Wednesday, August 30, 2017

Aktiviti Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Cameron Highlands 2017


Saya lanjutkan lagi informasi aktiviti Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Cameron Highlands 2017 di Tanah Rata malam ini.

Untuk makkuman lanjut tanyalah Majlis Daerah Cameron Highlands ya... ini pun saya perolehi dari laman facebook mereka.

*******
Majlis Daerah Cameron Highlands menjemput ke Malam Ambang Merdeka Dan Sambutan Hari Kebangsaan 2017 Peringkat Daerah cameron Highlands.

Tarikh : 30 Ogos 2017
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Padang Awam Tanah Rata

Semua dijemput hadir

MOHON SEBAR #share #viral #merdeka #negaraku #sehatisejiwa #enampuluh




Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Cameron Highlands 2017


Malam ini akan berlangsung sambutan Ambang Merdeka Peringkat Cameron Highlands. 

Tahun lepas secara ringkas sahaja sambutannya dan tahun ini dikhabarkan serentak dengan sambutan hari kemerdekaan 2017 yang disambut awal.

Semua di Padang MDCH Tanah Rata.

MERDEKA .... 



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Thursday, August 24, 2017

Cuti Sekolah, Cuti Merdeka dan Cuti Raya Haji di Cameron Highlands


Minggu depan, atau lebih tepat esok akan bermula Triple Edition Cuti di Malaysia dan pastinya Cameron Highlands akan menjadi tumpuan..

Apa saya nak kata? mmmmmmm

Dah namanya cuti sekolah..7 hari... bertembung dengan cuti merdeka... dan cuti Raya Haji maka Cameron Highlands pasti akan sesak...

Saya nak kongsikan link catatan awal saya sahaja kali ini..semoga ada yang membantu...

30 TIPS PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS
14 TIPS PERJALANAN DI CAMERON HIGHLANDS
8 TIPS LOKASI PERCUTIAN DI CAMERON HIGHLANDS

Cukuplah kut... selamat bercuti di Cameron Highlands....

Try it out here: http://picasa.google.com/

Sunday, August 20, 2017

Tempat Menarik di Cameron Highlands Yang Wajib Anda Pergi


Saya perolehi catatan yang menarik ini mengenai tempat menarik di Cameron Highlands dari laman facebook Komunti Cameron Highlands. 

Saya kongsikan sepenuhnya catatan tersebut. Kredit untuk facebook Komuniti Cameron Highlands. 

****************************************************************

Jika anda jemu dengan cuaca panas dan kesesakan ibu kota, larilah sebentar ke Cameron Highlands

Destinasi nyaman yang terkenal dengan udara sejuknya yang dingin dan pemandangan yang menakjubkan.

Tambahan pula terdapat banyak tempat menarik di Cameron Highlands.

Menjadikan ia destinasi sasaran popular pelancong tempatan dan antarabangsa.

Jika anda merancang untuk bercuti ke Cameron Highlands , 7 tempat ini wajib anda pergi.

1. Taman Rama-Rama Kea Farm

Taman Rama-Rama Kea Farm adalah salah satu destinasi popular di Cameron yang bertapak di Kea Farm, Brinchang.

Di taman yang tertutup ini rama-rama terbang secara bebas dan jangan terkejut jika ada yang hinggap di baju anda nanti.

Selain dari rama-rama anda juga dapat menyaksikan gelagat haiwan liar lain seperti ular, biawak dan serangga yang menakjubkan.

Bayaran Masuk: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM4
Waktu Operasi: Isnin – Ahad (8.00am – 5.30pm)
Lokasi: Batu 43, Kea Farm, 39100, Cameron Highland.

2.MARDI Agrotechnology Park

Mardi Agrotechnology Park Tanah Rata merupakan salah satu tarikan utama di Cameron Highlands.

Seramai 100,000 pengunjung hadir ke sini setiap tahun.

Juga merupakan pusat penyelidikan MARDI yang tertua di Malaysia.

Di sini terdapat 40 jenis bunga rose berlainan, 10 jenis strawberry, dan pelbagai jenis pokok buah-buahan.

Agrotechnology park terbahagi kepada 6 bahagian utama iaitu Rose Garden, Herb Garden, Orchid Garden, English Garden, Research Centre and kedai cenderamata.

