Thursday, June 22, 2017

Selamat Hari Raya 2..


Saya copy and paste lagi dari group whatsapp. Yang anda setuju tu, mungkin boleh anda pertimbangkan untuk diikuti. 

Yang tak setuju tak apala.. yang penting jaga adab kita menjadi tetamu kepada sesiapa sahaja ya.. 

1. Sebagai ibu bapa, JANGAN SEKALI SEKALI MENGAJAR ANAK UNTUK MINTA DUIT RAYA DENGAN SESIAPA. Kita tak tahu mcm mana keadaan kewangan seseorang. Mungkin dia mencatu makanan dan belanja beliau untuk perkara yang lebih penting. Sekali jumpa anak-anak yang dididik sebegini mungkin merunsingkan mereka.

2. Jaga adab. Saya yakin dan percaya tiada sesiapa antara kita yang dah dewasa ni dididik oleh ibu bapa kita untuk minta duit raya dengan orang lain. Kenapa? Sebab agak tidak beradab sebenarnya meminta sesuatu yang belum tentu menjadi hak kita. Dan sekarang kita mendidik anak kita untuk tidak menjaga adab?

3. Jangan samakan kedudukan kewangan anda dengan orang lain. Anda mungkin kerja bagus, gaji tinggi, peruntukan duit raya pun banyak. Tetapi bukan semua orang bertuah seperti anda. Tidak semua antara kita yang diberikan rezeki dari sudut kewangan seperti anda. Mungkin rezeki mereka dari sudut yang lain.

4. Jangan ingat semua orang bekerja tu banyak duit. Ataupun kalau orang tu kerja gaji mahal sikit, anda boleh suruh anak anda minta duit raya. Gaji mahal tak bermakna banyak duit. Mungkin tanggungan atau liabiliti mereka banyak. Jangan senang nilaikan kewangan orang bila anda tidak tahu.

5. Semua orang pun sedar dengan kos sara hidup pada zaman kini kan? Banyak yang perlu dijimatkan sekarang. Sekiranya duit raya anak-anak anda termasuk di dalam antara yang perlu di 'cut cost', sila redha. Jangan mintak duit warna warni sangat.

6. Jaga air muka pemberi duit raya. Didik anak anda untuk tidak buka sampul di depan mereka dan tidak complain tentang amaun yang mereka terima. Malu tau kalau orang kritik hasil derma kita. Dah dapat tu bersyukur.

7. Dengan mendidik anak anda meminta duit raya dengan orang lain atau mengkritik duit raya yang mereka peroleh, anda secara tidak langsung mendidik mereka untuk menjadi manusia yang tidak berhemah. Tidak dapat saya nyatakan dengan terang di sini kerana tiada kajian pun tentang isu ni. Rasuah mungkin.

8. Jika anda ialah mangsa keadaan, saya simpati dengan anda. Sediakan jawapan-jawapan awal bagi soalan-soalan di atas. Seperti "mak kau bagi anak pakcik dulu pun dua ringgit je". Ok itu gurau. Anggaplah tu sedekah amal jariah.

9. Setiap sen yang anak anda terima, anggaplah tu rezeki mereka. Bukan rezeki anda. Maka tak perlu lah demand lebih. Tak perlu minta. Anda mungkin anggap semua gurauan, orang lain? Bersyukur dan terus bersyukur. Jangan kritik.

10. Hari raya ialah hari bahagia. Berkumpul sanak saudara. Jangan rosakkan mood raya orang lain dengan perangai anda tu.

Sumber: Group whatsapp tadika....

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Selamat Hari Raya


Saya copy paste dsri group whatsapp mengenai command sense semasa kita menyambut hari raya nanti. 

Ini bukan peraturan atau undang-undang tetapi lebih kepada anda fikir sendirilah....

Tips dan undang2 berhari raya di rumah orang! 

1. Jgn dtg rumah org awal sangat. Org masih smbhyg raya.

2. Pastikan anak2 x ambik angpau sampai 4 5 kali.. pengsan tuan rumah

3. Jgn dtg rumah org tgh mlm. Tuan rumah dah pakai baju kelawar.

4. Jgn tanya kenapa baju tuan rumah sama dgn langsir. Brg sekarang semua mahal. Kena berjimat sikit.. tau tak?

5. Jgn sibuk tanya org bila nak kawen. Kalau dah kawen sibuk tanya bila nak ada anak. Bosan org nak jawab. Lain kali bawak je recorder.

