Thursday, March 21, 2019

White Chalet , penginapan dalam kebun sayur...

Saya Mau share yang ini..

Walaupun saya tak pernah masuk ke sini, tapi setiap kali melihatnya dari luar sejak setahun lebih ni agak mengujakan.

Yang saya maksudkan adalah WHITE CHALET di Lembah Bertam, Ringlet, Cameron Highlands.


Ini baru penginapan dalam Kebun sayur dengan pemandangan kebun sayur dan kebun bunga di lembahnya yang amat cantik.



Saya kenal pemiliknya.... Tapi dia tak pernah ajak pun .. kih kih... jangan marah Abg Nazri..
Pemiliknya juga seorang pekebun bunga dan sayur yang berjaya dikalangan pengusaha Bumiputera Melayu.

Lokasi WHITE CHALET di Lembah Bertam ini menghala laluan masuk ke Pos Lemoi dan dari tempat kerja saya sekitar 3-4 km sahaja ... Dari Pekan Ringlet sekitar 8 km lebih sikit.

Chalet ini jauh dari pekan Ringlet tapi berbaloi sebab suasana kebun yang asli.


Jadi anda perlu membuang semua gaya kebandaraan anda dan nikmati suasana di sini sepenuhnya ..



Hubungi mereka di laman FB White Chalet...

saya kongsi aje maklumat mereka.. lalu selalu.. masuk tak pernah.....

Ramalan Cuaca di Cameron Highlands sepanjang cuti sekolah seminggu Bulan March 2019

Panjang kan tajuknya .

Sebab inilah soalan yang sama hampir setiap hari diterima dari rakan pembaca. 

Mereka nak tahu cuaca di sini, aliran trafik dan ramai atau tidak.

Bagi ramalan cuaca saya kongsikan sahaja dari laman MET Malaysia atau Jabatan Kaji Cuaca Malaysia. 

Sampai hari Rabu sahaja ya. anda kena klik lagi MET Malaysia tu sabtu ini. 





Wednesday, March 20, 2019

Pasar Malam Cameron Highlands di cuti sekolah bulan 3


Mulai lusa, yakni Jumaat, 22 March 2019 hinggalah ke Sabtu depan, Pasar Malam Cameron Highlands akan dibuka setiap hari bermula pukul 4 petang hingga 10 malam.

Kenapa ya dibuka???? 

Sebabnya cuti sekolah seminggu....

Tak percaya??? 

Tanya Majlis Daerah Cameron Highlands selaku agensi tempatan di sini. Malah dapatkan maklumat lanjut berkaitan aktiviti Dan tempat menarik untuk percutian di sini dari mereka.  Pasti mereka dapat membantu anda... 

Selamat bercuti....

* saya taip awal2 sebab nak menjawab soalan yang diterima mengenai Pasar Malam Cameron Highlands untuk cuti sekolah ini...

Sunday, March 17, 2019

Ceramah Isra' Mikraj di Cameron Highlands 2019.


Yang bercuti dan juga berada di Cameron Highlands pada 27,28 dan 29 March 2019, bolehlah singgah mendengar bual bicara Isra' Mikraj bersama Pencetus Ummah Jemputan di 3 buah masjid di Cameron Highlands.

Semuanya selepas Maghrib...

Inshallah...

Wednesday, March 13, 2019

Musim Anggur bulan March 2019 di Cameron Highlands


Saya menerima soalan, adakah musim anggur masih ada di Cameron Highlands pada bulan march 2019.

Saya boleh sahkan untuk Kebun Anggur di Lembah Bertam telah habis musimnya. 

Manakala hasil pertanyaan saya kepada rakan-rakan yang berdekatan dengan Kebun Anggur di Blue Valley, ia masih ada dan dibuka kepada kunjungan pelancong. Kebun Anggur ini adalah milik KC. Kwang Grape Farm.

Saya kongsikan mengenai kebun anggur KC Kwang ini dalam catatan awal saya. Masih sama.  

Klik KC KWANG & SON GRAPE FARM dan untuk ke kebun ini saya kongsikan panduan arah di SINI.

Yang ingin mencari penginapan anda kelak, kami ada menawarkan khidmat homestay & apartment percutian di ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT ... klik di SINI

Tuesday, March 12, 2019

CAMRUN 2019


Nak bagitau sesiapa yang ingin mrmbuat perancangan nak bercuti di Cameron Highlands pada  30-31 March 2019, sila buat perancangan sewajarnya dari segi tempahan penginapan sebab ada acara larian malam di Tanah Rata, CAMRUN 2019 bermula 0005 31 March 2019. 

Dianggarkan lebih 1,000 peserta mengambil bahagian dan dijangka akan membuat tempahan penginapan juga. 

Jadi, merancanglah tempahan penginapan anda seawalnya ... 

Ada yang akan menyertai larian ini??? Kategori apa... 5 km... 10 km.. 21 km... sila angkat tangan... 🤚

Saturday, March 2, 2019

Hujung minggu pertama bulan March 2018...


Salam hujung minggu pertama bulan March 2018... 

Sempena lepas gaji dan alasan ingin mencari sejuk di kala musim panas membahang di bawah sana, pengamatan saya sejak semalam, Cameron Highlands sudah dibanjiri lebih Ramai pelancong berbanding minggu lepas dan sebelumnya..

Saya balik kerja semalam di Bharat Tea Shop 2 masih dibuka walaupun sudah 6.40 petang dengan deretan kereta parkir di sana. 

Selamat bercuti....

* gambar ni gambar lama....

Musim Durian Cameron Highlands kembali...


Musim durian di Cameron Highlands telah bermula sejak sebulan yang lalu. Kali ini boleh saya istiharkan memang durian Cameron Highlands sebab sumbernya dari kawasan perkampungan Orang Asli sekitar Jalan Bertam Valley ke Pos Betau atau Sungai Koyan.

Musim durian kali ini memang menjadi selepas dua tiga tahun sekadarnya. 

Harga jualan sekitar Rm 4-12 sekilogram ikut si penjual yang bersusah payah masuk ke Kampung Orang Asli dan meraih durian sebelum membawanya ke kawasan pekan. 

Selamat menikmati durian bukit Cameron Highlands.