Bayaran Masuk: Dewasa RM5 | Kanak – Kanak RM 3.00

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm)
Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm)
Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)

Lokasi: JKR266, Jln Persiaran Endah, Tanah Rata, 39000, Cameron Highlands.

3.Lata Iskandar

Dalam perjalanan ke Cameron Highlands, 25 kilometer sebelum sampai ke pekan Ringlet, terdapat sebuah air terjun bernama Lata Iskandar.

Air terjun ini mempunyai ketinggian 25 meter dan amat sesuai untuk mereka yang mencari tempat untuk menyejukkan badan.

Pada hari cuti sekolah atau hujung minggu tempat ini dibanjiri dengan pelancong yang datang untuk menikmati keindahan air terjun tersebut.

4.Pasar Malam Cameron Highlands

Pada awal Februari 2017, Pasar Malam Cameron Highlands telah pun berpindah ke Sungai Ruil.

Berada di tengah-tengah antara Tanah Rata dan Brinchang iaitu 3.6km dari Pekan Tanah Rata dan 2.3km dari Pekan Brinchang.

Pelbagai jenis makanan boleh didapati di sini, antara makanan yg popular adalah sayur goreng tempura, pelbagai jenis seafood tempura, strawberry, "apple Cameron", jagung mutiara.

Pastikan kalau beli jangung, tengok isi ya...

Kadang2 jagung tersebut dijual dengan harga murah... Tapi isinya muda dan kecil.

Waktu Operasi: Jumaat – Sabtu (6.00pm – 11.00pm)
Cuti sekolah - Setiap hari

Lokasi: Pekan Brinchang, 39100, Cameron Highland

Nota :
Apartment kami hanya seminit ke pasar malam. Utk reservation, sila klik link
www.wasap.my/60196212160/AziziCameron-BarringtonSQUARE

5. Lavender Garden

Lavender Garden merupakan salah satu tarikan baru di Cameron Highlands.

Sesuai dengan namanya, ia adalah Kebun Bunga Lavendar yang pertama dibuka kepada khalayak ramai.

Walaupun kawasanya tidak besar, tetapi ia sungguh berbaloi untuk mereka yang suka bergambar.

Selain daripada melihat bunga anda juga bepeluang untuk menikmati Ice Cream perisa lavender.

Bayaran Masuk: Dewasa RM8 | Kanak-kanak RM5

Waktu Operasi:
Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am)
Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Lokasi: Cameron Lavender Garden, Tringkap, 39100 Cameron Highlands.

6.Air Terjun Parit

Air Terjun Parit ini tersembunyi di dalam taman rekreasi Kampung Sedia tidak jauh jika anda berjalan kaki dari tanah rata.

800 meter dari Hotel Pines Century.

Selain daripada bermandi di air terjun, pelawat juga dapat menikmati keindahan hutan hijau di sekitar air terjun.

Terdapat jalan-jalan kecil jika anda seorang yang meminat jungle trekking.

Jika anda merancang untuk memandu kesini anda boleh parking di tempat letak kereta percuma yang disediakan.

Di sini juga terdapat kelengkapan lain seperti tempat permainan kanak-kanak dan tandas.

Lokasi: Tanah Rata, Cameron Highland, 39000

7. Ladang Teh Boh

Sebut saja Cameron Highland, pasti anda terbayang ladang teh hijau yang luas.

Boh merupakan pengeluar teh terbesar di Malaysia.

Mereka memiliki 3 ladang teh terkenal di Cameron Highland yang terletak di kawasan Ringlet dan Brinchang.

Ladang teh yang terletak di Sungai Palas ini mempunyai keluasan 8 ribu ekar.

Merupakan ladang teh yang terluas di Asia Tengara.

Di sini anda dapat melawat kilang teh sambil mempelajari sedikit tentang process membuat uncang Teh Boh.

Anda juga boleh berehat sambil menghirup satu cawan teh Boh panas di kafe yang disediakan.

Jika anda hanya sempat melawati satu tempat sahaja semasa berada di Cameron Highland nanti, pastikan anda datang ke sini kerana pemandanganya memang luar biasa.