6. Jgn pandai2 tukar channel tv rumah org. Dah diorg sefamily minat hindi jgn pandai2 nak tukar astro ceria.

7. Jgn pakai baju sedondon sgt nanti mcm org nak pergi lumba perahu.

8. Jgn terus ke dapur rumah org. Biasa musim raya dapur mcm tongkang pecah.

9. Budak2 jgn buka angpow dpn tuan rumah. Nanti biru muka tuan rumah kalau dia bagi rm1 ja.

10. Org hidang air terus minum takpayah nak cakap byk.

11. Jgn tumpang kencing kalau tak pandai nak flush.

12. Kalau termakan kueh basi or berkulat, telan ja. Jgn cuba nak selit kueh tu kat sofa atau pasu rumah org. Tak baik. Tau tak?

13. Jgn mintak password wifi rumah org..

#copypaste.
#shareπŸ˜œπŸ˜œπŸ˜œπŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

Sent from my S7edge smartphone

Monday, June 5, 2017

Bazar Ramadhan di Brinchang 2017


Semalam baru berkesempatan untuk saya sekeluarga ke Bazar Ramadhan di Brinchang.

Suasana di sana luar jangkaan kebiasaanya. Selalunya hari Sabtu dan Ahad agak lengang dengan peniaga tidak berniaga ekoran penduduk Cameron Highlands ramai yang turun. 

Kali ini hampir semua kedai dibuka dan kelihatan ramai pengunjung baik tempatan dan pelancong. Mungkin kerana cuti sekolah dan masih ada pelancong yang bercuti di sini.

Lokasi pasar Ramadhan ini ditengah-tengah Pekan Brinchang. Anda tidak akan terlepas jika ingin mencari lokasi pasar ini. Cuma sedikit berbeza adalah laluan sehala yang sedang dikuatkuasakan danberlangsung ketika ini.

Saya tertarik dengan pilihan juadah di sini yang lebih berbeza terutamnya ada jualan ayam golek dan juga meatball serta pelbagai juadah makanan tempatan yang lain. Mungkin juga dah agak jemu dengan pilihan juadah di Bazar Ramadhan di Tanah Rata yang sering dikunjungi saya sebelum ini.

Cameron Highlands hanya mempunyai dua lokasi BAZAR RAMADHAN rasmi dibawah anjuran Majlis Daerah Cameron Highlands.

Catatan Bazar Ramadhan di Tanah Rata telah saya kongsikan di SINI terlebih dahulu.

Selamat membeli juadah berbuka puasa di kedua-dua bazar Ramadhan ini. 

Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Pakej Berbuka Puasa Hotel Heritage, Tanah Rata


Tahun ini Hotel Heritage turut menawarkan pakej berbuka puasa pada setiap hari Jumaat dan sabtu.

Harga yang ditawarkan adalah RM 32 seorang dewasa dan RM 28 bagi kanak-kanak.

Saya berpeluang berbuka di sana sekeluarga pada Sabtu lepas. Agak tenang kerana kurang pelanggan.

Mereka menyediakan banyak menu seperti nasi briani dengan variasi kari ketam dan udang sambal petai serta banyak lagi. juga gerai ketiew udang serta BBQ seafoodnya.

Hubungi hotel Heritage untuk maklumat lanjut dan tempahan. Jangan tanya saya sebab sata pun pelanggan.


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.

Friday, June 2, 2017

Pakej Berbuka Puasa di Hotel sekitar Cameron Highlands?


Saya kongsikan pakej pakej berbuka yang saya nampak ada ditawarkan di Cameron Highlands terutama oleh hotel sekitar melalui banner mereka serta maklumat yang dikongsikan rakan-rakan dalam pelbagai group whatsapp. 

Antara poster di atas oleh Hotel Copthorne yang menawarkan 4 set menu berbeza setiap hari Selasa sehingga hari Sabtu. 

Tahun ini hotel ini meneruskan lagi tradisi pakej buffet untuk berbuka puasa pada kadar harga RM 45 bagi dewasa dan RM 25 bagi kanak-kanak.

Hubungi mereka untuk lebih perincian dan membuat tempahan awal kerana anda menjimatkan RM 10 seorang dewasa bagi setiap tempahan awal. 

Saya secara peribadi memang suka berbuka di sini kerana pakej mereka memang berbaloi dan masih teringat akan pakej RM 19.90 seorang, RM 25 dan RM 29 beberapa tahun yang lalu. Memang sangat berbaloi dan saya sendiri telah ke sana untuk menu 2 pada Selasa lalu. 

