Friday, April 12, 2019

Stone Valley Steamboat and Grill di Taman Sedia

Saya nak maklumkan bahawa De Bamboo Steamboat and Grill sudah berpindah tempat tetapi masih lagi di dalam KAMPUNG TAMAN SEDIA.

Namun mereka kini dikenali dengan nama STONE VALLEY STEAMBOAT & GRILL. 


Saya dah pergi mencuba dilokasi baru mereka yang lebih luas minggu lepas sempena sambutan hari lahir anak perempuan saya yang ringkas di sana.

Harga pakej Rm 35 dewasa Dan RM 18 bagi kanak-kanak.
Hubungi mereka untuk lebih perincian. 


Monday, April 1, 2019

Penutupan Jalan sempena Cameron Night Run 2019


Malam esok atau tepatnya awal pagi esok akan berlangsung Cameron Night Run atau CAMRUN melibatkan larian Malam 5 km, 10 km dan 21 km dari Padang MDCH ke beberapa lokasi laluan larian.

Dan petang tadi dari jauh saya terlihat pemberitahuan penutupan jalan samada sepenuhnya atau separa tutup secara berperingkat. Perincian boleh ditanya kepada pihak penganjur CAMRUN... jangan tanya saya ya.. saya kongsi and maklumat yang saya nampak. 

Jadi rancang perjalanan anda. Tengah tengah Malam rasanya dalam bilik dah tu... 

Tapi kalau melalui kawasan penginapan anda, boleh aje bawak kerusi dan menyokong pelari yang melintas.  Bagi sokongan ke... ajak mereka  bersteamboat ke..  ajak minum Teh O panas ke...

Glow the dark with neon...  bling2 kan suasana..

Ini adalah acara larian kedua melibatkan waktu malam  di Cameron Highlands iaitu CULTRA yang bermula 3 pagi ....