Bayaran Masuk: Percuma
Waktu Operasi: Selasa – Ahad (9.00am – 4.30pm)
Lokasi: Ladang Teh Boh, Ringlet, 39200, Cameron Highlands

8. Kebun Anggur
Terdapat 2 buah kebun anggur di Cameron Highlands iaitu di Blue Valley & Bertam Valley.
Musim anggur agak unik sikit, anda kena tahu timing yg sesuai untuk datang @nak bergambar & petik anggur.

Sila sila tambah mana yang tertinggal 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Saturday, August 19, 2017

Operasi Jabatan Imigresen Malaysia di Cameron Highlands

Saya kongsikan maklumat operasi Jabatan Imigresen Malaysia yang saya perolehi dari laman Facebook jabatan.

Sekitar Operasi JIM di Cameron Highlands pada 16 Ogos 2017.

Tahniah... 

Dulu surar khabar kata Cameron Highlands telah ditawan 30,000 warga asing sehingga Majlis Keselamatan Negara mengadakan Operasi Gading dan kini statusnya tidak dapat dipastikan.

************

'OPS MEGA' JABATAN IMIGRESEN NEGERI PAHANG.

Tarikh :  16 Ogos 2017

Lokasi 1

1)  Rumah sewa No. B-20, Bertam Valley Baru, Ringlet, 39200 Cameron Higlands, Pahang.

Pemeriksaan = 6 orang

Tangkapan =  5 orang

Butiran OKT dan Kesalahan:
1 (P) IDN - Sek. 6(1)(c)
4 (L) IDN - Sek. 15(1)(c)

Lokasi 2

2)  Rumah kongsi belakang kedai Agri Storm 2 Sdn. Bhd, 39200 Cameron Highlands, Pahang.

Pemeriksaan =  11 orang

Tangkapan =  6 Orang

Butiran OKT dan Kesalahan:
2 (L) BGD - Sek. 6(1)(c)
2 (P) IDN - Sek. 15(1)(c)
1 (L) IDN - Sek. 15(1)(c)
1 (P) IDN - Sek. 6(1)(c)

Lokasi 3

3) Rumah Sewa tidak bernombor, Jalan Besar Batu 49, Kuala Terla, 39010 Cameron Highlands, Pahang.

Pemeriksaan = 2 orang

Tangkapan = 2 orang

Butiran OKT dan Kesalahan:
2 (L) PAK - Sek. 56(1A)(a)

Lokasi 4

4) Rumah kongsi atas Bukit Batu 1, Jln Ulu Ringlet, Ringlet,39200 Cameron Highlands, Pahang.

Pemeriksaan = 7 orang

Tangkapan =  6 orang

Butiran OKT dan Kesalahan:
1 (L) BGD - Sek. 6(1)(c)
1 (P) IDN - Sek. 6(1)(c)
4 (L) IDN - Sek. 6(1)(c)

Lokasi 5

5)  Beberapa buah gerai hasil tanaman MDCH Kea Farm, 39100 Brinchang, Cameron Highlands, Pahang.

Pemeriksaan = 8 orang

Tangkapan =  5 orang

Butiran OKT dan Kesalahan:
1 (L) BGD - Sek. 56(1A)(a)
2 (L) BGD - Per. 39(b)
1 (L) PAK - Sek. 15(1)(c)
1 (L) BGD - Sek. 15(1)(c)

Lokasi 6

6)  Tapak pembinaan di atas Lot 721-726(PT1196-PT1201) Mukim Ulu Telom, 39100 Cameron Highlands, Pahang.

Pemeriksaan = 95 orang

Tangkapan =  15 orang

Butiran OKT dan Kesalahan:
5 (L) IDN - Per. 39(b)
3 (L) BGD - Per. 39(b)
1 (P) IDN - Per. 39(b)
4 (L) BGD - Sek. 6(1)(c)
1 (L) IDN - Sek. 15(1)(c)
1 (L) BGD - Sek. 15(1)(c)

Lokasi 7

7)  Borneo Trusmadi Resources, No S-3A Hotel Star Regency Aparment, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang.

Pemeriksaan = 3 orang

Lokasi 8

8)  Brinchang YC Enterprise, No S-10 Hotel Star Regency Aparment, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang.

Pemeriksaan = 4 orang

Lokasi 9

9)  Corner Foot Reflexology, S-7, Hotel Star Regency Aparment, Brinchang, 39100 Cameron Highlands, Pahang.