Pemerhatian saya suasana awal ini dipenuhi oleh pelancong yang menetap di Hotel Copthrone berbanding selalunya kumpulan komuniti sekitar daerah ini akan berbuka di sana setiap malam pakej ini ditawarkan. 

Saya jangkakan selepas cuti sekolah, pakej berbuka ini akan selalu penuh dek orang tempatan.

PERINGATAN PENTING!!!:
Jangan hubungi saya sebab saya sekadar berkongsikan pakej mereka ini sahaja bukan saya kerja di sana . Ingat tu .. harap anda membaca sehingga habis ayat saya ini kerana ada yang pemalas akan terus bertanya kepada saya untuk perincian pakej dan membuat tempahan .. Orang lain pun puasa juga akak hoiiiii ..  

Sent from my S7edge smartphone

Cameron Highlands di musim cuti sekolah bulan Mei dan bulan puasa...


Saya memerhatikan Cameron Highlands di musim cuti sekolah ini yang bertembung dengan bulan puasa. 

Buat kali pertama perjalanan saya pada hari Ahad yang lalu amat lancar terutama dari Brinchang  ke Kea Farm.

Kenderaan tidak banyak dan pada pukul 12.30 tengahari melintasi kawassan tumpuan utama Kea Farm suasananya seperti dalam gambar ini.

Tenangnyaaaaa.... 

Ini adalah suasana biasa di bulan puasa di mana terlalu sikit pelancong hadir di Cameron Highlands membuktikan pelancong berbangsa Melayu adalah penyumbang terbesar industri perlancongan di sini. 

Sent from my S7edge smartphone

Cameron Highlands neraka percutian beraltitude tinggi? 2

Saya telah kongsikan mengenai catatan Oh My Media dengan tajuk diatas. catatan saya di SINI.

Saya telah kongsikan mengenai catatan tersebut dalam facebook saya dan mendapat balasan dari rakan-rakan facebook seperti dibawah.

Ada yang bersetuju dan ada jugak yang tidak bersetuju.

Saya rasa gambaran 'neraka' itu tidak tepat menyebabkan ianya tidak dipersetujui.

terpulang kepada anda...


Sent from my S7edge smartphone

Panduan ke Lokasi Pasar Malam Cameron Highlands

Saya pernah berkongsikan lokasi Pasar Malam Cameron Highlands dalam catatan terdahulu. Ada yang email saya kata perlukan pula secara visual dan catatan awal itu terlalu panjang pula naratifnya.

Catatan awal saya mengenai lokasi Pasar  Malam Cameron Highlands di SINI

Macam macam kan pembaca yang singgah di blog. Saya diamkan aje permintaan pembaca tersebut sekitar bulan 3 yang lalu. 

Dan malam ini saya kongsikan ajelah apa yang mampu saya buat melalui carian di google Map dan slide powerpoint ringkas.

Semoga membantu apa yang boleh. Saya kali ini tak nak buat perincian naratif perjalanan tersebut sebab yang pertama dah saya perincikan. 

Kali ini anda tafsirkan sendiri ya...  Ada dua arah perjalanan ke Pasar Malam Cameron Highlands tersebut. Cuma arah ketiga saya tak perlu kongsikan sebab melalui udara... 



Antara koleksi catatan saya mengenai Pasar Malam Cameron Highlands boleh anda baca dengan klik pada pautan ini.
Semoga dapat membantu anda untuk ke Pasar Malam Cameron Highlands.

Jika anda masih mencari apartment ataupun Homestay? Apa kata anda lihat perkhidmatan ZAHRA HOMESTAY & APARTMENT kami... 

Thursday, June 1, 2017

Cameron Highlands Neraka Percutian Beraltitud Tinggi??


Saya membaca catatan yang ditulis oleh OMM dalam Oh My Media ini mengenai pendapat penulis setelah bercuti di sini.

Beliau mengatakan Cameron Highlands adalah neraka percutian beraltitud tinggi  bersebab utamanya adalah kesesakan jalan raya akibat jumlah kenderaan pelancong di musim cuti puncak.

klik pada link blog tersebut:
http://www.ohmymedia.cc/trending/travel/cameron-highland-neraka-percutian-beraltitud-tinggi-27675/ Klik SINI

Saya tinggalkan dulu catatan ini untuk anda baca ya.. catatan selepas ini saya khaskan reaksi rakan facebook saya setelah saya kongsikan pautannya. 


Sent from my Samsung Galaxy smartphone.