Monday, February 26, 2018

Koleksi Catatan Burung di Cameron Highlands

Saya minta maaf andai ini bukan catatan mengenai aktiviti perlancongan yang anda cari. 

Saya kali ni buat satu 'catatan koleksi catatan mengenai burung-burung di Cameron Highlands' yang saya temui dan kongsikan dahulu. 


Semua catatan dibawah ini lebih kepada koleksi gambar sebenarnya kerana saya tidak arif langsung mengenai dunia burung ini. Sekadar nak tangkap gambar sahaja. 

Jadi kalau ada salah mengenai info burung ini, sila tegur di ruangan komen ya. Saya dahulukan  ucapan terima kasih atas perkongsian info daripada anda itu. 

Klik di atas catatan dibawah untuk ke catatan yang berkaitan:
  1. Female Oriental Magpie Robin
  2. Kelicap Emas 
  3. Terkukur 2
  4. Merbah Tanah 2 
  5. Merbah Kapur
  6. Terkukur 1
  7. Merbah Jambul Hitam
  8. Merbah Tanah
  9. Pipit Pinang
  10. Pipit Erausion
  11. Panca Warna
  12. Layang-layang
  13. Tiong Gembala Kerbau
  14. Terkukur
  15. Merbah Jambul di Lembah Bertam
  16. Lonchura Maja
  17. Magpie Robin
  18. Merbah Jambul di Tanah Rata
  19. Merbah Jambul Hitam 2
  20. Asian Glossy Starling 
  21. Spotted Dove 3
  22. Spotted Dove 5
  23. Stripe Throated bulbul
  24. Gretear Coucal
  25. Chesnut Capped Laughingthrush
  26. Red-whiskered bulbul
  27. Stripe Throrted bulbul 
  28. Taiga Flycatcher
  29. .... akan datang ....
Akan ditambah lagi dari masa ke semasa. Kalau rajin dan mempunyai kesabaran yang tinggi. 

Friday, February 23, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Female Oriental Magpie Robin

Burung Magpie Robin atau murai ini rupanya ada jantan ada betina. Saya ingatkan sama sahaja jenisnya namun ternyata ada perbezaan. 


Yang jantan, warna kepala adalah hitam sama warna dengan hitam sayapnya namun bagi FEMALE ORIENTAL MAGPIE ROBIN warna kepalanya adalah kelabu. 

 


Thursday, February 22, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Kelicap Mas

Saya tak pasti adakah benar nama burung ini KELICAP MAS. Sebab sayapuas membuat carian untuk padankan namanya di laman web, namun agak sukar kerana ciri-ciri badannya tidak kelihatan.


Kalau betul tolong sahkan dan jika salah, tolong tegur di ruangan komen. Terima kasih saya dahulukan.


Dia sedang mengeram telurnya sejak 3 hingga 4 hari yang lalu dan tidak bergerak walaupun saya hampiri sekitar 10 meter jaraknya.


Nak tangkap, kesian pula sebab sedang mengeram anak dan bukan niatsaya nak kurung dan bela. Jadi saya tangkap gambarnya sahaja.



Koleksi Burung di Cameron Highlands: Terkukur 2

Ini adalah koleksi BURUNG TERKUKUR yang saya temui tengahari semalam di Ringlet. Tengah mengumpul daun rumput kering nak buat sarang.


Saya cari jugak lokasi sarangnya, tapi berada di cerun bukit dikelilingi paku resam. Barangkali dia nak bertelur ni.





Wednesday, February 21, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Merbah Tanah 2

Ini rasanya masih spesis merbah sebab sama macam merbah jambul dan kapur. Ada garisan "mata zorro" tapi saya rasa sahaja. Kalau salah tolong betulkan.

Rujukan saya di laman web rasanya BURUNG MERBAH TANAH.


Saya temui petang tadi di Lembah Bertam, Ringlet.



Koleksi Burung di Cameron Highlands: Merbah Kapur

Hari ini saya temui lagi spesis burung merbah di sekitar Lembah Bertam dan Ringlet.


