Monday, September 20, 2021

Takau Ekor Panjang ( Long Tailed Broadbill)

Lama tak memburung, kali ni saya bertemu semula burung ini selepas kali terakhir sekitar bulan Februari 2019. 

Kali ini pertemuan saya dengan dia tidak 'keseburungan' kerana bukan seekor tetapi 7 ekor yang melintas di kawasan ini. Namun dari 7 hanya 3 ekor ini yang mesra sedikit memberikan posing untuk diambil gambar biarpun hanya seketika. 

Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Burung Hujan-hujan . Ia juga dikenali sebagai burung Takau Ekor Panjang. Nama sainsnya ialah Psarisomus dalhousiae, Burung ini yang menarik pada saya ialah kekemasan warna bulunya baik di kepala dan badan bagaikan ada garisan yang memisahkan warna terutama warna hitam dan kuning di kepalanya. Saiz badannya sekitar sejengkal iaitu 20-30 cm. Tak pasti pula betina ke jantan burung-burung ini. 

Dan inilah pertemuan kedua kami setakat ini di lokasi yang sama. Sessi memburung waktu rehat kerja saya kali ini menemukan juga kali pertama Kelicap Gunung dan juga Burung Murai Hitam Merah yang akan saya kongsikan dalam album masing-masing sebagai arkib simpanan gambar saya.











Murai Hitam Merah (Black-and-crimson Oriole)

Burung Dendang Mas ini saya temui minggu lepas masa yg sama saya temui Takau Bayan. Burung ini saya tidak pernah tahu ID nya sehingga ia dirakamkan gambarnya. Nama tempatan yang lebih popular adalah Burung Murai Hitam Merah. 

Nama enggerisnya adalah Black-and-crimson Oriole dengan nama saintifiknya pula adalah Oriolus cruentus. Bagi spesis di Malaysia ia adalah Oriolus cruentus malayanus dan kebiasanya boleh ditemui di kawasan tanah rendah tropikal ataupun hutan montane. 

Burung ini berada tinggi di atas pokok dan dari pembacaan saya Burung Murai Hitam Merah ini bukanlah jenis yang sukar atau rare tetapi kerana ia sangat pemalu adalah sukar untuk menangkap gambarnya secara terbuka kerana sering berada di belakang ranting dan semak. Yang ini saya temui nun jauh di atas pokok dan sedikit backlight. Tetapi cukup untuk saya simpan sebagai arkib simpanan koleksi burung saya. Bolehlah ya...






Murai Ekor Gading (Asian Paradise Flycatcher)

Murai Ekor Gading ini saya temui 3 minggu lepas tetapi terlupa letak sd card kamera. Nasib jumpa balik SD Card sebab kali pertama saya jumpa dia adalah tahun lepas dan agak lama nak jumpa semula di kawasan kerja saya ini di Cameron Highlands. 

Jadi kena simpan cepat-cepat sebagai arkib burung yang pernah saya temui. Burung ini dikenali sebagai Asian Paradise Flycatcher. Nama saintifiknya adalah Terpsiphone paradisi . 

Burung ini sangat cantik jika dapat bertemu yang berekor panjang. Ada dua warna dengan yang perang ini rasanya betina manakala yang jantan adalah putih. Anda perlu google gambar burung ini untuk melihat sendiri keunikan burung ini. Harap-harap ada rezeki saya untuk bertemu yang berekor panjang warna perang dan putih.






Pucung Seriap (Grey Heron)

Sepanjang 2 tahun lebih memburung di Cameron, Highlands, inilah kali pertama saya nampak burung Pucung Seriap ini. Selalunya hanya Purple Heron atau Pucung Serandau. 

Jadi biarpun gambar2 ini yang tak berapa jelas dan cantik ditambah masa tu hujan lebat dan agak terlalu jauh untuk lensa pendek saya, saya buat album ini sebagai arkib simpanan saya semata sebagai buat pertama kali saya temuinya di Cameron Highlands. . 

Burung Pucung Seriap ini adalah salah satu daripada spesis keluarga pucung. Burung ini dikenali dengan nama tempatan yang lain iaitu Burung Bangau Air. Nama enggerisnya Grey Heron. Manakala nama saitifiknya adalah Ardea cinerea dan sub spesis yang ditemui sekitar Malaysia, Jepun, China, Indchina, Sumatera dan Kepulauan Jawa adalah Ardea cinerea jouyi. 

Burung ini bersaiz agak besar sekitar 2 kaki lebih dengan leher yang panjang. Warnanya jelas kepada kelabu dengan bulu di bahagian bawah kepaknya bewarna hitam yang akan kelihatan jika ia terbang. 

Burung ini agak tenang dan tidak bergerak terlalu laju. Jadi untuk mengambil gambarnya agak mudah walaupun dari jauh. Burung-burung hijrah nampaknya dah singgah dan sampai di Cameron Highlands seminggu dua ni.





Burung Pucung Cina (Burung Pucung Cina)

Burung ) ini adalah burung hijrah dan selalunya akan singgah di Cameron Highlands beberapa bulan. Dan untuk tahun 2020, saya menemui mereka mendarat di sini sejak 2 minggu sudah namun dalam jumlah yang kecil sahaja kali ini. 

Tiada burung betina yang saya temui setakat ini. 