Pemeriksaan = 3 Orang

Jumlah Pemeiksaan :  139 Orang
Jumlah Tangkapan    : 39 Orang




Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Wednesday, August 16, 2017

Pendaki Gunung Sampah di Cameron Highlands


Ini bukan isu baharu. Ini isu lama. Dah ramai yang bangkitkan dahulu dan selalu juga dikongsikan juga.

Saya dah kongsikan dalam catatan yang membawakan isu yang sama awal tahun ini dan tahun lepas mengenai sikap keji pendaki gunung Irau yang sebenarnya jijik dan layak kita gelarkan sebagai pendaki sampah.

Mungkin bukan semua. Mungkin segelintir. Yang tidak melakukan sikap celaka ini kita ucapkan terima kasih.

Tahukah anda Gunung Irau dan juga Mossy Forest pernah ditutup hampir 6 bulan tahun lepas untuk dibersihkan oleh pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang !!!!

Ini semua kerana sikap pendaki yang membuang sampah sesuka hati tanpa rasa bersalah.

Jadi apa kata kalau ada yang berkongsikan selfie di Gunung Irau nanti kita tanya, adakah anda membuang sampah di sana ?

Tak perlu dibangga dan tak perlu nak sanjung kalau anda adalah salah seorang pendaki sampah!!!

Puiiii..celaka sungguh anda...... CELAKA.... Konon anda pencinta alam, tapi sekadar hebat berselfie sahaja tak guna bro dan sis... hakikatnya nak bawak balik sampah turun pun tak larat...

Jabatan Perhutan Negeri Pahang, sila ambil tindakan terhebat anda......

* Kalau anda bukan salah seorang pendaki sampah di atas, jangan terasa.. teruskan sikap mulia anda....

Sumber gambar dan keluhan isu: Facebook Syafiq Mansor

Cactus di Cameron Highlands


Saya rasa kian tenggelam keunikan cactus yang dijual di Cameron Highlands untuk para pelancong.

Pemerhatian saya, pelancong tidak lagi menjadikan cactus sebagai kegilaan membelinya ketika bercuti di sini.

Saya bersembang dengan salah seorang kenalan yang menjual cactus dan katanya jualan cactus tidak mendapat permintaan yang tinggi berbanding 5 tahun yang lalu.

Saya akui kerana pemerhatian saya di pasar malam hanya terdapat satu atau dua sahaja gerai jualan cactus dan kalau ada sekalipun tidak seperti dahulu iaitu dicampur dengan barang jualan yang lain. 

Dahulu terdapat penjual cactus yang hanya menumpukan jualan cactus sahaja digerai mereka.

Jadi saya rasa perlu disegarkan kembali jualan cactus di Cameron Highlands. Mungkin lebih promosi perlu dilakukan.

Sunday, August 13, 2017

Khidmat Sewa Motorsikal di Cameron Highlands


Saya kongsikan maklumat perkhidmatan sewa motorsikal terbaru di Cameron Highlands dari perkongsian facebook rakan-rakan Cameron Highlands.

Sila hubungi maklumat di dalam poster untuk maklumat lanjut dan urusan selebihnya.Terdapat beberapa pakej yang ditawarkan berbanding dengan perkhidmatan sewaan motorsikal yang ada di sini seperti khidmat jurupandu untuk melihat matahari terbit dan juga sebagainya, 

Perkhidmatan sewaan motorsikal yang pernah saya kongsikan dalam catatan terdahulu adalah sewaan motorsikal sahaja tanpa sebarang pakej. 

Jangan tanya saya ya. Saya sekadar kongsikan maklumat ini sahaja.

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Friday, August 11, 2017

Pesanan buat Pendaki Gunung di Cameron Highlands


Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands menyampaikan pesanan keselamatan kepada semua pendaki Gunung di Cameron Highlands minggu ini malah saya sangat bersesuaian untuk sepanjang bulan ini ekoran keadaan cuaca yang selalu hujan.

Berhati-hati ketika mendaki gunung di sini.