Rujukan di laman web menyatakan ianya adalah BURUNG MERBAH KAPUR atau dalam bahasa Enggerisnya Yellow Vented Bulbul.



Macam sama dengan Merbah Jambul tetapi yang ini hanya ada strike warna hitam di kepala tanpa berjambul.

Ekornya ada bewarna kuning dibahagian dalam.




Kalau salah tolong betulkan ya. Saya tak de ilmu langsung dalam arena burung ini. Sesaje seronok ambik gambar di musim burung keluar di Cameron Highlands ni. 



Koleksi Burung di Cameron Highlands: Burung Tekukur @ Merbuk

Koleksi kedua terkukur bewarna pink ini di lokasi yang sama di hari yang berbeza sebelum dia menghilangkan diri selamanya. 


Dah Tak ada bunyi kukurannya yang kuat di kawasan tersebut. Mungkin dah jumpa pasangannya dan tak perlu lagi nak mengoda dari jauh.


Koleksi Burung di Cameron Highlands: Merbah Jambul Hitam

Ini adalah burung yang saya harap dapat temui semula di sini. Saya tak bersedia ketika ianya tiba-tiba muncul dan pergi pula dengan begitu pantas.

Dari carian google, saya temui namanya, MERBAH JAMBUL HITAM.


Koleksi Burung di Cameron Highlands: Merbah Tanah

Ini antara sesi yang saya ralat sangat.

Sebabnya kecuaian sendiri menyebabkan saya hanya ada 3 keping gambar burung ini.

Apa yang ralatnya? Saya terlupa nak masukan memory card saya dalam kamera dari laptop saya. Bila dah ambil semula, baru 3 keping, dia dah terbang.. sekali melepas daaaaa.......


Carian saya di wikepedia menemui nama burung ini sebagai MERBAH TANAH.

Semoga saya menemuinya semula esok atau lusa.....



Koleksi Burung di Cameron Highlands: Pipit Pinang

Koleksi Burung Pipit kedua yang saya temui adalah BURUNG PIPIT PINANG di sekitar Lembah Bertam.


Burung Pipit Pinang ini saya rakamkan dalam tempoh tak sampai 30 saat sahaja sebab dia bergerak pantas dan bergeraj terus sebaiki sahaja kelibat burung lain datang seperti Magpie Robin.

Saiznya sangat kecil dan menepati tekaan awal saya ianya dalam kumpulan burung pipit.


Dari Pak Cik Google, saya temui namanya BURUNG PIPIT PINANG


Koleksi Burung di Cameron Highlands: Pipit Eurasian

Saya sangkakan Burung Pipit yang saya banyak temui di Tanah Rata,Ringlet dan Lembah Bertam adalah dari jenis yang sama, tetapi rupanya tidak.

Yang saya temui di Lembah Bertam ini adalah dari spesis Eurasian Tree Sparrow atau pipit eurasian.


Malah di Lembah Bertam terdapat dua atau tiga jenis burung pipit yang berlainan yang akan saya kongsikan kemudian.



Tuesday, February 20, 2018

Koleksi Burung di Cameron Highlands: Panca Warna di Lembah Bertam

Burung ini saya temi sebanyak 3 kali dan dari Pak Cik Google saya temui namanya sebagai BURUNG PANCA WARNA. 

Sama famili dengan burung pipit namun mempunyai koleksi warna yang menarik namun ianya bertubuh kecil.


Dah jadi caranya rasanya bermain di celahan pokok yang semak dan belukar dan sukar nak jumpa bertengek di dahan atau ranting. 


Dia terbang laju ke celahan semak seperti pokok paku pakis dan menyelinap ke atas ke bawah di celahan daun. Tak ada peluang nak ambik gambar statik dia. Baru nak keluarkan kamera dan bergerak dan senyapkan diri di belakang daun-daun paku pakis sehingga kita nak ambil gambar pun malas nak menunggu.