Burung ini dikenali dengan nama tempatan sebagai Bangau Cina, Burung Baju Tampung, Burung Pucung Cina, Burung Pucung Danau Cina dan Burung Pucung Padi. 

Nama saintifik burung ini adalah Ardeola bacchus dan spesis ini ditemui di kawasan tanah rendah sekitar Asia Tenggara dan juga Kepulauan Sunda Besar iaitu sekumpulan pulau besar di dalam Kepulauan Melayu yang terdiri daripada Sumatera, Jawa, Borneo, dan Sulawesi mengikut rujukan Clement List. 

Ini adalah koleksi burung jantan, Setakat minggu ni saya masih belum menemui burung betina. Burung betina mempunyai warna bulu yang merah. Burung jantan ini bewarna kelabu dengan saiz sekitar 30-45 cm dan bercorak kelabu putih dibahagian leher ke bawah. Burung ini mempunyai leher yang panjang jika ianya beridiri sepenuhnya. Paruhnya pula sederhana panjang. Burung ini memakan ulat dan serangga kecil.







Zappey's Flycatcher.

 Seawalnya saya keliru dengan ID burung ini kerana tidak pernah saya temui setakat ini dan samar-samar dengan beberapa ID burung yang seakan sama sepertinya. Namun dengan pertolongan otai2 birder saya dapat ID sebenar burung ini iaitu Zappey's Flycatcher. 

Nama tempatannya juga tidak diketahui dengan hanya nama saintifiknya adalah Cyanoptila cumatilis. Burung ini berasal dari Tengah Negara China dan ketika musim sejuk mereka akan ke Asia Tenggara seperti Semenanjung Malaysia dan Thailands. 

Jenis burung ini pertama kali saya temuinya kelmarin di tempat kerja saya dalam kawanan sekitar 3 atau 4 ekor. Hari ini dah tak nampak pulak. Kata Otai Birder biasanya dia akan berada sekitar 3-4 hari sahaja di suatu kawasan sebelum bergerak lagi ke lokasi lain dan ini mengesahkan kenapa saya tidak menemui lagi di lokasi yang sama sejak semalam . 

Yang saya temui ini adalah burung jantan dengan warna biru muda dan berdada putih. Ada carikkan warna kehitaman sedikit di sekitar leher dan juga matanya. Besarnya sekitar 20-30 cm sahaja yang saya temui semalam. 

Apapun saya rasa bertuah kerana perasan dengan kehadirannya kali ini di Cameron Highlands. Terima Kasih kepada otai birder Ustaz Suhaimi My dan Cikgu Hooi Kum Woh yang membantu carian ID burung ini. 

Mereka ini sentiasa membantu. Tambah racun sikit; Hari ini nampak Cecawi anting-anting sayup terbang jauh di seberang lembah ... ini lagi geram wooo.. tapi tak sempat nak ambil gambar ....








Punai Tanah (Emerald Dove)

Burung Punai Tanah atau Emerald Dove ini telah saya temui dua minggu lepas sebenarnya. Agak lama saya tak mengambil gambar burung sejak dua menjak ini sebab kesibukan dalam kerja harian.
Burung Punai Tanah ini dua kali saya temui tetapi tidak membawa kamera pada pertemuan pertama.
Saya sebenarnya agak keliru nama saintifiknya kerana ada beberapa subspesis namun jika dilihat taburan di India hingga ke Asia ia adalah indica, jadi saya konsikan sebagai Chalcophaps indica sahaja dahulu.
Saya rasa burung ini jantan kerana mempunyai strike putih dibahunya dan sedikit warna perang di atas kepalanya.
Harap-harap saya dapat temuinya semula nanti sebab masa saya temuinya hari itu agak singkat di pinggir jalan. Hajat di hati kalaulah dapat background semak-semak sikit ...








Terkukur Api (Litle Cuckoo-Dove)

Burung Terkukur Api atau di dalam bahasa enggerisnya dikenali sebagai Litle Cuckoo-Dove ini ditemui beberapa kali sejak kelmarin di kawasan kerja saya. Saya perhatikan ada sepasang burung ini beserta seekor yang bersaiz kecil mungkin anak mereka.
Burung ini pernah saya temui beberapa kali sejak bulan lepas namun tidak terlalu jinak dan jauh pula untuk diambil gambar mereka.
Alhamdulillah rezeki minggu ini mereka seakan jinak di pokok yang sedang berbuah kecil ini.
Nama saintifiknya adalah Macropygia ruficeps dan spesis yang ditemui di Malaysia adalah Macropygia ruficeps malayana.
Badannya berwarna oren yang berbintik dan perang gelap dibahagian belakang serta kepalanya bewarna oren jugak. Mungkin sebab itu ianya digelar Terkukur Api dan badannya bersaiz lebih kecil berbanding burung terkukur atau punai.
Seronok juga melayan burung terkukur api bilamana ianya jinak ketika makan buah kecil.













Sambar Biru Hijau (Verditer Flycatcher)

Burung Sambar Biru Hijau ini saya temui di kawasan kerja saya kelmarin. Nama lain burung ini adalah Burung Sambar Ranting.
Nama enggerisnya adalah Verditer Flycatcher. Nama saintifiknya pula adalah Eumyias thalassinus.
Spesies ini dinamakan sempena warna biru tembaga-sulfat yang tersendiri dan mempunyai lingkaran atau garis besar yang gelap antara mata dan kepalanya.
Ini adalah burung jantan dewasa.