Pesanan tambahan dari mrkumai.blogspot.com pula;
1. Dapatkan permit memasuki hutan simpan bagi tujuan mendaki dari Pejabat Perhutanan Daerah Cameron Highlands.
2. Laporkan atau daftar aktiviti pendakian anda di Balai Polis Brinchang atau mana-mana yang berdekatan pendakian anda di Daerah Cameron Highlands semasa nak masuk dan semasa dah keluar.
3. Simpan nombor kecemasan yang boleh anda hubungi seperti Balai Bomba dan Penyelamat dan juga Balai Polis berdekatan 

Selamat mendaki.... Utamakan Keselamatan ...

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Thursday, August 10, 2017

Lokasi Tampat Makan di Cameron Highlands


Antara banyak-banyak perkongsian lokasi tempat makan di Cameron Highlands, perkongsian dari Group Facebook Cameron dihatiku ini menarik. 

Sebabnya siap dengan rujukan koordinat lalitud dan longlitud. 

Saya sekadar kongsikan di sini. Kredit kepada mereka di Group Facebook tersebut dan sedikit pembetulan saya lakukan kerana telah ada perubahan. 

************************************************

☕🍤🍜🍲Kedai Makan Yang Best Di Cameron Highlands 👍👍👍

1. *Warong Kak Ton tepi Petronas Brinchang* 
( nasi lemak 5* , Laksa terbaik ,Nasi.berlauk dr jam 1600 - 2200 )
(GPS : 4.493400 , 101.389286)

2. *Restauran Nolina* Kea Farm
(GPS : 4.510216 , 101.410193)

3. *Gerai Zainab Sam*,  Tanah Rata
(GPS : 4.470486 , 101.378181)

4. *Restoran Emida* T.Rata 
(Telah bertukar pemilik dan ditutup sementara)
(GPS : 4.4703577 , 101.3770748)

5. *Yz Strawberry Farm*, Kampung Taman Sedia (scone terbaek!)
(GPS : 4.4793501 , 101.3804055)

6. *KHM Strawberry farm* Kampung Taman Sedia sedia
GPS : 4.478999 , 101.379679)

7. *De Bamboo Steamboat and Grill) Kampung Taman Sedia
(GPS : 4.476759 , 101.380688)

8. *Kedai Nassya* 
(Sarapan ala pantai timur) Brinchang

9. *Anjers Corner Shellout* 
Simpang Sungai Ruill
(GPS : 4.485234 , 101.378006)

10. *Port kita-kita* sg burung

11. *Cafe Lorong*
berhampiran kea farm
(GPS : 4.502078 101.406211)

12. *Kedai Makan Selera Singgey 
Taman Royal Lily Tanah Rata
(GPS : 4.467867 , 101.372923)

13. *Char Kuey Teow Penang* (Brinchang)
(GPS : 4.492465 , 101.388862)

14. *Medan Selera Tanah Rata*
(GPS : 4.4704838 , 101.3770249)

15. *Nik Ikan Bakar & Tomyam* 
(Perkarangan Masjid Brinchang)
(GPS : 4.492481 , 101.3884806)

16. ~KFC~Brinchang
(GPS : 4.491427 , 101.388443)

17. *Taman Abang Stimboat & Grill Buffet* 
Makan sampai pengsan!
(Tanahrata, Belakang Terminal Freesia, sebelah Cool Point Hotel)
(GPS: 4.469871,101.377947)

18. *Nasi Kukus za Cameron Highlands Tanah Rata*
(GPS : 4.466104 , 101.373176)

Sumber : Group Cameron di Hatiku



Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Monday, August 7, 2017

Senarai Terkini Pengusaha Homestay di Kampung Taman Sedia


Ada beberapa catatan awal saya mengenai Kampung Taman Sedia baik mengenai catatan sejarah ringkas, kiosk strawberry mahupun perkhidmatan Homestay di sana.

Saya ambil dan kongsikan kemaskini nombor pengusaha Homestay Taman Sedia dari Facebook Abang Yusoff Satar, juga salah seorang penduduk asal dan pengusaha kiosk strawberry di sana, YZ Farm Strawberry .
*******************

Cuti Panjang Raya Haji Menjelang tiba, ramai penyangak akan cuba menaguk di air keruh.  

Saya senaraikan  pengusaha TULEN  homestay di Kg Taman Sedia, Tanah Rata, Cameron Highlands, Pahang, agar anda boleh berurusan terus dengan owner homestay. 

