Monday, August 16, 2021
Sunday, August 15, 2021
Kes harian 8-15 Ogos 2021
Saya sekadar nak kumpulkan laporan kes harian yang dicatakan dari 8 hingga 15 Ogos 2021.
Tercatat 21,668 kes harian pada 12 Ogos 2021 sebagai rekod kes harian tertinggi setakat ini manakala 8 Ogos 2021 menyaksikan seramai 360 pesakit COVID-19 telah meninggal dunia dan jumlah ini merupakan jumlah kematian tertinggi sehari setakat ini.
102 Kes Positif harian di Cameron Highlands
Hari ini 102 kes positif harian dicatatkan di Cameron Highlands dan ini menjadikan rekod kes harian tertinggi setakat ini.
Kluster terbaru iaitu Kluster Kampung Orang Asli Terisu mencatakan 121 kes positif dalam tempoh dua hari selain Kluster Blue Valley dan juga Kluster Desa Corina yang masih aktif.
Saturday, August 14, 2021
Kluster Terisu di Cameron Highlands
Kluster Kampung Orang Asli Terisu dikesan dengan 34 kes positif dikesan pada hari pertama kes induk dilaporkan.
Lokasi Kampung Orang Asli ini adalah di Kuala Terla dengan kedudukan kampung ini dikelilingi kebun-kebun sayur dan ramai juga penduduknya yang bekerja di sekitar kebun-kebun sayur ini. Selain itu juga terdapat ramai pekerja asing di kawasan sekitar ini.
73 kes positif harian di Cameron Highlands.
73 kes dilaporkan di sekitar Cameron Highlands pada hari ini. Ini adalah rekod tertinggi kes harian dilaporkan di daerah ini. Penyumbang utama kes harian ini adalah Kluster terbaru iaitu Kluster Kampung Orang Asli Terisu.
Malah dijangkakan akan lebih banyak kes positif di kesan di kawasan ini dengan jangkaan esok bakal mencatatkan lebih 100 kes positif.
Thursday, August 12, 2021
Kluster Blue Valley
Kluster Blue Valley dikesan di Kampung Raja di mana sebanyak 21 kes dilaporkan. Ini adalah kluster keempat dikesan di Cameron Highlands iaitu Kluster Floral Blue Valley, Kluster Kailan Tringkap dan Kluster Desa Corina Kampung Raja.
10 kes harian di Cameron Highlands.
10 kes hari dikesan di Cameron Highlands dan 1 Kluster baharu juga dikesan iaitu Kluster Blue Valley dengan 21 kes dilaporkan melibatkan kluster ini
Wednesday, August 11, 2021
10 kes di Cameron Highlands
10 kes harian dilaporkan di Cameron Highlands seperti perincian kes dibawah:
sumber Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Tuesday, August 10, 2021
13 kes harian di Cameron Highlands
Terdapat 13 kes harian di Cameron Highlands hari ini dengan Kluster Desa Corina masih berkembang jumlah kes terkumpul sebanyak 102 kes.
Monday, August 9, 2021
Jenis Varian Covid-19
Jom kenali varian COVID-19 yang telah dikenalpasti di dunia. Kesan varian ini berbeza dengan yang lain dan ada antaranya amat merbahaya.
Sunday, August 8, 2021
14 kes harian di Cameron Highlands
Hari ini 14 kes positif harian dilaporkan di Cameron Highlands seperti perincian kes dibawah.
Sumber Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Saturday, August 7, 2021
29 kes positif harian di Cameron Highlands
Hari ini Kluster Desa Corina menyumbangkan 11 kes positif harian di Cameron Highlands, namun lebih membimbangkan terdapat pelbagai loksai turut menyumbangkan kes positif harian dengan jumlah 29 kes keseluruhan direkodkan seperti perincian dibawah:
Sumber Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Friday, August 6, 2021
5 kes positif harian di Cameron Highlands
4 kes positif harian dari Kluster Desa Corina serta 1 kes dari lokasi lain menjadikan 5 kes secara harian dilaporkan di Cameron Highlands hari ini seperti perincian di bawah:
Sumber Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Thursday, August 5, 2021
6 kes positif harian di Cameron Highlands
Kampung Orang Asli Terisu hari ini menyumbangkan 3 kes harian positif. Ini agak membimbangkan kerana lokasi kampung ini dikelilingi kebun-kebun sayur dan ramai penduduk kampung turut bekerja di kebun-kebun sekitarnya.
6 kes dilaporkan hari ini.
Sumber Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
Wednesday, August 4, 2021
21 kes positif harian di Cameron Highlands
21 Kes positif harian dilaporkan di Cameron Highlands dan lokasi Desa Corina amat membimbangkan dan kemungkinan telah wujud satu kluster di lokasi ini.
Sumber Facebook Jabatan Kesihatan Negeri Pahang