-ladang strawberry yang diusahakan seperti Khairani Haji Mohamad Farm, Ros Strawberry Farm dan Al-Mashor Farm. Hanya perlu meletak kenderaan di bahu jalan dan terus masuk ke dalam ladang. Anda boleh mengalamai sendiri memetik buah strawberry serta menikmati pelbagai produk makanan daripada buah strawberry.
Parit Fall |
Tanah Rata lebih menawarkan pilihan makanan Melayu melalui beberapa kawasan perniagaan yang disediakan. Anda boleh memilih kedai-kedai makan di sepanjang laluan utama sama ada medan selera baru ataupun yang lama.
Penginapan :
Terdapat dua jenis penginapan di Tanah Rata iaitu Hotel dan Holiday Apartment.
Hotel yang terdapat disini kalau mencari kelas, anda boleh ke Heritage Hotel, Century Pines Resort dan De La Fern. Purata harga sekitar RM 160 ke atas untuk semalam. Hotel yang sederhana seperti Hotel Planters yang baru dibuka dan Hotel Cool Point. Manakala hotel murah dan budget seperti Camelia, Alina Hotel Kang Hotel, Mutiara Hotel, Highlander Hotel dan Camlodge. Bagi yang sukakan jenis backpacker biasanya Kang Guest House , Pine, Father Guest House dan Cameron Inn. Anda boleh mencari info semua hotel ini malalui carian di internet.
Apartment Arabella |
Cuma perlu diingatkan, Holiday Apartment ini bukanlah holiday apartment khusus tetapi lebih kepada apartment peribadi di kawasan perumahan. Mungkin barangkali tidak seselesa di resort ataupun hotel tetapi fikirkan juga ketidakselesaan yang turut dirasai oleh penghuni tetap dengan kesesakan ketika hujung minggu.
Jagailah kebersihan kerana sebagai penduduk tetap di kawasan terbabit seringkali mengeluh bilamana penyewa holiday apartment bukanlah yang mementingkan kebersihan. Senario seperti meninggalkan sampah di tempat letak kereta selepas mengemas barang di kereta amat biasa dilihat. Belum lagi membuang sampah di hadapan pintu apartment masing-masing atau membuat bising pada waktu malam. Juga perhatikan terlebih dahulu kawasan petak letak kereta samada dimilik secara individu ataupun awam. Bimbang pula nanti ada kereta yang diletak sampah atau double parking kemudian yang pastinya merencatkan keseronokan percutian anda.
Lokasi-lokasi apartment percutian seperti Puncak Arabella, Jasar, Carnation Park, Oly Apartment, Prima Villa, Royal Lili, Brij Court , Anthurium dan Park View. Cuma saya nasihatkan anda lebihkan sedikit cerewet jika mempunyai banyak pilihan penginapan dengan melihat terlebih dahulu lokasi dan cubalah tawar menawar kecuali waktu puncak.
dikemaskini pada : 28 May 2011: catatan ini akan dikemaskini secara berperingkat..maklumlah mencuri dan mencelah masa yang boleh....
Jika anda merasakan artikel dan catatan ini membantu anda atau ada sebarang cadangan info untuk penambahbaikan, saya amat mengalu-alukan anda meninggalkan sedikit kata-kata di ruangan ulasan di bawah.
Terima kasih.