Thursday, October 27, 2016

Kedai Orkid di Cameron Highlands

Anda suka orkid? Pengemar orkid pasti akan muda tertarik untuk mendapatkan bunga orkid di mana-mana sahaja.

Antaranya pasti di Cameron Highlands.

Ada yang bertanya saya di mana untuk mendapatkan orkid di Cameron Highlands?

 
Saya boleh kongsikan banyak lokasi nurseri bunga yang menjual bunga
orkid sperti di cactus point, Kea Farm, Frange Nursey, Stesen Mardi dan kedai yang saya suka pergi adalah di Habu.

Lokasi lebih tepat masuk ke Jalan BOH untuk menuju ke Bee Farm dananda akan menemuinya di sebelah kiri berpapan tanda Lai Sou Orchid Farm.

 
Terdapat banyak bunga orkid untuk dijual bermula dengan harga RM35 hinggalah ke RM 1000 sepokok.

 
Cuma nasihat saya, pastikan anda mempunyai ruang mencukupi untuk  meletakan orkid di dalam kenderaan anda sebab di sini semuanya adalah  yang sedang berbunga mekar.. sayang jika patah dalam perjalanan pulang..mahu kena tunggu 3 bulan lagi untuk mendapatkan kuntuman baru.


 

Selamat membeli orkid...

Wednesday, October 26, 2016

Cenderahati Cameron Highlands untuk dibawa pulang ?...

Pening nak beli apa sebagai cenderahati untuk rakan dan saudara mara?

Nak beli baju mahal sangat kan kalau nak bagi 10 orang.

 
Jangan risau, banyak benda cenderahati yang murah-murah boleh dibeli di Cameron Highlands. Namun boleh saya katakan, hampir 95% bukan buatan tempatan tetapi dibawa dari China atau Thailands.

 
Kita dah ketandusan idea, kemahiran untuk membuat cenderahti sebegini atau mungkin faktor kos yang lebih murah jika dibawa masuk dari luar.

 
Sebab ramai yang nak membeli dengan harga yang murah.

Cuma kalau murah sangat pun susah jugak sebab kawan kata kita berkira.

 

Amri Cameron Riders @ Temerloh Fellowship Ride 2016

Fellowship Ride di Temerloh pada ahad lalu berlangsung dengan jayanya. Malah keunikan berkayuh dari titik pusat Semenanjung Malaysia di Lanchang ke Temerloh memang mencabar dan uniknya dari Perkampungan Gajah ke perairan Ikan Patin yang menanti di penghujung kayuhan.

Ini adalah apa yang dikongsikan oleh wakil tunggal Cameron Riders, Amri yang hadir melakukan kayuhan pada kali ini.


Biarpun hanya peserta tunggal dari Cameron Riders, ianya bukan satu alasan kepada Amri untuk melakukan kayuhan sehingga tamat dengan basikal MTBnya

Malah sahabat riders yang sudah dikenali dan baru dikenali bagaikan satu keluarga besar di Temerloh.



Tahniah Amri...

Jelajah Malaysia Peringkat kedua Sungai Siput ke Brinchang

Jelajah Malaysia singgah di Cameron Highlands pada peringkat keduanya pada 18 Oktober 2016.

Menawarkan peringkat KOM di kemuncak penamat di Brichang melalui Jalan Simpang Pulai nyata menjanjikan cabaran buat semua peserta.

Cameron Riders turut sama memeriahkan penganjuran kali ni sebagai pasukan Calvacade yang membuat lintasan awal sepanjang laluan bermula dari Kampung Raja ke Brinchang.

Tahniah kepada semua penganjuran dan juga peserta. Kami memahami kebatasan kewangan pihak penganjur Jelajah Malaysia namun masih mampu menganjurkan kayuhan edisi tahun ini.

Biar sederhana asalkan masih berlangsung katanya..


Tuesday, October 25, 2016

Buah Tampoi @ Gerai Mamud

Saya nak kongsikan kisah buah ini yang kini musimnya di Cameron Highlands.

Jika anda menggunakan laluan Tapah ke Cameron Highlands, anda akan dapat melihat jualan buah ini di gerai milik Orang Asli.

Buah apa tu ? Saya sendiri tak pernah tahu secara terperinci.

Jadi saya ke Gerai buah kawan saya Mamud yang pernah dan selalu saya kongsikan.


Dari Mamud, beliau mengatakan buah ini dinamakan Tampoi mengikut buku manakala bagi nama  tempatan orang Perak khasnya Tapah adalah Larah.

Orang Terrengganu dan Kelantan pula digelarkan buah Leke.

Manakala bagi orang Pahang memanggil buah ini Laban. Ini saya sendiri dengar dari seorang mak cik yang singgah membeli buah ini dari Raub.


Buah Tampoi ..Larah ... Leke ... Laban ini mempunyai dua jenis iaitu kuning dan merah.

Bezanya tentunya warnanya tetapi jika ingin buah yang manis Tampoi berwarna merah lebih manis malah yang kuning agak masam.

Tampoi Merah

Tampoi kuning ..


Di Gerai Mamud ini, beliau mulai menjualnya sejak dua minggu lepas dengan harga RM 5 sekilogram.

Jadi selamat mencuba ... beli di Gerai Mamud tau sebab dia kawan saya, masyarakat Orang Asli dari Batu 14 Jalan Tapah yang gigih berusaha mencari pendapatan dan hasil lain yang turut dijualnya adalah petai, buah cempedak dan juga durian.


Semua hasil jualan ini dari kampungnya dan sumbernya bergantung musim buah-buahan dan hasil hutan ini.

Lokasi Gerainya di Jalan Utama berhampiran Bharat Tea Plantation iaitu di antara dua hentian teh Cameron Valley.


Jika anda berniat untuk tawar menawar, jangan minta harga keterlaluan kerana mereka ini berniaga bukan untuk membeli sebuah kereta mewah atau Iphone 7 tetapi sebagai sumber pendapatan untuk perbelanjaan harian mereka.


Thursday, October 20, 2016

Funride Cameron Riders @ Hari Sukan Negara 2016

Sekitar perlepasan dan penamat Kayuhan Santai anjuran bersama Cameron Riders dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron bersempena Hari Sukan Negara 2016.

Kayuhan bermula dari Padang MDCH Tanah Rata menuju ke Brinchang melalui Istana Kayangan sebelum kembali ke Tanah Rata sekitar 25 km dalam suasana yang nyaman sepanjang kayuhan yang turut disertai oleh Yang Hormat Pegawai Daerah Cameron Highlands, Dato A Rahman Hamzah. 

Cameron Riders adalah Kelab Berbasikal di Cameron Highlands yang berdaftar dengan kepelbagaian ahli dan juga sokongan daripada rakan komuniti kelab berbasikal sekitar daerah ini. Kipidap ...

Kita bersahabat dalam komuniti berbasikal.. Riders Tanah Tinggi ...



* err maaf lambat upload ni. Kalau tak upload deme tak nak bagi bagi
baju marshall .. iskh iskh .... kih kih..