HOMESTAY DR.AYOB
012-5059220

Tiny Home Butik
+60192091234

ORCHID HOMESTAY
05-4911958/013-6358322

RZ LODGE
013-5003833

M& Z HOMESTAY 
05-6211261
019-5480129

ROS CHALET STRAWBERRY FARM
012-5838060

LILY HOMESTAY
05-4911477

FAUZIZ HOMESTAY
017-2725107

CIKGU RAFLES HOMESTAY
017-5530806/019-4605284

DAHLIA HOMESTAY
05-4912605/013-2211547

NEEZA CHALET
012-2677287/0195218170

MARINA CHALET
05-4911295/019-5066759

AL-MASHOOR CHALET
05-4914204/019-5760669

ANGGERIK DESA CHALET
0194602207/ 0195909036

AIZA CHALET
019-7560991

ASZI HOMESTAY
017-2725107/0174977811

WAN SHOHAIMI CHALET
+60125380253

Sumber : Facebook Abang Yusof Satar


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Warisan Kampung Taman Sedia


' Kalau kami tak datang gotong royong menebas hari sabtu dan ahad, kami kena bayar denda dan gantirugi sebagai timbalas ketidakhadiran kami".

Itu adalah kisah yang saya dengar dari orang lama Kampung Taman sedia bagaimana kampung ini dibuka awal 60 an.

Pagi tadi, dari Facebook Mohd Yusof Satar, generasi kedua penduduk Kampung Taman sedia berkongsikan pula gambar awal pembukaan dan juga senarai penerokanya. 

*************************************

KAMPUNG TAMAN SEDIA

Terletak di sebuah lembah dan  kaki bukit antara Pekan Tanah Rata dan  Brinchang. Jarak ke Tanah Rata, dalam lebih kurang 1km dan  ke Brinchang dalam 1.5km.

Kampung ini telah ditubuhkan atas ilham Allahyarham Tun Abdul Razak, dan telah dibuka secara rasmi oleh DYMM Sultan Haji Ahmad Shah pada tahun 1970-an. Awalnya kampung ini dibentuk seakan Felda bagi penduduk Melayu yang rata-rata bekerja di sektor kerajaan ketika itu.

Mereka menyertai Skim Pembangunan Kampung dan mula meneroka pada akhir tahun 60-an, di mana mereka akan datang pada waktu petang selepas waktu bekerja kemudian membersihkan pokok2 serta semak samun.

Kawasan yang siap diteroka ini kemudiannya dijalankan pengundian lot untuk memberi tapak tanah kepada peneroka.

Rumah-rumah dibina oleh Lembaga Kemajuan Negeri Pahang dengan kos mendirikan rumah  ditanggung oleh peneroka. Ada yang membayar secara tunai dan ada yang membayar secara bulanan kepada LKNP.



ALFATIHAH kita sedekahkan kepada mereka yang telah dijemput Ilahi.

 Peneroka Awal Kg Taman Sedia. 

Yang bertanda (##),waris mereka masih berada di Kampung ini. ( Ada nama yang akan dikemaskini)

1. Allahyarham Abdul Rahman Pfordten
2. Hj. Abdul Rahim Pfordten
3. Allahyarham Encik Hamid
4. Almarhum Tuan Hj. Malik Fakir Mohemed Malik Juddah ##


5. Allahyarham Tuan Haji Mazlan Taib, PJK.##
6. Allahyarham Encik Jalalludin##
7. Allahyarham Encik Odin##
8. AllahyarhamTuan Haji Zainal Abidin PJK,.##
9. Allahyarham ASP Ismail (Bekas Ketua Polis Daerah Cameron Highlands)##
10. Allahyarham Tuan Haji Idris (Bekas Penghulu Cameron Highlands)##
11. Allahyarham Encik Nazar Khan Bin Abdul Rahman##
12. Allahyarham Encik Abdul Satar@ Choong Yook Heng ##
13. Allahyarham Encik Aznun##
14. Allahyarham Encik Bashir Ali ##
16. Encik Rafles Hashim
17. Allahyarham Tuan Haji Abd Aziz Bin Mat##
16. Cikgu Alias Abd Rashid




Sumber: Abg Mohd Yusof Satar





Sent from my Samsung Galaxy smartphone.